Difference between revisions 5254151 and 5353573 on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis(contracted; show full)rut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".<ref name="Suzana halaman 57">(Tun) Suzana (Tun) Othman, ''Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang'', halaman 57</ref><ref>http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat Adat</ref> Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar JohorRiau) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] , yang tinggal dalam buangan di salah satu [[Kepulauan Riau]], kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di [[Singapura]]. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan JohorRiau sebenar di [[Lingga]]. === Perjanjian Anglo-Belanda === Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor(contracted; show full) {{Senarai Sultan-Sultan Johor}} {{Islam di Malaysia}} {{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}} [[Kategori:Sejarah Johor| ]] [[Kategori:Sejarah Islam]] [[Kategori:Bekas jajahan British]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5353573.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|