Difference between revisions 3868020 and 3868021 on mswiki{{Kemaskini}} {{tanpa rujukan}} {{Kotak info NPO | Nama NPO = Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia <br/> ڤرساتوان کبڠساٴن ڤلاجر إسلام مليسيا | Logo NPO = [[Image:PKPIM.jpg|centre|200px]] | Jenis NPO = [[NGO]] | Kategori = | Tarikh diasaskan = [[27 Jun]] [[1961]] | ID cukai = | ID pendaftaran = | Pengasas = | Lokasi = [[Kuala Lumpur]], {{Bendera|Malaysia}} | Koordinat = <!-- {{Coord|LAT|LON|display=inline,title}} --> | Asal = | Presiden = Muhammad Fazril Saleh | Timbalan Presiden = Muhammad Khair Sujud | Setiausaha Agung = Khairul Anuar Abd Manap | HEWI PKPIM = Siti Fatimah Mohd Shahar⏎ | Fokus = [[Islam]] | Kaedah = | Hasil = | Endowmen = Gerakan Pelajar Islam | Presiden PKPIM = Mohamad Fazril Saleh | Setiausaha Agung = Ahmad Nazrin Shah Abd Rahman | Pengerusi HEWI = Siti Fatimah Mohd Shahar | Subsid = | Pemilik = | Slogan NPO = "Hidup Biar Berjasa" | Laman web = {{URL|http://www.pkpim.org.my}} | Dibubarkan = | Nota kaki = }} '''Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia''' (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun [[31 Mac]] [[1961]] di [[Asrama Kedua]], [[Universiti Malaya]], [[Kuala Lumpur]]. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada [[29 September]] [[1965]], PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM. Perkembangan gerakan pelajar di Malaysia sudah bermula agak lama. Ia adalah refleksi kepada gerakan bahasa dan sastera dan gerakan guru-guru yang bermula lebih awal. Penjajahan British di Tanah Melayu yang bermula sejak abad ke-18, 19 dan awal 20-an membawa misi modernisme yang berpandukan semangat sekularisasi. Akibat daripada sikap British dan sekutu-sekutu Barat yang melancarkan misi kolonialisasi seantero dunia, umat Islam terutamanya yang menjadi mangsa penjajahan Barat memberontak dengan berjihad menitiskan darah demi mempertahankan bumi pertiwi. Perjuangan awal mereka adalah berfaham nasionalisme yang mempertahankan bangsa, budaya dan bahasa Melayu daripada ancaman penjajahan Barat. Dalam konteks negara Malaysia, golongan yang terawal bangkit melawan dan meratakan kesedaran kepada masyarakat mengenai kedurjanaan penjajahan British adalah golongan guru dan ahli bahasa dan sastera. Antara organisasi terawal dalam orientasi bahasa dan sastera yang ditubuhkan adalah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada 1888, Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PAS-PAM) pada 15 April 1934, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 6 Ogos 1950 dan banyak lagi. Manakala daripada kalangan profesion perguruan, antara yang terawal adalah Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang pada 6 Ogos 1920, Persatuan Guru-guru Melayu Selangor pada 1 Januari 1921, Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung pada April 1946 dan pelbagai persatuan guru. Kelahiran sebuah persatuan pelajar Islam peringkat kebangsaan bertujuan menyatukan semua pelajar Islam di Tanah Melayu dalam satu wadah. Ini boleh memaksimumkan kekuatan, memperkayakan idea dan memperkasa kerjasama dalam mengangkat martabat generasi muda. Kelahiran PKPIM adalah kesinambungan perjuangan yang dimulakan oleh generasi awal kemerdekaan dan kesedaran Islam yang mahukan proses Islah dan amar makruf wa nahi mungkar berjalan di muka bumi. Hatta tidak keterlaluan dikatakan mewarisi obor perjuangan dakwah yang dicetuskan oleh para anbia’ dan rasul. ==Sejarah penubuhan== Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu [[Universiti Malaya]], [[Maktab Teknik Kuala Lumpur]] (sekarang [[Universiti Teknologi Malaysia]]), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang [[Universiti Putra Malaysia]]), Kolej Islam Malaya (sekarang [[Maktab Perguruan Islam]]) dan [[Maktab Perguruan Bahasa]]. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri. PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di [[Universiti Malaya]]. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam. Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut. Berikut adalah senarai nama 10 orang pemimpin pelajar yang dimaksudkan: {{fact}} #[[Sulaiman Hj. Nordin]] Pengerusi (Maktab Pertanian Malaya) #[[Ahmad Johari]] Setiausaha Maktab Pertanian Malaya) #W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya) #Mohd Ghazali Abdullah] (Universiti Malaya) #Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala Lumpur) #Annuar Hj. Ab. Razak ( Maktab Teknik Kuala Lumpur) #[[Ismail Ibrahim]] (Kolej Islam Malaya) #[[Ahmad Awang]] (Kolej Islam Malaya) #Ab. Rahman Hj. Taib (Maktab Perguruan Bahasa) #Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa) Jawatankuasa Perancang ini kemudiannya mengadakan beberapa siri mesyuarat yang bermula dari tarikh 2 Oktober 1960 di Asrama Pertama dan Asrama Kedua Universiti Malaya bagi membincangkan masalah pembentukan persatuan dan merangka perlembagaan PKPIM. Akhirnya pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, PKPIM telah berjaya ditubuhkan dengan gabungan 5 institusi pengajian tempatan dan 3 bulan kemudian pada 27 Jun 1961 PKPIPTM telah berjaya didaftarkan. Sejak itu PKPIM terus berkembang sehingga mencetuskan kesedaran Islamiah di kalangan generasi muda sehingga kini khususnya pada akhir dekad 60an dan awal dekad 70an. ==Senarai Presiden PKPIM== Kini PKPIM masih lagi berada di persada dakwah selama 54 tahun dan terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi cabaran semasa. Dengan penuh iltizam, PKPIM cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, mampu menyelaraskan pergerakan pelajar Islam di seluruh negara serta menjadi jurubicara pelajar yang dihormati. Di bawah disenaraikan nama-nama Presiden PKPIM yang telah menggerakkan persatuan ini: # Hanafiah Ahmad Sesi 1961/62 # Wan Jaafar Abdullah Sesi 1962/63 # Shaari Tadin Sesi 1963/64 # Shaari Tadin Sesi 1964/65 # Wan Fauzi Wan Mahmud Sesi 1965/66 # Wan Ismail Wan Ibrahim Sesi 1966/67 # Ismail Daud Sesi 1967/68 # [[Anwar Ibrahim]] Sesi 1968/69 # Anwar Ibrahim Sesi 1969/70 # Anwar Ibrahim Sesi 1970/71 # [[Kamaruddin Mohd. Nor]] Sesi 1971/72 # Ramli Ibrahim Sesi 1972/73 # [[Siddiq Fadhil]] Sesi 1973/74 # Abdul Rahman Rukaini Sesi 1974/75 # Wan Hamid Wan Teh Sesi 1975/76 # Ismail Basri Sesi 1976/77 # [[Fuad Hassan]] Sesi 1977/78 # Fuad Hassan Sesi 1978/79 # Fuad Hassan Sesi 1979/80 # Fuad Hassan Sesi 1980/81 # [[Abdul Malik Awang Khalid]] Sesi 1981/82 # Abdul Malik Awang Khalid Sesi 1982/83 # Abdul Manaf Haji Deraman Sesi 1983/84 # Azmi Shah Suratman Sesi 1984/85 # Azmi Shah Suratman Sesi 1985/86 # [[Mustaffa Kamil Ayob]] Sesi 1986/87 # Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1987/88 # Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1988/89 # Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1989/90 # [[Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz]] Sesi 1990/91 # [[Khalek Awang]] Sesi 1991/92 # Khalek Awang Sesi 1992/93 # Khalek Awang Sesi 1993/94 # Khalek Awang Sesi 1994/95 # [[Yusri Mohamad]] Sesi 1995/96 # Yusri Mohamad Sesi 1996/97 # [[Amidi Manan]] Sesi 1997/98 # Amidi Manan Sesi 1998/99 # [[Asyraf Wajdi Hj Dusuki]] Sesi 1999/00 # Asyraf Wajdi Hj Dusuki Sesi 2000/01 # [[Mohd Zaidi Aziz]] Sesi 2001/02 # [[Mohd Zaidi Aziz]] Sesi 2002/03 # [[Mohd Raimi Abdul Rahim]] Sesi 2003/04 # [[Mohd Raimi Abdul Rahim]] Sesi 2004/05 # [[Mohd Suhail Ahmad]]Sesi 2005/06 # [[Mohd Hilmi Ramli]] Sesi 2006/07 # Mohd Hilmi Ramli Sesi 2007/08 # Mohd Hilmi Ramli Sesi 2008/09 # [[Muhammad Faisal bin Abdul Aziz]] Sesi 2009/10 # [[Muhammad Faisal bin Abdul Aziz]] Sesi 2010/11 # Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin Sesi 2011/12 # Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin Sesi 2012/13 # Muhamad Aliemran b Norasid Sesi 2013/14 # Mohammad Fazril b Mohd Saleh Sesi 2014/15 # Mohammad Fazril b Mohd Saleh Sesi 2015/16 == Senarai Setiausaha Agung == # Sulaiman Hj Nordin Sesi 1961/62 # Nik Yusuf Cathee Sesi 1962/63 # Hussain Muhammad Sesi 1963/64 # Wan Fauzi Wan Mahmud Sesi 1964/65 # Wan Ismail Wan Ibrahim Sesi 1965/66 # Mahmud Badri Hj Basir Sesi 1966/67 # Anwar Ibrahim Sesi 1967/68 # Zakaria Hasyim Sesi 1968/69 # Jamil Mokmin Sesi 1969/1970 # Kamaruddin Mohd Nor Sesi 1970/71 # Muhammad Nur Hj Manuty Sesi 1971/72 # Muhammad Nur Hj Manuty Sesi 1972/73 # Auni Hj Abdullah Sesi 1973/74 # Ahmad Shah Mohd Nor Sesi 1974/75 # Syed Abu Bakar Syed A. Kadir Sesi 1975/76 # Mohd Zaidi Nordin Sesi 1976/77 # Ahmad Shah Mohd Nor Sesi 1977/78 # Zamanhuri Shamsudin Sesi 1978/79 # Mohammad Redzuan Othman Sesi 1979/1980 # Abdul Aziz Bari Sesi 1980/81 # Syed Abu Bakar Syed A. Kadir Sesi 1981/82 # Habibullah Shamsuddin Sesi 1982/83 # Habibullah Shamsuddin Sesi 1983/84 # Habibullah Shamsuddin Sesi 1984/85 # Mustaffa Kamil Ayub Sesi 1985/86 # Mohd Shukor Abdul Manan Sesi 1986/87 # Mohd Shukor Abdul Manan Sesi 1987/88 # Mohd Shukor Abdul Manan Sesi 1988/89 # Sabaruddin Ali Sesi 1989/90 # Sabaruddin Ali Sesi 1990/91 # Hisyamuddin Omar Sesi 1991/92 # Hisyamuddin Omar Sesi 1992/93 # Hisyamuddin Omar Sesi 1993/94 # Hisyamuddin Omar Sesi 1994/95 # Syed Munawwar Al-Jamalullail Sesi 1995/96 # Mohd Zamri Zakaria Sesi 1996/97 # Ahmad Shabrimi Mohd Sidek Sesi 1997/98 # Ahmad Shabrimi Mohd Sidek Sesi 1998/99 # Ahmad Zaki Yamani Sesi 1999/00 # Khairul Arifin Mohd Munir Sesi 2000/01 # Khairul Arifin Mohd Munir Sesi 2001/02 # Azuan Effendi Zaira Sesi 2002/03 # Azuan Effendi Zaira Sesi 2003/04 # Azwiral Bukhari Abdul Aziz Sesi 2004/05 # Mohd Hilmi Ramli Sesi 2005/06 # Muhammad Bukhori Alias Sesi 2006/07 # Abdul Muntaqim Zulkipli Sesi 2007/08 # Khairul Anwar Shazali Sesi 2008/09 # Khairul Anuar Musa Sesi 2009/10 # Abu Qassim Norazmi Sesi 2010/11 # Mohd Shazni Abdullah Sesi 2011/12 # Khairul Anuar Abdul Manap Sesi 2012/13 # Khairul Anuar Abdul Manap Sesi 2013/14 # Khairul Anuar Abdul Manap Sesi 2014/15 # Ahmad Nazrin Shah Abdul Rahman 2015/16 ==Alamat surat-menyurat== : Sekretariat PKPIM Pusat : 19-2 Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju : 53300 Kuala Lumpur, Malaysia : Telefon: 603-6184 2286 <br>Faks: 603-6184 2285 <br> ==Lihat juga== * [[:en:International Islamic Federation of Student Organizations|International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO)]] * [[Angkatan Belia Islam Malaysia]] * [[Wadah Pencerdasan Umat Malaysia]] * [[Majlis Belia Malaysia]] ==Pautan luar== * [http://[email protected] E-mel rasmi] * [http://www.pkpim.org.my Laman sesawang rasmi] [[Kategori:NGO Malaysia]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=3868021.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|