Difference between revisions 2791786 and 4018761 on mswiki

{{Islam ikut negara}}
'''Orang Islam di Ukraine''' berjumlah kira-kira 4% daripada keseluruhan jumlah penduduknya. Kebanyakan mereka adalah daripada kaum [[Tatar Crimea]] dan tinggal di [[semenanjung]] [[Crimea]].

== Sejarah Islam di Ukraine ==
[[Image:Repin Cossacks.jpg|270px|left|thumb|Pada 1676 ''Zaporozhian Cossack'' masih lagi menolak dakwaan bahawa Sultan Turki untuk suzerainty tetapi pada 1711 salah satu [[starshina]] mereka, [[Pylyp Orlyk]], menjadi seorang Muslim.[http://litopys.org.ua/scherer/sher02.htm] ]]

Sementara kebanyakan orang [[Ukraine]] beragama [[Gereja Orthodoks Timur|Kristian Orthodoks]], orang [[Muslim]] telah pada asasnya tinggal di daerah-daerah selatan pada wilayah moden negara ini, terutamanya di [[Crimea]]. 

Pada [[abad ke-15]] sebuah negeri yang dikenali sebagai [[Crimean Khanate]] telah ditubuhkan oleh [[Tatar Crimea]], keturunan dan bertutur-[[Turkic languages|Turkic]] pada kedua puak [[Turkic peoples|Turkic]] dan bukan-Turkic telah menetap di Eropah Timur seawal abad ke-7.

Khanate kemudian kehilangan kepemerintahannya dan jatuh ke bawah pengaruh [[Empayar Uthmaniyyah]] bagi pihak yang ia diperintah oleh local tributary rulers dengan significant degree autonomi. Pada abad ke-15-18, Tatar Crimea sering menyerang tanah-tanah Slav Timur untuk menangkap hamba-hamba, mengabdikan kira-kiranya 3 juta orang, kebanyakan mereka adalah orang Ukraine.  Pengaruh [[Rusia]] di kawasan itu, pada asasnya kecil, telah bertambah secara perlahan-lahan dan pada lewat [[abad ke-18]] setelah beberapa [[Perang Rusia-Turki]] wilayah itu telah dikuasai oleh [[Empayar Rusia]]. 

Orang Tatar Crimea ahli [[Sunnah Waljamaah]] dan [[Mufti]] dianggapkan sebagai simbol agama tertinggi. Semua masyarakat-masyarakat diketuai oleh dan diwakili sebelum lain oleh [[imam]]-imam tempatan. 
[[Image:Hansaray.jpg|270px|left|thumb|Istana Crimea Khan di [[Bakhchisaray]] adalah pusat Islam di Ukraine selama lebih dari 300 tahun]]
Crimean Khanate memilih [[Bakhchisaray]] sebagai ibu negaranya. Pada abad ke-18. apabila ia ditakhluki Rusia, sekurang-kurangnya 18 buah masjid di ibu negara itu dan beberapa [[madrasah]] dibina.Empayar Rusia bermula bertapak, penduduk Muslim dan hampir 160,000 orang Tatar dipaksa untuk meninggalkan Crimea. 

Untuk orang Muslim yang masih menetap, wujudnya penentangan pada ideologi di kalangan mereka yang patuh pada bentuk [[agama]] konservatif, yang sederhana, dan yang membawa kepada ideologi liberal and Barat.

== Muslim Ukraine pada abad ke-20 ==

Pada zaman [[Revolusi Rusia 1917|Revolusi Rusia]], orang [[Islam]] adalah satu pertiga dari penduduk Crimea. Hampir semua bandar utama [[Crimea]] telah wujud sebuah masyarakat [[Muslim]] yang besar.

Orang [[Muslim Crimea]] telah ditaklukkan ke [[pengusiran massa]] pada 1944 apabila [[Stalin]] menuduh mereka untuk bekerjasama dengan pihak [[Nazi Jerman]]. Hampir 200,000 orang [[Tatar Crimea]] diusirkan ke [[Asia Tengah]], terutamanya [[Uzbekistan]] tetapi ada juga ke Kazakhstan dan sesetengahnya ke daerah-daerah SFSR Rusia. Pengusiran ini utamanya bermuncul pada 18 Mei, 1944.  Ditafsirkan bahawa kira-kiranya 45% dari kesemuanya Muslim Crimea mati pada 1944-1945 disebabkan kelaparan dan penyakit.{{Fact|date=February 2007}} Harta dan wilayah yang ditinggalkan orang [[Tatar Crimea]] telah diperuntukkan oleh kebanyakannya etnik [[Orang Rusia|Rusia]] yang ditempatkan semula oleh pihak berkuasa [[Kesatuan Soviet|Soviet]]. Ini membawa kepada pertukaran demografi pada [[Ukraine]] dengan kesan yang besar pada masa depannya. Walaupun dekri Soviet 1967 mengalihkan dakwaan terhadap orang Tatar Crimea, kerajaan Soviet tidak melakukan sebarang tindakan untuk mempermudahkan penempatan semula mereka di Crimea dan untuk membuat pampasan untuk kehilangan hidup dan rampasan harta mereka. Pemampasan orang Tatar Crimea ke tanah air mereka hanya bermula pada [[1989]].

== Muslim Ukrainian terkini ==

Sejak kemerdekaan Ukraine pada tahun ([[1991]]), lebih banyak orang Tatar Crimea telah pulang ke [[Crimea]] daripada sewaktu era [[Kesatuan Soviet]]. Orang [[Muslim]] dibahagikan ke dalam pelbagai jenis [[kumpulan etnik]] tetapi kebanyakan mereka adalah asal-usul Tatar, dari satu ''particular clan'' atau ''another other''. Ada juga penempatan oleh [[pelarian Chechen]] di [[Crimea]] dan bahagian-bahagian Ukraine lain tetapi bilangan mereka tidak beberapa ramai .

Orang Muslim telah membentukkan tiga struktur untuk urusan hal ehwal mereka. Ini adalah:
* [[Pengarahan Rohaniah Muslim Ukraine]]
* [[Pusat Rohaniah Masyarakat Muslim]] 
* [[Pengarahan Rohaniah Muslim Crimea]]

Kebanyakan Muslim Ukraine bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan ini yang menolong mereka memasuki aliran utama [[Islam]]  dan juga kehidupan seharian Ukraine. Kebanyakan orang Islam telah mencuba untuk membentuk sebuah parti untuk mengadakan sebuah suara bersatu dalam politik kononnya sebuah Congress Muslim, tetapi sehingga kini ia belum dicapai. Orang Islam telah membentuk beberapa pertubuhan kebajikan  untuk menolong atau membantu masyarakat Islam dan bukan Islam. Ini pada utamanya termasuk [[CAAR Foundation]], [[Al-Bushra]], dan [[Life after Chornobyl]]. Ada juga Interregional Association of Public Organizations, [[Arraid]] yang sering mendapatkan perhatian dunia kerana dedikasinya.

== Statistik ==
Orang Muslim di [[Ukraine]] ada 391 buah masyarakat, 372 orang menteri, 151 buah masjid dengan 6 lagi masjid yang sedang dibinakan.

Menurut kajian-kajian terkini, adanya di antara 1 juta ke 1.2 juta bilangan [[Muslim]] di Ukraine. Ini membuat mereka 4% dari jumlah penduduk. Di Crimea orang Muslim terkandung pada 12% penduduk. Kurang-kurangnya 30 masyarakat Muslim Ukraine bekerja tanpa pendaftaran rasmi (adanya hampir 360 masyarakat atau pertubuhan berdaftar). Kumpulan lainnya termasuk [[pendatang]] atau [[peneroka]] [[Chechen]] atau [[Caucasus]], dan juga sedikit orang Aghanistan. Bahasa-bahasa utama adalah [[Bahasa Tatar|Tatar]], [[Bahasa Parsi|Parsi]] dan bahasa [[Bahasa Caucasus|Caucasus]] atau loghat seperti loghat-loghat [[Bahasa Chechen|Chechen]] atau [[Bahasa Dagestan|Dagestan]]. Tetapi semua para masyarakatnay bercakap [[Bahasa Rusia|Rusia]] dan banyak juga bercakap [[bahasa Ukraine]].

==Lihat pula==
{{Ukrainian topics}}

*[[Crimean Khanate]]
*[[Tatar Crimea]]
*[[Crimea]]
*[[Ochakov]]
*[[Mustafa Abdülcemil Qırımoğlu]]
*[[Islam di Rusia]]
*[[Islam di Belarus]]
*[[Islam di Poland]]

==Pautan luar==
* {{en}}[http://www.islamyat.org http://www.islamyat.org] (Official website) Religious Administration of Ukraine
* {{en}}[http://www.tatar.net  Crimean Tatar Internet Resources ]
* {{en}}[http://www.euronet.nl/users/sota/krimtatar.html Crimean Tatars Short History]
* [http://umma.in.ua/ Religious Administration of Muslims of Ukraine "Ummah"]

{{Europe in topic|Islam di}}

[[Kategori:Islam di Ukraine| ]]