Difference between revisions 4461271 and 4461275 on mswiki

{{wikikan}}
{{Unreferenced}}

Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Rafizah Shima , Ameerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob Raja lawak, Fatimah Al Zahra dan juga Zaidi Omar. 

Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP  Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.

== Penerbit ==

=== Dream Pictures Production ===
Dream Pictures Production adalah sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan pada tahun 2017. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menerbitkan filem tempatan di Malaysia. Terkini, Dream Pictures Production adalah Penerbit Filem Operasi X yang bakal ditayangkan 1 November 2018

== Latar Belakang Pengarah ==
(contracted; show full)## Shima Aris sebagai Lady Lion
## [[Amerul Affendi]] sebagai Mat Bong
## Nashra sebagai Nash
## [[Nasir Bilal Khan]] sebagai Bashah
## Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
## GBob sebagai Janggut
## Azzahra Ahmad sebagai Aishah
## [[Zaidi Omar]] sebagai Wak Doyok


== OST Filem ==
Ost filem Operasi X dinyanyikan oleh [[Ahmad Azhar bin Othman|Dato' Awie]] ft. McFaz Stylo Fellaz berjudul " LARI". Lagu ini merupakan gubahan komposer Jay dan lirik oleh Shazliey Lee . https://www.youtube.com/watch?v=8RBDSRYNnkw

==== Lirik lagu ====
Gelap dalam cahaya

Bahang kaca ku tempa

Tiada dusta dan nista

Selagi aku bertakhta

Dapatkah

Gagahkah

Kau tandingi kudrat ku

Meranalah

Binasalah

Aral melintangi jasad ku

Ku tak resah

C/O

Lari lari Lari lari

Lari lari kau ku tunggu

Lari lari Lari lari

Lari dari wujud bayangku

Rap:

Ke kanan ke kiri ku garap ku hadap

Keluh kesah ku yang penuh dengan sifat amarah

Besi paduku tiada masa berlengah-lengah

“Lu chow”

“Wa chow”

Bro!!

Lu dasar manusia suka cari padah

Cukup dayakah langkah Lu Sampai Seribu

Ke laut mari awan mari hutan mari

“Kancah”

“Pecah”

Bro!!!

C/O

Lari lari Lari lari

Lari lari kau ku tunggu

Lari lari Lari lari

Lari dari wujud bayangku

== Lokasi Pengambaran ==
Pengambaran Filem Operasi X dijalankan di Pulau Pinang antaranya Bukit Bendara, Pulau Aman dan Feri Pulau Pinang.