Difference between revisions 4803467 and 5073485 on mswiki
{{wikikan}}
{{Infobox non-profit
| name            = Jamaah Islah Malaysia
جماعه اصلاح مليسيا
| image           = [[Image:JIM.gif|200px]]
| caption         =
| founder         = Hj. Saari Sungib
| type            = [[NGO]]
| tax_id          =
| registration_id =
| founded_date    = {{Start date|1990|07|27}}
[[5 Muharam]] 1411[[Takwim Hijrah|H]]
| location        = Lot 300.3,
Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 [[Kuala Lumpur]],
{{Bendera|Malaysia}}
| origins         =
| key_people      = Hj. Zaid bin Kamaruddin (Presiden)
| area_served     =
| products        =
| services        =
| focus           = [[Islam]]
| mission         =
| method          =
| revenue         =
| endowment       =
| num_volunteers  =
| num_employees   =
| num_members     =
| subsid          =
| owner           =
| motto           = "Bersama Islam Membina Masyarakat"
| former name     =
| homepage        = {{URL|http://www.jim.org.my}}
| dissolved       =
| footnotes       =
'''Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia''' (singkatan: '''JIM''') merupakan sebuah badan [[Senarai pertubuhan Islam di Malaysia|Islam]] bukan kerajaan di [[Malaysia]]. Organisasi ini didaftar secara rasmi pada [[27 Julai]] [[1990]] dan mempunyai cawangan di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia.
JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam [[al-Qur'an]]; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.
"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada [[Allah]]. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)
==Identiti==
===Visi JIM===
Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020."
===Misi JIM===
Menjadi Gerakan Islam ulung yang:
*membangun sumber manusia untuk melahirkan insan soleh wa muslih;
*membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
*mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan moto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".
==Pendirian dan Pendekatan==
JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat.
JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan.
Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.
JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.
Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.
JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.
JIM memilih pendekatan yang bercirikan:
*Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat
*Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
*Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat
==Kepimpinan JIM==
Presiden pertama JIM ialah Haji [[Saari Sungib]]. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Dr [[Mohamed Hatta Shaharom]], seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Haji [[Zaid Kamaruddin|Zaid bin Kamaruddin]] sehingga kini.
=== Presiden JIM ===
{| class="wikitable"
!Nama
!Mula Khidmat
!Tamat Khidmat
|1
|Haji [[Saari Sungib]]
|1990
|1999
|2
|Dr [[Mohamed Hatta Shaharom]]
|1999
|2003
|3
|Haji [[Zaid Kamaruddin|Zaid bin Kamaruddin]]
|2003
|2012
==Pembubaran==
JIM dibubarkan pada tahun 2012. Pembubaran JIM bertujuan untuk menyatukan semua sumber organisasi yang berkaitan di bawah satu pertubuhan iaitu [[Pertubuhan IKRAM Malaysia]] (IKRAM).<ref>{{Cite web | title = JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah | url = http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15620-jim-dibubar-setelah-22-tahun-terlibat-dakwah | publisher = Harakah Daily | date = 2 Januari 2013 | accessdate = 2 Januari 2013}}</ref><ref>{{Cite web | title = Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dibubar selepas 22 tahun| url =http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=692361| publisher = mforumcari | date = 2 Januari 2013 | accessdate = 2 Januari 2013}}</ref>
==Rujukan==
{{reflist}}
== Baca lagi ==
* [[Pertubuhan IKRAM Malaysia]]
* [[Ikatan Muslimin Malaysia]]
* [[Parti Keadilan Rakyat|Parti Keadilan Nasional]]
[[Kategori:Pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia]]
[[Kategori:Pertubuhan Islam di Malaysia]]