Difference between revisions 3730305 and 3746043 on mswiki

{{rujukan}}
[[Fail:ChiTu005.jpg|thumb|250px|Peta Kerajaan Chi Tu]]
'''Kerajaan Chi Tu''' atau '''Kerajaan Tanah Merah''' (Anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di [[Semenanjung Melayu]]. Sejarah [[Dinasti Sui]] dari [[China]] menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini. Namun begitu, lokasi berdirinya Chi Ti diperdebatkan. Ia terletak sama ada di [[Kelantan]], [[Pahang]], [[Songkhla]] atau [[Patani]]. Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspidisi Cina ini berlayar dari Chi Tu ke [[Champa]], mereka mengambil masa 10 hari, maka kerajaan ini mungkin terletak di [[Sungai Kelantan]]. Malahan, terdapat batu bersurat '''Buddhagupta''' yang ditemui di [[Kedah]] menerangkan tentang '''Raktamrtikka''' yang bermaksud [[Tanah Merah[[.

== Kerajaan Chi Tu ==
Nama keluarga untuk golongan '''raja-raja Chi Tu''' ialah Chudan. Menurut catatan [[Cina]], '''Chi Tu''' merupakan keturunan orang [[Mon-Khmer]] atau ''kit mow'' dalam Bahasa Cina. Mereka berlayar dari [[Funan]] dan menapak di Semenanjung Melayu.

Kerajaan Chi Tu bersama-sama dengan [[Langkasuka]] di [[Kedah]] merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara. Ketika zaman ini pedagang Cina dan Funan berlayar ke Semenanjung Melayu untuk berdagang. Mereka menggunakan penduduk tempatan untuk membawa dagangan mereka dari Chi Tu ke Langkasuka.

== Ibu kota ==
Terdapat dua ibu kota Chi Tu;
* [[Kota Singa]](disebut dalam catatan [[Cina]] sebagai '''Seng Chih''')di [[Gunung Stong]] dari tahun 100 SM-607 M
* [[Valai Penjuru]] di [[Pergau]] bermula dari tahun 607 M(secara rasmi pada tahun 660 M)

== Keagungan Chi Tu ==
=== Istana ===
Menurut catatan [[Cina]], istana kerajaan Chi Tu mempunyai tiga pintu gerbang yang setiap lapis berjarak 100 langkah setiap satu dan di setiap pintu gerbang dilukis gambar '''Bodhisattva''' dihiasi gantungan bunga dan loceng.Setiap pintu gerbang dikawal oleh 4 orang pengawal yang memakai pakaian raksasa mereka dilengkapi pakaian perang.Di perkarangan istana terdapat berpuluh orang wanita memegang panji-panji daripada bunga emas dan ada juga bermain alat muzik dan ada antara mereka bertugas mengumpul bunga dengan berpakaian berwarna putih.Istananya mempunyai beberapa astaka dan bertingkat-tingkat.Istana kerajaan Chi Tu dibina menghadap arah [[utara]], takhta dan singgahsana raja juga menghadap arah [[utara]].Setiap hari raja bersemayam dengan memakai jubah merah mawar dan memakai perhiasan yang diperbuat daripada [[emas]].Mahkota raja dihiasi dengan gubahan bunga daripada [[emas]] dan bertatahkan permata.Terdapat empat orang dayang di sisi kanan dan kirinya serta di dalam balai penghadapan terdapat 100 orang pengawal.

Di belakang singgahsana raja terdapat gerbang yang diperbuat daripada lima jenis kayu wangi yang disepuh dengan [[emas]] dan [[perak]] serta belakang gerbang tersebut terdapat cakera [[logam]] yang berbentuk api menyala yang diperbuat daripada [[emas]] yang berkilauan.Pada setiap sisi singgahsana yang bertingkat itu terdapat dua buah cermin daripada [[logam]] berwarna [[perak]] dan di hadapan setiap cermin itu terdapat setempayan [[emas]] manakala di hadapan tempayan tersebut tardapat sebuah dupa dengan kemenyan yang dibakar juga diperbuat daripada [[emas]] tulen.Pada tingkat paling bawah singgahsana terdapat patung seekor lembu [[emas]] yang dipayung.Dalam balairung itu juga terdapat dua barisan '''Brahmin''' yang saling berhadapan dan turut disertai oleh para pembesar yang membentuk beberapa lapisan.

=== Kekayaan ===
Dicatatkan bahawa Chi tu pada masa tersebut sebuah negara yang kaya dan mempunyai 30 buah kapal besar dan beratus hulubalang mengawal istana.Negeri ini menghasilkan kain yang bermutu tinggi dengan pelbagai corak antaranya berwarna kuning keemasan dan warna awan pagi.Selain itu, Chi Tu menghasilkan pelbagai jenis kain kapas.Malah, negeri ini menghasilkan produk makanan seperti padi, kekacang, bijan hitam, arak tebu, arak kelapa dan beberapa lagi yang mendapat permintaan tinggi.Kehidupan di Istana Chi Tu juga berada dalam keadaan yang mewah.Terdapat banyak lagi keagungan Chi Tu.

== Srivijayamala ==
Selepas lawatan rombongan dari [[China]], Kerajaan Chi Tu mengisytihar kemerdekaan dan menamakan kerajaan mereka sebagai '''Srivijayamala'''.Akibatnya Kerajaan [[Funan]] menyerang [[Kota Singa]] dan ibu kota dipindahkan ke [[Valai Penjuru]].

== Raja ==
* 512-591:[[Raja Gautama]]
* 591-660:[[Raja Li Buddha]]
* 660-700:[[Raja Nayaka]]Buddhagupta yang ditemui di Kedah menerangkan tentang Raktamrtikka yang bermaksud Tanah Merah.

== Kerajaan Chi Tu ==
Nama keluarga untuk golongan raja-raja Chi Tu ialah Chu-dan dan rajanya memakai gelaran Li-fo-duo-se. Menurut catatan Cina, Chi Tu merupakan keturunan orang [[Mon-Khmer]] atau ''kit mow'' dalam Bahasa Cina. Mereka berlayar dari [[Funan]] dan menapak di Semenanjung Melayu.

Kerajaan Chi Tu bersama-sama dengan [[Langkasuka]] di [[Kedah]] merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara. Ketika zaman ini pedagang Cina dan Funan berlayar ke Semenanjung Melayu untuk berdagang. Mereka menggunakan penduduk tempatan untuk membawa dagangan mereka dari Chi Tu ke Langkasuka.

== Lihat Juga ==
* [[Sejarah Kedah]]
* [[Pan Pan]]

[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Nusantara]]