Difference between revisions 3871224 and 3880933 on mswiki

{{Kemaskini}}
{{tanpa rujukan}}
{{Kotak info NPO
| Nama NPO           = Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia <br/> ڤرساتوان کبڠساٴن ڤلاجر إسلام مليسيا
| Logo NPO           = [[Image:PKPIM.jpg|centre|200px]]
| Jenis NPO          = [[NGO]]
| Kategori           = 
| Tarikh diasaskan   = [[27 Jun]] [[1961]]
| ID cukai           = 
| ID pendaftaran     = 
| Pengasas           =
| Lokasi             = [[Kuala Lumpur]], {{Bendera|Malaysia}}
| Koordinat          = <!-- {{Coord|LAT|LON|display=inline,title}} -->
| Asal               =
| Fokus              = [[Islam]]
| Kaedah             =
| Hasil              =
| Endowmen           = Gerakan Pelajar Islam
| Presiden PKPIM     = Mohamad Fazril Saleh
| Setiausaha Agung   = Ahmad Nazrin Shah Abd Rahman
| Pengerusi HEWI     = Siti Fatimah Mohd Shahar
| Subsid             =
| Pemilik            =
| Slogan NPO         = "Hidup Biar Berjasa"
| Laman web          = {{URL|http://www.pkpim.org.my}}
| Dibubarkan         =
| Nota kaki          =
}}

'''Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia''' (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun [[31 Mac]] [[1961]] di [[Asrama Kedua]], [[Universiti Malaya]], [[Kuala Lumpur]]. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada [[29 September]] [[1965]], PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Perkembangan gerakan pelajar di Malaysia sudah bermula agak lama. Ia adalah refleksi kepada gerakan bahasa dan sastera dan gerakan guru-guru yang bermula lebih awal. Penjajahan British di Tanah Melayu yang bermula sejak abad ke-18, 19 dan awal 20-an membawa misi modernisme yang berpandukan semangat sekularisasi. Akibat daripada sikap British dan sekutu-sekutu Barat yang melancarkan misi kolonialisasi seantero dunia, umat Islam terutamanya yang menjadi mangsa penjajahan Barat memberontak dengan berjihad menitiskan darah demi mempertahankan bumi pertiwi. Perjuangan awal mereka adalah berfaham nasionalisme yang mempertahankan bangsa, budaya dan bahasa Melayu daripada ancaman penjajahan Barat.

Dalam konteks negara Malaysia, golongan yang terawal bangkit melawan dan meratakan kesedaran kepada masyarakat mengenai kedurjanaan penjajahan British adalah golongan guru dan ahli bahasa dan sastera. Antara organisasi terawal dalam orientasi bahasa dan sastera yang ditubuhkan adalah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada 1888, Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PAS-PAM) pada 15 April 1934, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 6 Ogos 1950 dan banyak lagi. Manakala daripada kalangan profesion perguruan, antara yang terawal adalah Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang pada 6 Ogos 1920, Persatuan Guru-guru Melayu Selangor pada 1 Januari 1921, Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung pada April 1946 dan pelbagai persatuan guru.

Kelahiran sebuah persatuan pelajar Islam peringkat kebangsaan bertujuan menyatukan semua pelajar Islam di Tanah Melayu dalam satu wadah. Ini boleh memaksimumkan kekuatan, memperkayakan idea dan memperkasa kerjasama dalam mengangkat martabat generasi muda. Kelahiran PKPIM adalah kesinambungan perjuangan yang dimulakan oleh generasi awal kemerdekaan dan kesedaran Islam yang mahukan proses Islah dan amar makruf wa nahi mungkar berjalan di muka bumi. Hatta tidak keterlaluan dikatakan mewarisi obor perjuangan dakwah yang dicetuskan oleh para anbia’ dan rasul (PKPIM''') adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (Pendaftaran 1569 Selangor) pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhannya di bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara. Manakala kekuatan PKPIM terletak pada iltizam dan komitmen serta kesediaan ahlinya untuk menggerakkan PKPIM dengan konsep dakwah tanpa sebarang kepentingan diri.

Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.

Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat. Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966.

PKPIM juga menjalinkan jaringan utuh sebagai salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang aktif dalam aktiviti pembangunan belia. Malah beberapa tokoh pimpinan PKPIM pernah menjawat jawatan Presiden MBM. Jaringan PKPIM diperluaskan di peringkat antarabangsa di mana turut menjadi badan gabungan aktif dalam Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) dan menjadi anggota gabungan kepada Persekutuan Pelajar-Pelajar Islam Antarabangsa (International Islamic Federation of Student Organisation-IIFSO) sejak 1971, dan juga penaja kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

PKPIM hingga tahun 2011 telah mencapai usia 50 tahun dan masih bergerak aktif dengan rangkaian yang cukup meluas dengan wujudnya badan gabungan PKPIM hampir setiap negeri dan kampus. Malah kerangka perjuangan PKPIM bukan sekadar disini namun meliputi jemaah yang lebih luas dengan kewujudan ABIM yang kini telah mencapai usia 40 tahun dan WADAH yang terdiri dari senior-senior PKPIM dan ABIM. Oleh itu PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.

Pada tahun 2007, PKPIM memperbaharu pendaftarannya dengan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan No. Pendaftaran: PPBM 0022/08.

==Sejarah penubuhan==
Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu [[Universiti Malaya]], [[Maktab Teknik Kuala Lumpur]] (sekarang [[Universiti Teknologi Malaysia]]), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang [[Universiti Putra Malaysia]]), Kolej Islam Malaya (sekarang [[Maktab Perguruan Islam]]) dan [[Maktab Perguruan Bahasa]]. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil t(contracted; show full)* [[Wadah Pencerdasan Umat Malaysia]]
* [[Majlis Belia Malaysia]]

==Pautan luar==
* [http://[email protected] E-mel rasmi]
* [http://www.pkpim.org.my Laman sesawang rasmi]

[[Kategori:NGO Malaysia]]