Difference between revisions 5037024 and 5064001 on mswiki{{Tajuk huruf kecil}} {{Infobox television channel | name = NTV7 | logo = | logo_size = | logo_alt = | logo_caption = | image = Logo of newNTV7.png (contracted; show full) Saat ini NTV7 disiarkan dalam Frekuensi UHF. Di Lembah Klang, saluran UHF adalah 35 (dari Menara Kuala Lumpur) dan 37 (dari Gunung Ulu Kali). Penghantaran Frekuensi VHF juga terdapat di saluran 7 (dari Bukit Sungai Besi) tetapi hanya terdapat di Lembah Klang sahaja. NTV7 juga boleh didapati di semua rangkaian TV digital melalui saluran 107 dan melalui saluran 147 (sebelumnya di saluran 7 kemudian saluran 107) di Astro. ==Sejarah== [[Fail:Bangunanlamantv7.jpg|thumb|right|Bangunan Ibu pejabat lama NTVntv7 di Glenmarie]] Ditubuhkan pada 7 April 1998 oleh [[Mohd Effendi Norwawi|Tan Sri Datuk Seri [[Mohd Effendi Norwawi]], NTVntv7 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan penonton di [[Malaysia]]. Penyiaran disiarkan melalui 10 pemancar yang terletak di seluruh [[Malaysia]] dan siaran biasanya bermula pada pukul 7:00 pagi hingga 1:00 pagi hari berikutnya. Kini siaran NTVntv7 hingga 2:00 pagi hari berikutnya. [[Fail:Bangunanbaruntv7.jpg|thumb|left|Bangunan Ibu pejabat baru NTVntv7 di Sri Pentas]] Pada Oktober 2005, Media Prima Berhad mengumumkan pengambilalihan NTVntv7. Media Prima juga memiliki 3 stesen TV swasta yang lain di Malaysia iaitu [[TV3]], [[8TV]] dan [[TV9]] serta keseluruhan saham majoriti di The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd. Pengambilalihan NTVntv7 oleh MPB diselesaikan pada 30 Disember 2005. Stesen NTVntv7 dijadikan sebagai saluran pilihan di kalangan keluarga urban. Ini dilengkapkan dengan pengenalan logo baru pada bulan Julai 2006 yang menegaskan kembali tujuan NTVntv7 untuk menyediakan kandungan unggul dan berkualiti untuk penonton setianya. NTVntv7 memfokuskan kepada penonton urban dan berbahasa Inggeris. Menurut laporan ''[[Berita Harian]]'' pada 31 Mac 2006, berdasarkan statistik AGB Nielsen, NTVntv7 menjadi saluran pilihan utama di kalangan penonton berbangsa [[Cina]] dengan jumlah penonton 145,000 pada waktu perdana. NTVntv7 menguasai kira-kira 36 peratus penonton masyarakat Cina berusia 25 tahun ke atas. Diimbas kembali, suatu ketika dulu NTVntv7 yang mula beroperasi sejak tahun 1998 pernah meniti zaman kegemilangan apabila dibarisi nama hebat seperti Wan Kamaruddin, Zaini Ahmad, [[Norazlina Awang Had]] dan beberapa personaliti lain. Bagaimanapun, sengat NTVntv7 mula hilang apabila seorang demi seorang personalitinya meninggalkan stesen ini yang pernah menjulang nama mereka dalam dunia penyiaran. Pemergian mereka meninggalkan kesan bukan sedikit kepada NTVntv7, malah tidak keterlaluan dikatakan keputusan mereka menyebabkan stesen ini semakin hilang keceriaannya. Pada 2009, keseluruhan isi kandungan NTVntv7 telah disegarkan semula tentang program bertemakan gaya hidup yang sihat, hiburan, isu semasa dan program sukan yang menepati citarasa penonton Cina dan Urban. NTVntv7 kini sudah mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, NTVntv7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu. NTVntv7 akan memperkenalkan '''KEDUDUKAN TERBARU''' stesen itu untuk tahun 2013 yang bakal membawa saluran itu ke fasa yang lebih menarik dalam evolusinya tahun depan. Saluran itu kini telah mengenal pasti kedudukannya dengan menyasarkan jenama premiumnya kepada golongan profesional (professionals), pengurus (managers), eksekutif (executives), ahli perniagaan (businessmen) atau singkatannya (PMEBs) yang juga dikenali sebagai takrif Modern Urban Progressive Adults (MUPAs). MUPAs adalah mereka yang berusia 25 – 45 tahun dengan pemikiran urban dan global yang dikenali memiliki beberapa ciri seperti – bijaksana & bergaya, moden dengan citarasa global, mempunyai gaya hidup yang sibuk, berada di mana-mana sahaja (on-the-go) dan berorientasikan keluarga adalah di antaranya. ===Penjenamaan semula kepada penonton urban Malaysia=== Bermula 5 Mac 2018 penjenamaan semula saluran NTVntv7 dan perubahan kandungan program bagi 8TV antara pendekatan baru Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, penjenamaan baru saluran NTV7 itu akan membabitkan siaran program yang lebih bersasar kepada penonton Melayu. Saluran berkenaan yang popular itu akan lebih menyiarkan program untuk penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan baharu. “Perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina,” katanya ketika Pembentangan Kandungan Baharu MPTN, petang tadi. Johan berkata, saluran NTVntv7 akan memperkenalkan saluran hiburan Malaysia yang baru dengan memenuhi selera penonton dengan selebriti terkemuka.<ref>https://www.hmetro.com.my/rap/2018/01/304871/ntv7-sasar-penonton-melayu</ref> ===Kembali semula kepada rancangan Cina=== Penjenamaan semula menimbulkan kekeliruan dikalangan penonton, terutamanya penonton Cina yang menonton saluran NTVntv7 mendapati apabila hampir kesemua rancangan mereka telah dipindahkan ke [[8TV]]. Rating tontonan juga dipercayai merosot dengan begitu mendadak. Sebagai keputusan, bermula 31 Disember 2018, CEO Media Prima, Johan Ishak, berkata bahawa rancangan CJ Wow Shop berbahasa Mandarin akan disiarkan di saluran itu.<ref>[https://www.xtra.com.my/tv3/category/entertainment/posts/cj-wow-shop-to-extend-all-new-mandarin-segments-on-ntv7 CJ WOW SHOP to Extend All-New Mandarin Segments on ntv7]</ref> Langkah itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula syarikat di kalangan semua salurannya, serta mengenai isu mengurangkan jumlah pekerja. Untuk saluran NTVntv7, rancangan berbahasa Melayu dan Inggeris dikurangkan melalui memindahkan kebanyakan rancangan tersebut (termasuk [[TV9]]) ke saluran utama [[TV3]]. Ia juga mengembalikan semula persepsi masyarakat dimana NTVntv7 adalah saluran yang berfokuskan kepada penonton Cina disamping saluran 8TV; namun berita berbahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu tiada sebarang perubahan. Sedikit rancangan berbahasa Inggeris & Melayu dari NTVntv7 seperti [[Kopitiam (siri TV)|Kopitiam]] dan [[I Can See Your Voice Malaysia]] dipindahkan ke [[TV9]], slot Daebak dan [[Slot Chamsarang]] akan ditambahkan sarikata berbahasa cina. ===Menyiarkan semula program urban and mengurangkan slot CJ Wow Shop=== Pada 1 Jun 2019, NTVntv7 telah menyiarkan semula program berbahasa Inggeris yang ditayangkan pada pukul 8:30 malam selepas berita 7 Edition dan juga mengurangkan slot waktu CJ Wow Shop versi Mandarin dengan mengulang program Cina dari 8TV. Bermula 26 Oktober 2019, drama berbahasa Thai turut kembali disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 11:00 malam dengan sarikata berbahasa cina dan bermula 4 Januari 2020, ia menukar waktu penyiaran kepada jam 10:30 malam pada hari yang sama. === Saluran membeli-belah dalam versi dua bahasa === Bermula 31 Disember 2019, CJ Wow Shop di NTVntv7 telah bersiaran dalam dua versi bahasa, versi bahasa Melayu telah kembali ditayangkan pada 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari, 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan 8:30 malam. Manakala, versi bahasa Mandarin masih ditayangkan pada 1:00 petang, 4:00 petang, 9:30 malam dan 11:30 malam. === [[Mandarin 7]] ditamatkan === [[Mandarin 7]] telah ditamatkan penyiarannya di NTVntv7 pada 8 Jun 2020 dan telah bergabung dengan [[8TV Mandarin News]]. Ini menjadikan waktu [[8TV Mandarin News]] pada waktu malam berubah dari tempoh 30 minit (8:00 - 8:30 malam) kepada 1 jam (8:00 - 9:00 malam). === Perubahan kandungan siaran === Bermula 1 November 2020, NTVntv7 menyesuaikan rancangan programnya dengan memfokuskan kandungan berbentuk majalah, dokumentari dan program urusan semasa untuk memenuhi keperluan masyarakat, manakala [[Slot Chamsarang]] akan dihentikan dan semua program berbahasa Cina akan tertumpu di [[8TV]].<ref>{{Cite web|title=ntv7 11月起调整节目 · 中文节目集中八度空间|url=https://www.sinchew.com.my/content/content_2369092.html|accessdate=2020-11-01|work=www.sinchew.com.my}}</ref> === NTVntv7 menjadi [[DidikTV KPM]] === [[File:DidikTV KPM.png|thumb|Logo ''DidikTV KPM'' dari 17 Februari 2021]] [[File:[email protected]|thumb|Logo ''DidikTV@7'' dari 22 Mac 2021]] NTVntv7 akan dijadikan sebagai saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai [[DidikTV KPM]] mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bermula pada jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari siaran pertamanya pada jam 8:00 pagi.<ref>{{Cite web|url=https://www.soyacincau.com/2021/02/13/ministry-education-didik-tv-ntv7-dedicated-channel/|title=NTV7 becomes MOE's channel DidikTV from 17 February |access-date=2021-02-12|work=www.soyacincau.com}}</ref> [[Edisi 7]] dijenamakan semula sebagai Buletin Didik dan 7 Edition menjadi rancangan berita digital. Pada 16 Februari 2021, Media Prima membuat satu kenyataan kepada The Edge Markets bahawa NTVntv7 tidak akan ditutup atau ditukar miliknya.<ref>{{Cite web|url=https://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-not-closing-down-ntv7-current-team-execute-didiktv|title=Media Prima: Not closing down ntv7, current team to execute DidikTV|access-date=2021-02-16|work=The Edge Markets}}</ref> ==Kritikan dan kontroversi== (contracted; show full) {{Saluran televisyen di Malaysia}} {{Media Prima}} [[Kategori:ntv7| ]] [[Kategori:Stesen televisyen di Malaysia]] [[Kategori:Saluran televisyen dalam Astro]] [[Kategori:Stesen televisyen yang ditubuhkan pada 1998]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5064001.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|