Difference between revisions 4890283 and 4904034 on mswiki

'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai  petempatan [[perdagangan]] yang penting. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I|Sultan Alauddin Riayat Shah II]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan  ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]].

(contracted; show full)

Raja Mudzaffar seterusnya menjadi [[Sultan Perak]] manakala [[Sultan Alauddin Riayat Shah II|Raja Ali]] menjadi sultan Johor yang pertama. [[Kesultanan Johor]] juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

==Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar==
=== Perang Tiga Segi ===
[[Sultan Alauddin Riayat Shah II
|Sultan Alauddin Riayat Shah I]] menubuhkan sebuah kota di [[Johor Lama]] yang terletak di [[tebing]] [[Sungai Johor]] dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan [[Pahang]] untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota ''A Famosa'' telah dibina).

(contracted; show full)
{{Senarai Sultan-Sultan Johor}}
{{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}}

[[Kategori:Sejarah Johor| ]]
[[Kategori:Sultan Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]