Difference between revisions 4788815 and 4921081 on mswiki{{Proses/BukanTeamBiasa}}{{coord|41|01|28|N|28|58|15|E|display=title|region:TR_type:landmark}} '''Arap Camii''', dahulunya ialah '''Gereja Dominican [[Paul yang Hawari|Saint Paul]]''', adalah sebuah [[masjid]] terletak di Jalan Kalyon di [[Galata]], [[Istanbul]], [[Turki]]. Ia diselesaikan dan dimulakan pada [[1233]] sebagai Gereja Saint Paul, dibina oleh [[Holy Orders|paderi]] [[Dominican Order|Dominican]] dari [[Gereja Katolik Rom]], sewaktu [[Empayar Latin]] [[Constantinople]] (1204-1261). Dibina mengikuti model Itali pada zaman itu, gereja yang mempunyai menara loceng utama yang membezakan bangunan dari gereja-gereja [[Seni bina Byzantin|Byzantin]] di bandar itu. Beberapa batu nisan dari gereja kini dipamerkan di [[Muzium Arkeologi Istanbul]]. Berikutnya tertakluknya semula Constantinople oleh [[Empayar Byzantin|Byzantin]] pada 1261, gereja itu diberikan kepada masyarakat [[Republik Genoa|Genoese]] tempatan dari [[Galata]], yang tetap setia pada Byzantin sewaktu [[Salib Keempat]] (Penjarahan Constantinople) pada 1204 dan membantu mereka melindungi bandar terhadap [[Republik Venice|Orang Venice]] yang menyerang. Pada [[1407]], gereja diperbaiki secara besar-besaran dan dikembalikan dengan bantuan kewangan [[Paus (Katolik)|Jawatan Paus]]. Pada [[1475]], ia diubah suai menjadi sebuah masjid oleh [[Mehmed II|Sultan Mehmed II]] [[Empayar Uthmaniyyah|Uthmaniyyah]] dan digelar sebagai ''Galata Camii'' (Masjid Galata). Pada [[1492]], masjid diberikan ke masyarakat [[Arab]] dari [[Sepanyol]] ([[Andalusia]]), yang melarikan diri dari [[Pasitan Sepanyol]] dan berhijrah ke Istanbul, oleh [[Bayezid II|Sultan Bayezid II]] oleh itu nama kininya ''Arap Camii'' (Masjid Arab). Kini, Arap Camii adalah masjid terbesar di sebelah Galata di [[Golden Horn]]. Ia adalah salah satu masjid yang paling menarik di bandar oleh kerana gaya seni bina [[Seni bina Gothik|Gothik Itali awal]] dan menara loceng gereja (sekarang sebuah menara) yang secara praktikal tetap sama walaupun selepas ditukarkan menjadi sebuah masjid. Bangunan telah menerika hampir tiada perubahan pada kelihatan bahagian luarnya. == Lihat pula == * [[Galata]]⏎ ⏎ {{Masjid di Turki}} {{Marmara-geo-stub}} {{Turkey-struct-stub}} {{Mosque-stub}} [[Kategori:Masjid di Istanbul]] [[Kategori:Tempat ibadat yang diubahsuai menjadi masjid]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=4921081.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|