Difference between revisions 5585983 and 5585984 on mswiki{{Infobox Football club | clubname = Sabah FC | image = ((File:Sabahpng | fullname = Kelab Sepakbola Sabah (SAFC) | nickname = '''''Sang Badak''''' (Sabah Rhinos) | founded = {{start date and age|df=yes|1963}} | ground = [[Stadium Likas]],[[Kota Kinabalu]] | capacity = 99,000 (contracted; show full) Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti [[Matlan Marjan]] dan penyerang kembar Malaysia era 80-an [[Hassan Sani]] dan [[James Wong]] serta penjaga gol, Datuk Peter Rajah. ==Sejarah== Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti telah dilahirkan. Pemain seperti [[Hassan Sani]] dan [[James Wong]] merupakan antara tonggak utama yang telah membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir [[Piala Malaysia]] pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.<ref>[http://web.archive.org/web/20010527182449/http://www.geocities.com/TheTropics/3714/soccer.html 1979 - that golden year]</ref> Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris [[Manchester United F.C.|Manchester United]] berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan [[Manchester United F.C.|Manchester United]] menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.<ref>[http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=16&t=5759&st=0&sk=t&sd=a&start=15#p140774 Sabah Forum]</ref> Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989, Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti [[Selangor FA|Selangor]] dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti [[Matlan Marjan]] yang menjadi ketua pasukan kebangsaan pada ketika itu, membantu Sabah memenangi pertandingan profesional pertama mereka iaitu [[Piala FA Malaysia]] pada tahun 1995 setelah menewaskan [[Pahang FA|Pahang]] 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak utama Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan [[Matlan Marjan]], namun bola sepak Sabah masih kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini [[Liga Super Malaysia]]) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara [[Piala Malaysia]] 1996. Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka hanya sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan kemudiannya tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara [[Piala Malaysia]] 2002 buat kali kedua. Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia. Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas-pulas untuk menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa [[Julio Cesar Rodriguez Secco|Julio Rodriguez]] yang menjaringkan 18 gol. Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat. Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super. Namun segalanya nampak sukar ⏎ ⏎ ==Pencapaian== ===Domestik=== {| class="wikitable" |- ! style="background:Red; color:White; text-align:center;"|Kejohanan ! style="background:Red; color:White; text-align:center;"|Juara ! style="background:Red; color:White; text-align:center;"|Naib Juara |- (contracted; show full) {{Liga Super Malaysia}} {{Liga Premier Malaysia}}{{Ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia}} [[Kategori:Kelab bola sepak di Malaysia]] [[Kategori:Sabah]] [[Kategori:Sabah FC]] [[Kategori:Djarum Group]] [[Kategori:Penubuhan 1963 di Malaysia]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5585984.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|