Difference between revisions 3286764 and 3291205 on mswiki

{{rujukan}}
{{hapus|Adanya visi dan misi yang tidak diperbolehkan di Wikipedia}}

Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (''Tidwell'', 1980). Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (''multiple exceptionalities''). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara.

Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri daripada:

# Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2; membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian; pengurusan Persatuan Alumni PERMATApintar UKM.
# Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara: merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pengajar, pembantu pelajar dan pengurus perkhemahan; melaksanakan kurikulum pengayaan dan pecutan.
# Program Pendidikan PERMATApintar UKM: program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian pada tahun 2011.
# Program ASASIpintar UKM: merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar pra-siswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.

== Kerangka Konseptual ==
# Kesesuaian ujian saringan yang diguna pakai untuk memilih pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia.
# Pencarian pelajar pintar cerdas yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan berada di beberapa lokasi termasuk di kawasan pendalaman.
# Pengalaman pendidikan inklusif yang dialami oleh pelajar-pelajar pintar cerdas semasa mereka di sekolah masing-masing.
# Program pengayaan yang dapat membuka minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
# Program pecutan yang boleh disepadukan dengan kurikulum kebangsaan.
# Program pecutan yang dapat melonjakkan kebolehan pelajar untuk menjadi lebih inovatif melalui penyelidikan bersama pakar.
# Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada perkembangan kendiri yang holistik merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

== Visi ==
Menjadi institusi terulung yang mempelopori dan keperluan pendidikan pelajar pintar cerdas dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

== Misi ==
Menjadi pemimpin pendidikan yang holistik untuk pelajar pintar cerdas berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Paduan antara Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial yang mendasari pendidikan berterusan untuk mengoptimumkan potensi pelajar.

== Matlamat ==
Melahirkan pelajar pemikir beradab yang kreatif, inovatif, beretika serta mempunyai jati diri kebangsaan.

== Moto ==
Teroka, Cipta, Bitara

==Pautan luar ==
* [http://www.ukm.my/permatapintar/ Pusat PERMATApintar Negara, UKM]
* [http://pusat-permatapintar-negara.blogspot.com/ Pusat PERMATApintar Negara]
* [http://www.malaysia.gov.my/citizen?articleId=288229&subCatId=258749&categoryId=103742 Program Permata Pintar.]
* [http://www.permata.jpm.my/ Bahagian PERMATA. Jabatan Perdana Menteri.]