Difference between revisions 3526928 and 3526929 on mswiki

[[Bandar Saujana Utama]](BSU) berkeluasan lebih kurang dari 1000 ekar merupakan satu komuniti yang terletak berhampiran [[Sungai Buloh]] dan berada di bawah tanggungjawab Majlis Daerah [[Kuala Selangor]]. 
Kawasan perbandaran yang serba lengkap ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat hartanah Malaysia, [[Glomac Berhad]] semenjak tahun 1998 lagi.
Selepas lebih sepuluh tahun dibangunkan, d Dianggarkan Bandar Saujana Utama telah menjadi tempat tinggal kepada lebih 30,000 orang.

==  Fasa ==
[[Bandar Saujana Utama]] terbahagi kepada 5 kawasan iaitu:
* Saujana Utama fasa 1 (SU1)
* Saujana Utama fasa 2 (SU2)
* Saujana Utama fasa 3 (SU3)
* Sungai Buloh Country Resort (SBCR) 
* Bukit Saujana (terbaharu)

== Kemudahan ==
Bagi melestarikan lagi kehidupan harian penduduk di kawasan perbandaran ini, beberapa kemudahan telah disediakan. Di antaranya prasarana yang disediakan pihak pemaju dan kerajaan. Di antara kemudahan tersebut adalah :

* '''Balai Polis Saujana Utama'''
Balai Polis ini terletak di SU1 dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

* '''Kelab Saujana Utama (BSU Clubhouse)'''
Kelab ini terletak di kawasan SBCR dan mempunyai sebuah restoran iaitu Restoran Rumah Thai, kolam renang kanak-kanak, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis dan lain-lain kemudahan lagi.

* '''Elmina Equestrian Centre '''
Ia mula dibuka pada tahun 2000 dan terletak berhampiran Kelab Saujana Utama.

* '''Central Mart'''
Pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 2008. 2 pengoperasi utama adalah pasaraya Central Mart dan juga Ace Hardware. Selain daripada itu terdapat beberapa gerai-gerai perniagaan di sini. Ia dibuka setiap hari dari 9.30am – 10.30pm.

* '''Lain-lain kemudahan'''
Stesen minyak Petronas dan Shell, Bank Islam, sekolah menengah dan rendah, 2 buah masjid, taman permainan kanak-kanak, SU Mall dan lain-lain lagi.

==Pautan Luar==
*[http://www.glomac.com.my/bsu/index.asp Glomac Berhad-Bandar Saujana Utama]
*[http://www.saujanautama3.com/ Portal Komuniti Saujana Utama 3, Sungai Buloh]
*[http://www.saujanautama.net/ Laman Aspirasi Komuniti Saujana Utama]
*[http://sukweb.selangor.gov.my/mdks/ Laman web rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor]

{{Selangor}}
[[Kategori:Bandar di Selangor]]