Difference between revisions 3725668 and 3725695 on mswiki

[[Fail:ChiTu005.jpg|thumb|250px|Peta Kerajaan Chi Tu]]
'''Kerajaan Chi Tu''' atau '''Kerajaan Tanah Merah''' (Anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di [[Semenanjung Melayu]]. Sejarah [[Dinasti Sui]] dari [[China]] menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini. Namun begitu, lokasi berdirinya Chi Ti diperdebatkan. Ia terletak sama ada di [[Kelantan]], [[Pahang]], [[Songkhla]] atau [[Patani]]. Bukti yang nyata ialah (contracted; show full)

Kerajaan Chi Tu bersama-sama dengan [[Langkasuka]] di [[Kedah]] merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara. Ketika zaman ini pedagang Cina dan Funan berlayar ke Semenanjung Melayu untuk berdagang. Mereka menggunakan penduduk tempatan untuk membawa dagangan mereka dari Chi Tu ke Langkasuka.

== Ibu kota ==
Terdapat dua ibu kota Chi Tu;
* [[Kota Singa]](disebut dalam catatan [[Cina]] sebagai '''Seng Chih
''')di [[Gunung Stong]] dari tahun 100 SM-607 M
* [[Valai Penjuru]] di [[Pergau]] bermula dari tahun 607 M(secara rasmi pada tahun 660 M)

== Keagungan Chi Tu ==
=== Istana ===
(contracted; show full)apat setempayan [[emas]] manakala di hadapan tempayan tersebut tardapat sebuah dupa dengan kemenyan yang dibakar juga diperbuat daripada [[emas]] tulen.Pada tingkat paling bawah singgahsana terdapat patung seekor lembu [[emas]] yang dipayung.Dalam balairung itu juga terdapat dua barisan '''Brahmin''' yang saling berhadapan dan turut disertai oleh para pembesar yang membentuk beberapa lapisan.

=== Kekayaan ===
Dicatatkan bahawa Chi tu pada masa tersebut sebuah negara yang kaya
 dan mempunyai 30 buah kapal besar dan beratus hulubalang mengawal istana.Negeri ini menghasilkan kain yang bermutu tinggi dengan pelbagai corak antaranya berwarna kuning keemasan dan warna awan pagi.Selain itu, Chi Tu menghasilkan pelbagai jenis kain kapas.Malah, negeri ini menghasilkan produk makanan seperti padi, kekacang, bijan hitam, arak tebu, arak kelapa dan beberapa lagi yang mendapat permintaan tinggi.Kehidupan di Istana Chi Tu juga berada dalam keadaan yang mewah.......(bersambung)........

== Lihat Juga ==
* [[Sejarah Kedah]]
* [[Pan Pan]]

[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Nusantara]]