Difference between revisions 2780317 and 3813909 on mswiki
{{wikikan}}
{{Infobox non-profit
| name            = Jamaah Islah Malaysia
جماعه اصلاح مليسيا
| image           = [[Image:JIM.gif|200px]]
| caption         =
| founder         = Hj. Saari Sungib
| type            = [[NGO]]
| tax_id          =
| registration_id =
| founded_date    = {{Start date|1990|07|27}}
[[5 Muharam]] 1411[[Takwim Hijrah|H]]
| location        = Lot 300.3,
Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 [[Kuala Lumpur]],
{{Bendera|Malaysia}}
| origins         =
| key_people      = Hj. Zaid bin Kamaruddin (Presiden)
| area_served     =
| products        =
| services        =
| focus           = [[Islam]]
| mission         =
| method          =
| revenue         =
| endowment       =
| num_volunteers  =
| num_employees   =
| num_members     =
| subsid          =
| owner           =
| motto           = "Bersama Islam Membina Masyarakat"
| former name     =
| homepage        = {{URL|http://www.jim.org.my}}
| dissolved       =
| footnotes       =
'''Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia''', atau juga dikenali dengan singkatan '''JIM''', adalah sebuah [[NGO]] berasaskan [[Islam]] di [[Malaysia]]. Organisasi ini didaftar secara rasmi pada [[27 Julai]] [[1990]] dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan di Wilayah Persekutuan [[Kuala Lumpur]].
JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam [[al-Qur'an]]; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.
"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada [[Allah]]. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)
==Identiti==
===Visi JIM===
Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020."
===Misi JIM===
Menjadi Gerakan Islam ulung yang:
*membangun sumber manusia untuk melahirkan insan soleh wa muslih;
*membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
*mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan moto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".
==Pendirian dan Pendekatan==
JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat.
JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan.
Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.
JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.
Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.
JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.
JIM memilih pendekatan yang bercirikan:
*Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat
*Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
*Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat
==Kepimpinan JIM==
Presiden pertama JIM ialah Tuan Hj [[Saari Sungib]]. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Hj [[Mohd Hatta Shaharom]], seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Hj [[Zaid bin Kamaruddin]] sehingga kini.
==Pembubaran==
Pembubaran adalah untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah [[Pertubuhan IKRAM Malaysia]] (IKRAM).<ref>{{Cite web | title = JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah | url = http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15620-jim-dibubar-setelah-22-tahun-terlibat-dakwah | publisher = Harakah Daily | date = 2 Januari 2013 | accessdate = 2 Januari 2013}}</ref><ref>{{Cite web | title = Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dibubar selepas 22 tahun| url =http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=692361| publisher = mforumcari | date = 2 Januari 2013 | accessdate = 2 Januari 2013}}</ref>
==Rujukan==
{{reflist}}
== Pautan luar ==
[[Kategori:Pertubuhan di Malaysia]]
[[Kategori:Pertubuhan bukan kerajaan]]