Difference between revisions 3266265 and 4614118 on mswiki{{Hidupan |Nama hidupan=Pokok Mengkudu |Gambar= YosriMengkudu.jpg |Alam=Tumbuhan |Filum= |Subfilum= |Divisi=Magnoliophyta |Kelas=Magnoliopsida |Susunan=Gentianales |Famili=Rubiaceae |Genus=Morinda |Spesies=M. spp. |Ksubspesies=Tatanama binomial |Subspesies=Morinda spp<br> }} '''Pokok Mengkudu''' merupakan sejenis [[tumbuhan]] yang terdapat di [[hutan]] [[Malaysia]] serta di negara-negara [[ASEAN]] yang lain. [[Nama botani]]nya ''Morinda spp.'' Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat [[ulam]]. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu [[pokok Mengkudu Besar]] ("Morinda citrifolia Linn."), [[pokok Mengkudu Kecil]] ("Morinda Elliptica Ridl") dan [[pokok Mengkudu Akar]] ("Morinda Umbellata"). Pokok herba merujuk kepada [[tumbuhan]] renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-[[pokok herba]] telah lama digunakan oleh orang-[[orang Melayu]] dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), [[protein]] 3.9 g, [[lemak]] 0.6 g, [[karbohidrat]] 2.2 g, serat 3.o g, [[kalsium]] 114 miligram (mg), [[fosforus]] 14 mg, [[ferum]] 2.8 mg, [[natrium]] 18 mg, [[kalium]] 234mg, [[karotena]] 3619 ug, [[vitamin]] A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg [[niasin]] 1.0 mg vitamin C 115 mg. Daunnya berukuran 15 - 25 sentimeter (sm) panjang, 6 - 10 sm lebar dan berwarna hijau muda. Bunganya kecil, bentuk cerombong, berwarna putih, tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang , 2 - 4 sm lebar berwarna putih kekuningan. Isinya lembik dan berjus apabila masak, mengandungi biji yang banyak. Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil, berukuran 2 - 2.5 sm panjang dan 1 - 1.5 sm lebar, berwarna kehitaman apabila masak. == Galeri == <gallery> Imej:YosriMengkudu.jpg|Pokok Mengkudu. Imej:YosriMengkuduPangkal.jpg|Pangkal pokok Mengkudu Imej:YosriMengkuduBuahMuda.jpg|Buah Mengkudu yang masih putik. Imej:YosriMengkuduBuahMasak.jpg|Buah Mengkudu yang ranum. Imej:Noni fruit (Morinda citrifolia).jpg Imej:Morinda citrifolia, Fruit.jpg⏎ </gallery> {{senaraipokok}} == Rujukan == {{reflist}} ==Pautan luar== *http://eduworld.com.my/news.php *http://melur.com/myherba.asp?plant_id=127 *http://aineesapar.tripod.com/ *http://kamilan.tripod.com/mengkudu.html *http://iadppg.moa.my/pertanian/Mengkudu.html [[Kategori:Rubiaceae]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=4614118.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|