Difference between revisions 3887953 and 3887954 on mswiki== Sejarah == Lembaran sejarah SMK Batu Unjur, Klang bermula pada tahun 1999. Kerja-kerja pembersihan dan pembangunan sekolah di tapak seluas lebih kurang 6.4 hektar telah digunakan. Tapak sekolah ini dahulunya merupakan kawasan ladang kelapa sawit.Pembinaan sekolah ini dihentikan selama 2 tahun kerana menghadapi masalah. Pada tahun 2004, kerja-kerja pembinaan,penyenggaran dan pembaikan semula diteruskan semula sehingga selesai pembinaan, secara rasmi SMK Batu Unjur telah dibuka pada 26 Disember 2004. SMK Batu Unjur telah dirasmikan oleh Allahyarham Dato' Razali bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 12 Julai 2008. Majlis penyerahan bangunan telah diadakan pada 01 Disember 2004 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) kepada Pn. Siti Zaiton bt. Selamat, pengetua pertama SMK Batu Unjur. Bermula dari sini, proses penubuhan organisasi sekolah telah berjalan.Sekolah ini mampu menempatkan 5 buah bangunan utama iaitu blok A, B, C, D dan E dengan keluasan tanah kira-kira 15.9 ekar. Di samping itu, 36 buah kelas disediakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran.Seawal operasinya dahulu, sekolah ini mempunyai tenaga pendidik sebanyak 20 orang. Kini, dengan pertambahan bilangan kelas sebanyak 59 buah dan murid sebanyak 2078 orang, bilangan tenaga pendidik juga bertambah sebanyak 121 orang. Sekolah ini juga turut menawarkan program khas iaitu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Gandingan mantap, rasa sepunya dan semangat kerja berpasukan yang dijadikan sebagai pegangan dan teras utama warga pendidik SMK Batu Unjur yang diterajui oleh Pengetua Cemerlang Pn Hajah Zainon Bt Kasim A.M.N telah membuktikan pencapaian akademik dan kokurikulum yang membanggakan.⏎ ⏎ ==Pentadbiran Sekolah== {| class="wikitable" |- ! '''Pentadbir''' ! Nama Guru |- | '''Pengetua''' | Puan Hajah Noreha binti Hailani |- | '''Penolong Kanan Kurikulum''' | Puan Azizah Bt Daud |- | '''Penolong Kanan HEM''' | Puan Sia Lay Soo |- | '''Penolong Kanan Kokurikulum''' | Puan Hajah Fadzilah binti Darus |- | '''Penolong Kanan Pendidikan Khas''' | Puan Suriati binti Che Din |- | '''Penolong Kanan Petang''' | Encik Sepuan Suri Bin Din |- | '''Guru Kanan Matapelajaran Bahasa''' | Puan Hajah Asriah binti Sarbini |- | '''Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik''' | Puan Cheng Lay Hoong |- | '''Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional''' | Puan Salmah binti Mokni |- | '''Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan''' | Puan Hajah Ani binti Abu Bakar |} == Senarai pengetua == #Puan Siti Zaiton Binti Selamat (2004-2009)<br /> #Puan Hajah Zainon Binti Kasim ''A.M.N'' (2009-2010)<br /> #Puan Hajah Alijah Binti Md Dom ( Mac - Ogos 2011)<br /> #Puan Hajah Noreha Binti Hailani ( Sep 2011-kini) == Alamat Sekolah == :Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur :Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi, 41200 KLANG, :[[Selangor Darul Ehsan]], {{MAS}} :Telefon = 03-3324 4054 :Faks = 03-3324 4079 == Pautan Luar == * [http://smkbatu-unjur.blogspot.my/ Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur] * [http://www.facebook.com/pages/SMK-Batu-Unjur/442885332394722 Laman Web Rasmi SMK Batu Unjur Facebook] [[Kategori:Sekolah menengah kebangsaan di Selangor|Batu Unjur]] [[Kategori:Sekolah menengah di Selangor|Batu Unjur]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=3887954.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|