Difference between revisions 5408003 and 5408004 on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]]. Pada tahun [[1946]], [[Johor]] telah menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai [[Persekutuan Tanah Melayu]] dan seterusnya persekutuan [[Malaysia]] pada tahun [[1963]]. ==Kegemilangan Kesultanan Johor== === Pentadbiran Empayar Johor === [[Kesultanan Johor]] meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di [[Melaka]]. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai [[Sultan]]. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, [[Laksamana]], Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di [[Pahang]] dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, [[Singapura]]. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah [[Muar]] dibawah [[Raja Temenggung Muar]], [[Pahang]] dibawah kekuasaan Bendahara Johor, [[Riau]] dibawah [[Yang Dipertuan Muda]] dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan [[Temenggung Johor]].Sultan hanya berkuasa di [[Lingga]] dan pulau-pulau sekitarnya sahaja.Seluruh empayar [[Johor]] diketuai oleh Sultan yang bersemayam di [[Pulau Lingga]]. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar [[Dato' Pasir Raja]].Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya. === Pengaruh Empayar Johor === Sebagai Kesultanan menggantikan [[Kesultanan Melayu Melaka]], maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri [[Pahang]], [[Muar]], [[Johor]] darat, [[Kepulauan Riau]] dan [[Pulau Lingga]]. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan [[Kota Tinggi]], semua di Johor darat dan kemudian ke [[Riau]] dan [[Pulau Lingga]]. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai [[Johor Bahru]]. === Karya Sejarah === * Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh [[Bukhari al-jauhari|Bukhari al-Jauha]]<nowiki/>ri. * [[Tuhfat al-Nafis]], [[Salasilah Melayu dan Bugis]] dan [[Gurindam Dua Belas]] dikarang oleh [[Ali Haji bin Raja Haji Ahmad|Raja Ali Haji]]. * Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai. * Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.⏎ ⏎ ==Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama== === Belanda dan Melaka === Pada [[abad ke-17]], [[Belanda]] tiba di [[Asia Tenggara]]. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun [[1641]], Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]] ditandatangani. === Singapura dan British === (contracted; show full) {{Senarai Sultan-Sultan Johor}} {{Islam di Malaysia}} {{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}} [[Kategori:Sejarah Johor| ]] [[Kategori:Sejarah Islam]] [[Kategori:Bekas jajahan British]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5408004.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|