Revision 2218515 of "Kegiatan seks manusia" on mswiki:''Rencana ini mengenai hubungan seks. Aspek-aspek tingkah laku yang lebih luas seperti persoalan-persoalan seks [[sosial]] dan [[psikologi]] dirangkumi dalam rencana-rencana berkait seperti [[keseksualan manusia]], [[keheteroseksualan]], dan [[kehomoseksualan]].''
{{Close Relationships}}
'''''Kegiatan seks''''' [[manusia]] merupakan sejenis bentuk [[keintiman fizikal]] yang semula jadi. Ia bertujuan untuk [[Pembiakan|membiak]], menjangkaui cinta terhadap diri sendiri, menyatakan kasih sayang, dan/atau untuk keseronokan (dikenali dalam konteks ini sebagai "pemuasan nafsu diri"). [[Libido|Keinginan untuk bersetubuh]] merupakan salah satu [[dorongan]] asas dalam tingkah laku manusia. Setiap spesies haiwan yang [[Pembiakan seks|membiak secara seks]] dan setiap [[kebudayaan]] manusia mempunyai berbagai-bagai tingkah laku yang digunakan untuk [[pemikatan]], [[keintiman]], serta kegiatan seks.
Justera, '''tingkah laku seks manusia''' ialah tingkah laku yang digunakan oleh [[manusia]] untuk mencari pasangan seks, memperoleh persetujuan pasangan, membentuk [[hubungan intim]], menunjukkan [[nafsu berahi]], serta [[Hubungan seks|persetubuhan]]. Ia merangkumi sekurang-kurangnya dua bidang utama:
* [[antropologi]] (amalan yang sama atau diterima merentasi kebudayaan-kebudayaan yang berbeza); dan
* maklumat (latar belakang yang berguna kepada orang-orang perseorangan yang melakukan atau sedang mempertimbangkan kegiatan seks).
== Aspek tingkah laku seks manusia ==
=== Lingkungan ===
Perlakuan seks adalah istilah yang luas. Ia merangkumi kedua tabiat biasa dan luar biasa, dan merangkumi tabiat seks yang luas dari [[kahwin|hubungan perkahwinan]] kepada [[penderaan seksual]]. Sungguhpun dalam kebanyakan kes tabiat seks dikaitkan ke arah atau dalam [[hubungan intim]], ia tidak semestinya sedemikian dan kebanyakan tabiat seksual tidak begitu.
=== Keseksualan dan hawa nafsu ===
Tidak terdapat batas yang jelas antara keseronokan seks dan bukan seks terhadap penyentuhan atau penyambaran badan orang yang lain. Misalnya, berpegangan tangan mungkin atau tidak mungkin mempunyai konotasi seks, bergantung kepada [[kebudayaan]], keadaan, dan faktor-faktor yang lain. Sungguhpun bentuk persetubuhan heteroseks yang paling umum dianggap secara sejagat sebagai hubungan seks, terdapat berbagai-bagai tabiat seks yang mungkin atau tidak mungkin merupakan hubungan seks dari segi sosial, [[undang-undang]], atau [[etika]]. Perbezaan antara seks dan bukan seks menjadi relevan dalam pertimbangan tabiat yang wajar dari segi sosial atau undang-undang.
Sebilangan kriteria yang mungkin digunakan ialah:
* bahagian badan yang terlibat (sila lihat juga [[kemaluan]])
* tanda fizikal [[kebangkitan nafsu berahi]]
* [[perasaan]] subjektif.
Menikmati penyentuhan badan orang lain membayangkan menikmati badan sendiri juga; yang kedua ini mungkin boleh berlaku tanpa sebarang kehadiran orang lain, dan mungkin bersifat seks mahupun tidak. Jika ia bersifat seks, ia dirujuk sebagai [[autoerotisisme]].
Keseluruhan kegiatan seks seseorang (termasuk [[mimpi erotik]], serta [[Fantasi seks|fantasi]] dan [[angan-angan]] seks) disebut '''kehidupan seks''' seseorang.
=== Bau dan kebangkitan nafsu berahi ===
[[Feromon]] bertindak untuk membangkitkan nafsu berahi lelaki dan perempuan terhadap orang lain.
=== Hubungan seks ===
Pendapat dan [[norma]] berbeza-beza tentang persoalan adakah ikatan emosi pada takat yang mendalam serta takat yang tahan lama harus merupakan prasyarat untuk persetubuhan (sila lihat di bawah).
Seperti dengan primat-[[primat]] yang lain, ''[[Homo sapiens]]'' mempergunakan keseksualan untuk [[Pembiakan|membiak]] dan mengekalkan ikatan-ikatan sosial. [[Kanak-kanak]] dipercayai secara meluas sebagai berupaya untuk merasai keseronokan seks, sungguhpun mereka masih tidak berupaya untuk [[Hubungan jenis|bersetubuh]], dan/atau masih belum berupaya untuk membiak dari segi [[biologi]]. Walaupun demikian, [[keseksualan kanak-kanak]] secara sejarah amat terhad di dalam masyarakat-masyarakat barat; pada lewat [[abad ke-19]], [[histeria]] yang menyelubungi apa yang dipanggil "penderaan diri" ([[pelancapan]]) antara kanak-kanak mencapai kemuncaknya dan menyebabkan pengamalan [[pengkhatanan]] yang meluas di [[Amerika Syarikat]].<ref> {{cite conference
| last = Moscucci
| first = Ornella
| title = Clitorectomy, Circumcision and the Politics of Sexual Pleasure in Mid-Victorian Britain
| booktitle = Sexuality in Victorian Britain
| year = 1996
| publisher = Percetakan Universiti Indiana
| location = Bloomington dan Indianapolis
}}</ref>.
Banyak kegiatan seks boleh dilakukan, baik oleh pasangan sama jantina mahupun tidak sama. Bagaimanapun sebilangannya, khususnya [[persetubuhan]] faraj hanya boleh dilakukan antara pasangan yang tidak sama jantina, manakala kegiatan seks yang lain (seperti [[tribadisme]] dan [[frot]]) hanya boleh dilakukan antara pasangan sama jantina.
=== Aspek kebudayaan ===
Seperti dengan tingkah laku yang lain, kecerdasan manusia yang tinggi serta masyarakat yang rumit telah menghasilkan tingkah laku seks yang paling rumit antara mana-mana satu haiwan. Kebanyakan orang menguji kaji berbagai-bagai kegiatan seks walaupun mereka cenderung melakukan hanya beberapa jenis kegiatan secara tetap. Kebanyakan orang suka akan sebilangan jenis kegiatan seks. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat telah menetapkan sebilangan jenis kegiatan seks sebagai tidak wajar (salah orang, salah kegiatan, salah tempat, salah masa, dan sebagainya). Sesetengah orang suka akan banyak jenis kegiatan seks yang berbeza, sedangkan yang lain mengelakkannya sama sekali atas alasan [[agama]] atau alasan-alasan yang lain (sila lihat [[kesucian]], [[penahanan diri daripada kegiatan seks]], [[keaseksualan]]). Dari segi sejarah, sebilangan masyarakat dan agama memperlihatkan seks sebagai wajar hanya dalam [[perkahwinan]]. Masih terdapat kepercayaan yang meluas bahawa kegiatan seks diturunkan nilainya apabila dilakukan di luar [[hubungan cinta]] [[monogami]] jangka panjang, tetapi [[kegiatan seks di luar nikah]] dan [[seks sembarangan]] telah beransur-ansur diterima di dalam masyarakat moden semasa [[revolusi seks]].
=== Norma dan peraturan sosial ===
{{main|Norma sosial}}
Tingkah laku seks manusia, seperti dengan banyak jenis kegiatan manusia yang lain, secara ammya tertakluk kepada peraturan-peraturan sosial yang berkebudayaan khusus dan amat berbeza (sila lihat [[prinsip moral seks]], [[norma seks]]).
Sesetengah kegiatan adalah haram di sebilangan bidang kuasa, termasuk juga kegiatan yang dilakukan atas persetujuan orang-orang dewasa (sila lihat [[jenayah seks]], [[undang-undang liwat]], [[inses]]). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa fantasi seks, termasuk juga minat-minat yang luar biasa, biasanya dianggap sebagai suatu kegiatan yang sihat.
Sesetengah orang melibatkan diri dalam berbagai-bagai kegiatan seks sebagai suatu urus niaga. Apabila ini melibatkan persetubuhan atau perbuatan seks sebenar yang tertentu untuk orang yang lain, ia dipanggil [[pelacuran]]. Aspek-aspek lain untuk [[industri dewasa]] termasuk operator [[seks telefon]], [[kelab bogel]], [[Tarian erotik|penari erotik]], dan sebagainya.
Hampir semua masyarakat maju menganggap pemaksaan orang lain untuk melakukan kegiatan seks sebagai suatu jenayah yang serius. Ini dipanggil [[serangan seks]], dan jika penembusan seks berlaku, ini disebut [[rogol]] dan merupakan serangan seks yang paling serius. Perincian tentang perbezaan ini berbeza-beza antara bidang kuasa yang tidak sama. Apa yang merupakan persetujuan yang berkesan juga amat berbeza dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan yang lain, dan sering diperdebatkan. Khususnya, undang-undang yang mengawal apa yang merupakan persetujuan, termasuk [[cukup umur]], seringnya merupakan topik perdebatan politik dan moral (sila lihat [[cukup umur]]).
=== Jenis hubungan ===
Pasangan seks boleh merangkumi banyak jenis, termasuk:
* [[Hubungan bersahaja]] (kawan dengan manfaat)
* [[Pelacuran]]
* [[Perkahwinan]] atau hubungan jangka panjang yang lain
* [[Persetubuhan]] haram
* [[Persetubuhan rambang satu malam]]
* [[Poliamori|Hubungan sekunder atau tepi]]
* [[Teman lelaki]] atau [[teman perempuan]].
Mana-mana satu in boleh mengambil bentuk tersurat atau tersirat, jujur atau mengelabui mata, dan boleh melibatkan [[kesetiaan]] ataupun tidak.
Kegiatan seks juga boleh dilakukan tanpa pasangan, atau dalam sebilangan kes, tanpa pasangan mengetahui:
* [[Melancap]]
* [[Fantasi seks]]
* Berbagai-bagai jenis [[parafilia]] ([[fetisyisme transvestit]], [[froteurisme]], [[penyakit intai]], dan sebagainya)
== Hubungan seks ==
Satu tingkah laku seks yang utama di seluruh [[alam haiwan]] ialah pencarian pasangan seks. [[Manusia]] tidak terkecuali daripada peraturan ini. Pertemuan seks boleh merupakan hakikat menghantar tanda-tanda yang menunjukkan persediaan untuk bersetubuh dan penerimaan tanda-tanda bersaling. Ia juga boleh merupakan keputusan perancangan bertahun-tahun, melalui upacara amal kebudayaan seperti [[pemikatan]] dan [[perkahwinan]].
Kaedah-kaedah biasa termasuk:
* Perkahwinan yang diatur - orang-orang dewasa yang lain (biasanya ibu bapa) memilih pasangan. Dalam sebilangan kebudayaan, ini merupakan cadangan, manakala dalam kebudayaan yang lain, ini dilakukan dengan kuasa perintah.
* Pilihan peribadi - seseorang memilih pasangan sendiri, mengikut kehendak diri
* Peranan berdasarkan status - orang yang berstatus tinggi dalam sesetengah kebudayaan mungkin akan memilih pasangan yang disokong oleh adat sosial, dan orang yang berstatus rendah tidak ada pilihan untuk mengelakkannya. (Jenis ini juga merangkumi sesetengah [[Penganiayaan seks|hubungan majikan-pekerja]], dan [[droit de seigneur]])
* Perdagangan bersaling – [[pelacuran]], atau jenis "kedua-dua beruntung".
Selain itu, bilangan calon yang sedia ada dan dapat diterima mungkin terhad kepada bandar sendiri, agama sendiri, status yang sama, kelebihan dari segi taktik (umpamanya untuk mengeratkan ikatan sosial atau untuk berdamai), dan sebagainya.
=== Pencarian pasangan ===
==== Mencari dan mengenal pasti pasangan yang berpotensi ====
Industri-industri yang mengkhususkan dalam membolehkan komunikasi seks atau persetubuhan termasuk [[kelab malam]], [[bar bujang]], [[iklan peribadi]] (dalam [[akhbar]] dan [[internet]]), [[Sistem ajak keluar|perkhidmatan ajak keluar]], dan [[Pelacuran|rumah haram]], antara banyak lagi yang lain. Banyak pertubuhan dan kelab menganjurkan peristiwa-peristiwa yang mengumpulkan orang-orang dengan minat yang sama. Hubungan [[agama]] dan [[keluarga]] merupakan lagi satu cara untuk orang bertemu.
==== Pertemuan dengan pasangan yang berpotensi ====
Sebaik sahaja seseorang menentukan orang yang diingininya untuk bersetubuh, perkara pertama yang biasa dilakukan adalah untuk memperkenalkan diri atau menonjolkan diri dengan cara bahawa orang yang diminatinya itu akan memperkenalkan diri kepadanya. Atau mereka akan menunjukkan persediaan seks dan minat kepada orang yang berkenaan secara tersirat. Ini biasanya tidak mudah dan tidak menyenangkan.
=== Masalah yang mungkin ===
==== Ketakutan akan penolakan ====
Ketakutan akan [[Penolakan (emosi)|penolakan]] adalah biasa ketika mencuba berbaik-baik dengan bakal pasangan. Jika kedua-dua peserta itu [[Perasaan halus|peka]] kepada tanda-tanda antara satu sama lain, jadi mereka akan mengesan dengan cepatnya tentang adakah matlamat seks mereka bersaling. Jika mereka mendapati tidak lama kemudian bahawa matlamat mereka adalah bertentangan, maka perbualan mereka akan tamat sebelum salah satu daripada mereka [[Rasa malu|jatuh muka]] dan kemudian, kedua-dua orang itu akan mencari orang yang lain untuk berkomunikasi. Sebaliknya, jika komunikasi itu menimbulkan [[Keintiman emosi|keintiman]] antara kedua-dua peserta, jadi setakat [[Kepercayaan (sosiologi)|kepercayaan]] akan diasaskan yang dapat mengurangkan ketakutan akan penolakan.
== Kegiatan seks dan gaya hidup ==
=== Keseksualan jantina berbeza ===
Keseksualan [[jantina]] berbeza melibatkan dua orang daripada jantina yang berbeza. Orang-orang yang hanya melakukan seks jantina berbeza tidak semestinya akan mengenal diri sebagai [[Keheteroseksualan|heteroseksual]], walaupun (berbeza dengan [[homoseksual]] yang melakukan seks sama jantina) kebanyakan takrif "heteroseksual" merangkuminya antara tahap-tahap kegiatan, kekerapan, dan minat yang berbeza-beza. Sebaliknya, mereka mungkin akan mengenal diri sebagai heteroseksual, [[Kedwiseksualan|dwiseksual]], atau [[Keaseksualan|aseksual]]. Serupa juga, seseorang yang mengamalkan kedua-dua tabiat seks sama jantina dan seks jantina berbeza mungkin akan mengenal diri sebagai homoseksual, [[lesbian]], dwiseksual, heteroseksual, atau aseksual.
Walaupun seringnya dikaitkan dengan homoseksual lelaki, [[seks dubur]] merupakan suatu amalan seks jantina berbeza yang kekadang dilakukan kerana [[dubur]] adalah "lebih ketat" berbanding dengan [[faraj]] dan oleh itu, lebih disukai oleh sebilangan heteroseksual semasa penembusan; selain itu, banyak orang juga suka melanggar [[pantang larang]] seks kebudayaan. Seks dubur tidak disarankan sebagai suatu kaedah [[kawalan kelahiran]] kerana masih terdapat setakat kemungkinan (walaupun amat kecil) untuk [[air mani]] memasuki faraj. Seks dubur jantina berbeza juga sering diamalkan oleh wanita yang menembuskan lelaki dengan [[dildo ikat]], suatu amalan yang dikenali sebagai "''pegging'' atau "memasak" di barat.
Amalan seks jantina berbeza dibatasi oleh undang-undang di [[Amerika Syarikat]] serta di banyak negara yang lain. [[Undang-undang perkahwinan]] Amerika Syarikat bertindak untuk menggalakkan orang-orang melakukan persetubuhan hanya dalam [[perkahwinan]]. Undang-undang [[liwat]] diperlihatkan sebagai menggalakkan persetubuhan antara jantina yang berbeza. Undang-undang juga mengharamkan orang-orang dewasa daripada melakukan [[penganiayaan seks]], melakukan kegiatan seks dengan orang-orang yang masih belum [[cukup umur]], melakukan kegiatan seks di tempat awam, serta melakukan kegiatan seks sebagai suatu perdagangan ([[pelacuran]]). Walaupun kesemua undang-undang ini juga merangkumi kegiatan seks sama jantina, undang-undang itu berbeza dari segi hukuman, dan hanya atau lebih kerapnya dikuatkuasakan pada kegiatan seks sama jantina. Undang-undang juga mengawal penerbitan dan penontonan [[fonografi]], termasuk fonografi seks jantina berbeza.
[[Pemikatan]], atau ''dating'', ialah proses yang sesetengah orang menggunakan untuk mencari pasangan seks atau jodoh yang berpotensi. Di kalangan remaja heteroseks [[Amerika Syarikat]] (biasanya daripada [[kelas menengah]]) pada pertengahan [[abad ke-20]], "''dating''" ialah sesuatu yang dibuat oleh seseorang dengan sebilangan orang yang lain sebelum memilih salah satu daripada mereka, baik untuk [[Persetubuhan|bersetubuh]], [[Perkahwinan|berkahwin]], atau kedua-dua.
Amalan seks jantina berbeza boleh mengambil bentuk [[monogami]], monogami bersiri, atau [[poliamori]], dan bergantung kepada takrif amalan seks, boleh merangkumi juga [[penghindaran bersetubuh]] serta [[Autokeseksualan|autoerotisisme]] (termasuk [[pelancapan]]).
Berbagai-bagai gerakan moral dan politik telah berjuang untuk perubahan-perubahan dalam amalan seks jantina berbeza, termasuk [[pemikatan]] dan [[perkahwinan]], sungguhpun perubahan-perubahan tersebut biasanya hanya dibuat sedikit demi sedikit di semua negara. Khususnya di [[Amerika Syarikat]], kempen-kempen itu sering mencetuskan dan dipercepatkan oleh [[kecemasan moral]]. Di sana, gerakan-gerakan yang tidak menggalakkan amalan seks sama jantina sering menegaskan bahawa mereka sedang memperjuangkan pengukuhan amalan seks jantina berbeza dalam perkahwinan, seperti [[Akta Pertahanan Perkahwinan]] serta cadangan [[Pindaan Perkahwinan Persekutuan]].
=== Keseksualan sama jantina ===
Keseksualan sama jantina melibatkan dua orang yang sama jantinanya. Perbuatan homoseksual boleh dilakukan oleh mereka yang menganggap diri sebagai heteroseksual, umpamanya pelancapan bersaling dalam konteks yang boleh dianggap sebagai perkembangan remaja heteroseks "biasa". Orang homoseksual yang berpura-pura mengamalkan hidup keheteroseksualan sering dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai mengamalkan hidup "almari" (bahasa Inggeris: ''closeted'' ), iaitu mereka menyembunyikan keseksualan mereka di dalam "[[almari]]".
Walaupun terdapat stereotaip dan tanggapan salah yang umum, tidak adanya sebarang bentuk kegiatan seks tersendiri bagi tingkah laku seks sama jantina yang tidak juga terdapat dalam tingkah laku seks jantina berbeza, kecuali perbuatan-perbuatan yang melibatkan penyentuhan kemaluan jantina yang sama (sila lihat [[tribadisme]], dan [[frot]]).
Sesetengah keadaan, seperti [[pemenjaraan]] atau sekolah jantina tunggal serta persekitaran pemisahan jantina, sering menyebabkan orang-orang yang biasanya tidak mencari hubungan jenis dengan pasangan sama jantina, melakukan jenis tingkah laku seks sama jantina. Ini dikenali sebagai [[kehomoseksualan situasi]].
Dalam kes-kes yang lain, sesetengah orang mungkin menguji kaji atau menyelidik keseksualan mereka melalui kegiatan seks sama jantina (dan/atau berbeza) sebelum menentukan [[identiti jantina]] mereka. Kempen-kempen dan pegawai-pegawai kesihatan Amerika Syarikat seringnya menyasarkan orang-orang yang mengenal diri sebagai "Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki" heteroseksual atau dwiseksual, berbanding dengan orang-orang yang mengenal diri sebagai lelaki "homoseksual". Lihat juga [[Lesbian selepas mendapat ijazah]].
Orang-orang yang hanya mengamalkan kegiatan seks sama jantina secara eksklusif tidak semestinya mengenal diri sebagai "[[homoseksual]]" atau "[[lesbian]]". Bagaimanapun, takrif ''homoseksual'' tetap membawa pengertian "seorang yang berasa ghairah terhadap ahli yang sama jantina dengannya". Walaupun demikian, tahap tarikan bergantung kepada kekerapan, kerelaan, dan/atau minat.
Di kalangan sesetengah sektor orang [[Amerika-Afrika]] (digelar "''men on the DL''" dalam bahasa Inggeris, dengan "DL" merupakan singkatan untuk "''down-low''" ), tingkah laku seks sama jantina kekadang diperlihatkan hanya sebagai suatu keseronokan fizikal. Mereka itu melakukan hubungan jenis dengan lelaki (seringnya secara terselindung) semasa meneruskan hubungan cinta dan hubungan jenis dengan kaum wanita. Para lelaki itu seringnya menjauhi diri daripada gelaran "homoseksual" kerana istilah itu di kawasan mereka membawa pengertian lelaki ranggi dan kewanita-wanitaan berketurunan [[Eropah]], sebuah kumpulan yang sesetengah mereka mungkin ingin menjauhi diri.
''Lihat juga:'' [[Pengkotejan]], [[Meronda untuk persetubuhan]], [[Rumah mandi homoseksual]], [[Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki]].
=== Keseksualan hubungan pasangan luas ===
Kes-kes yang melibatkan melebihi dua orang pasangan dalam sebuah perkongsian seks termasuk:
* [[Poliamori]] yang merupakan [[hubungan cinta]] terikat antara lebih daripada satu pasangan.
* [[Poligami]] yang [[agama]] dan [[kebudayaan]] tertentu membenarkan pasangan berbilang. Terdapat tiga senario yang wujud:
** [[Poligini]] yang lelaki mempunyai dua atau lebih orang isteri;
** [[Poliandri]] yang perempuan mempunyai dua atau lebih orang suami;
** [[Poliginandri]] yang terdiri daripada berbilang pasangan lelaki dan perempuan dalam sebuah perkahwinan.
* [[Seks kumpulan]], [[pejolian]], [[seks sembarangan]] dan [[hubungan bersahaja]] yang biasanya tidak bertujuan untuk membentuk ikatan pasangan.
=== Keseksualan autoerotik ===
{{main|Autoerotisisme}}
[[Autoerotisisme]], sebagaimana yang namanya membayangkan, ialah kegiatan seks yang tidak melibatkan orang lain sebagai pasangan. Ia boleh mengambil bentuk [[pelancapan]], tetapi banyak jenis [[parafilia]] (amalan seks yang luar biasa) juga serupa tidak memerlukan pasangan.
Kebanyakan amalan autoerosisme adalah agak selamat atau selamat pada keseluruhannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa bentuknya yang dianggap tidak selamat. Ini termasuk [[pengasfiksian autoerotik]] dan [[perhambaan diri]]. Kemungkinan kecederaan atau juga kematian wujud semasa melakukan versi [[fetisy]] pasangan ([[permainan cekik]] dan [[Perhambaan (BDSM)|perhambaan]]) dinaikkan dengan ketara, akibat keterasingan dan ketiadaan bantuan semasa kecemasan. Pengasfiksian autoerotik menuntut banyak nyawa pemuda setiap tahun.
=== Keseksualan alternatif ===
{{main|Keseksualan alternatif}}
Terdapat beberapa bentuk untuk apa yang dipanggil [[keseksualan alternatif]]. Ini biasanya berdasarkan pilihan masing-masing, dan berbeza-beza antara apa yang umumnya diterima atau ditoleransi, sehingga jenis yang penuh dengan perbalahan atau haram di sisi undang-undang.
Contoh-contoh untuk bentuk keseksualan alternatif yang kurang biasa termasuk kegiatan [[BDSM]] yang kegiatan [[Penguasaan dan penyerahan (BDSM)|penguasaan dan penyerahan]] merupakan ciri-ciri utama kegiatan seks, serta [[keseksualan haiwan]] yang pasangan jangka panjang merupakan [[spesies]] yang lain.
=== Keseksualan paksaan dan penganiayaan ===
{{main|Penganiayaan seks}}
Kegiatan seks juga boleh merangkumi [[penganiayaan seks]], iaitu menyalahgunakan keseksualan atau menggunakan keseksualan secara paksaan. Contoh-contohnya termasuk [[rogol]], [[pembunuhan nafsu berahi]], [[penderaan seksual kanak-kanak|penganiayaan seks kanak-kanak]], [[zoosadisme]] (penganiayaan seks haiwan), serta di banyak negara, parafilia tanpa sepersetujuan seperti [[frotaj]], [[skatofilia telefon]] (panggilan telefon yang tak senonoh), serta juga [[ekshibisionisme]] tanpa sepersetujuan dan [[penyakit intai]] (juga dikenali masing-masing sebagai "[[pendedahan tak senonoh]]" dan "[[pengintai]]").
== Kelainan antara budaya ==
{{main|Kelainan antara budaya}}
== Keselamatan dan persoalan berkait ==
Terdapat empat jenis risiko yang utama dalam kegiatan seks, iaitu:
* memilih untuk mempercayai seorang pasangan yang berisiko secara fizikal
* [[penyakit jantina]]
* [[kehamilan]] yang tidak dikehendaki
* mencari atau melakukan kegiatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang atau dari segi kebudayaan.
Risiko-risiko tersebut ditingkatkan oleh sebarang keadaan (buat sementara atau tetap) yang menjejaskan daya pertimbangan seseorang, umpamanya [[alkohol]] berketerlaluan atau [[drug]], atau keadaan emosi seperti [[kesunyian]], [[kemurungan]] atau [[euforia]] (rasa sangat gembira, misalnya pelajar baru di kolej). Kegiatan yang dipertimbangkan dengan telita akan mengurangkan kesemua persoalan ini dengan ketara.
=== Penyakit kelamin ===
Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan dengan orang lain atau bendalir tubuh orang lain membabitkan setakat risiko jangkitan [[penyakit kelamin]].
Disebabkan oleh kebimbangan [[kesihatan]] yang diakibatkan oleh [[HIV]]/[[AIDS]], [[klamidia]], [[sifilis]], [[gonorea]], [[HPV]] dan jangkitan-[[jangkitan penyakit jantina]] yang lain, sesetengah orang mungkin memerlukan bakal pasangan seksnya diuji untuk jangkitan penyakit jantina sebelum melakukan persetubuhan. Teknik tersebut umumnya tidak dianggap perlu bagi mereka yang bersetubuh dengan pasangan dalam hubungan monogami atau poliamori yang setia yang telah menunjukkan diri sebagai bebas daripada penyakit kelamin; sila lihat [[pengikatan bendalir]].
=== Kehamilan yang tak dikehendaki ===
Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan [[air mani]] pada [[faraj]] atau [[vulva]] mungkin akan menyebabkan [[kehamilan]]. Untuk mencegah kehamilan, banyak orang mempergunakan berbagai-bagai jenis [[kawalan kelahiran]]. Kaedah-kaedah yang paling umum termasuk [[kondom]], [[spermisid]], [[pil kawalan kelahiran]], dan [[pemandulan]].
=== Pertimbangan terjejas ===
[[Penggunaan drug rekreasi|Drug rekreasi]] seringnya digunakan dalam persekitaran sosial kerana dipercayai mempertingkatkan [[Komunikasi interpersonal|komunikasi antara perorangan]]. Contoh-contoh drug rekreasi yang umum termasuk [[etanol|alkohol]], [[kanabis]], [[kafeina]] dan [[nikotin]].
* [[Minuman beralkohol|Alkohol]] kekadang dipanggil "pelincir sosial" kerana ia menggurangkan [[Kesekatlakuan sosial|kesekatlakuan]], termasuk kesekatlakuan yang disebabkan oleh ketakutan akan penolakan. Bagaimanapun pada waktu yang sama, alkohol juga boleh menjejaskan daya pertimbangan dan menyebabkan seseorang kurang peka kepada isyarat-isyarat tersirat yang boleh mengakibatkan komunikasi yang kurang berkesan. Lebih penting lagi, pertimbangan terjejas boleh menyebabkan keputusan yang buruk tentang persetubuhan, seperti melakukan [[persetubuhan tak selamat]]. Kesekatlakuan emosi seperti keganasan juga terjejas, dan penggunaan/penarikan yang berterusan boleh mengakibatkan delusi paranoid (sila lihat [[sindrom Othello]]).
* [[Kanabis]] boleh meningkatkan penikmatan [[kelucuan]] dan [[seni]] yang mungkin boleh memperbaik komunikasi. Tetapi pada waktu yang sama, ia boleh menyebabkan seseorang [[Introspeksi|mengkaji diri]] dan oleh itu, cenderung tidak suka berkomunikasi.
* [[Kafeina]] dan [[nikotin]] ialah [[perangsang]]. Perangsang yang termasuk [[amfetamina]] and [[kokaina]] berupaya meningkatkan kewaspadaan dan memperbaik [[perhatian]] dan oleh itu, ia boleh memperbaik keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Akan tetapi pada masa yang sama, perspektif masa untuk tindakan-tindakan terancang disingkatkan mengikut jumlah perangsang buatan yang digunakan. Pertimbangan yang terjejas terhadap perkara-perkara yang berkait dengan [[stamina]] (amfetamin), atau kebimbangan/ketakutan (kafeina/amfetamin) boleh mengakibatkan tingkah laku yang berbahaya, seperti persetubuhan tak terlindung, penunjuk-nunjukan semasa bersetubuh, atau tingkah laku yang meletihkan seperti maraton seks. Kesekatlakuan keganasan juga terjejas. Penggunaan perangsang secara berterusan juga boleh mengakibatkan [[paranoia]], khususnya di kalangan mereka yang muda kena [[psikosis reaktif singkat]].
Penggunaan drug rekreasi seringnya disebut sebagai suatu faktor risiko terhadap masalah kesihatan, termasuk [[penyakit jantina]], [[ketagihan]], [[kecacatan lahir]], [[penyakit jantung]], [[barah]], serta [[penyakit hati]], antara lain. [http://dancesafe.org/documents/druginfo/risk.php]
Kebanyakan [[drug psikoaktif]] yang mempengaruhi bidang seks dan komunikasi tingkah laku manusia juga mempengaruhi [[sistem neuroendokrin]], dan boleh mempengaruhi aras-aras [[hormon]] dan [[neurohormon]] yang mengawal tingkah laku naluri, [[penyusuan]], dan sebagainya. Sila lihat [[psikiatri]] dan [[endokrinologi]] untuk maklumat terperinci.
== Persoalan undang-undang mengenai tingkah laku seks ==
: ''Rencana utama: [[Parafilia#Pandangan undang-undang|Parafila: Pandangan undang-undang]] serta [[Seks dan undang-undang|Seks dan Undang-undang]]
=== Undang-undang liwat dan sama jantina ===
Berbagai-bagai bentuk kegiatan seks sama jantina telah diharamkan di sisi undang-undang di banyak kawasan pada berbagai-bagai zaman dalam sejarah. Dalam kes [[Lawrence lwn Texas]] pada tahun [[2003]], sebuah keputusan [[Mahkamah Agung Amerika Syarikat]] mengubah kesemua undang-undang itu di [[Amerika Syarikat]].
Biasanya, tetapi tidak selalu, undang-undang tersebut diistilahkan sebagai [[undang-undang liwat]], tetapi merangkumi juga persoalan-persoalan seperti undang-undang cukup umur, undang-undang "kesopanan", dan sebagainya. Undang-undang yang mengharamkan keseksualan sama jantina telah banyak berubah pada sepanjang sejarah, berdasarkan kebudayaan, agama, adat dan [[larang pantang]] sosial, dan sebagainya. Umpamanya, undang-undang yang melarang tingah laku seks sama jantina di [[England]] semasa pemerintahan [[Victoria dari United Kingdom|Ratu Victoria]], ditujukan khusus kepada kegiatan seks sama jantina lelaki tetapi tidak ditujukan kepada kegiatan seks sama jantina perempuan, malah langsung tidak dinyatakan sama sekali. Salah satu contoh yang terkenal mengenai undang-undang liwat pada zaman moden boleh didapati dalam rencana [[Alan Turing]].
== Senarai perbuatan dan amalan seks ==
:''Terdapat banyak kelainan kegiatan seks, dengan seringnya nama yang berbeza bagi setiap kegiatan. Untuk perincian, sila lihat ''[[Senarai posisi seks]]'' dan ''[[Senarai slanga seks]]'' yang menyeluruh.''
=== Perkara am ===
{{col-begin}}
{{col-2}}
* [[Cumbuan]]
* [[Erotika]]
* [[Fornografi]]
* [[Main peranan seks]]
* [[Pelancapan]]
* Persetubuhan antara [[genital]]
* [[Persetubuhan dubur]]
* [[Persetubuhan dubur tak terlindung]]
* [[Persetubuhan faraj]]
* [[Persetubuhan kumpulan]]
* [[Persetubuhan selamat]]
* [[Persetubuhan sembarangan]]
* [[Persetubuhan tanpa penembusan]]
* [[Pengurutan erotik]]
* [[Senarai posisi seks|Posisi seks]]
* [[Seks oral]]
{{col-2}}
* [[Mainan seks]] yang menggunakan:
** [[Alat senaman Kegel]]
** [[Anak patung seks]]
** [[Aneros]] (alat urut prostat)
** [[Bola Ben Wa]]
** [[Cecincin zakar]]
** [[Dildo]]
** [[Dildo pengikat]]
** [[Faraj tiruan]]
** [[Manik dubur]]
** [[Pengapit puting]]
** [[Vibrator (sensual)|Vibrator]]
{{col-end}}
=== BDSM khusus dan parafilia berkait ===
Pada umumnya kurang biasa, tetapi masih meluas, adalah berbagai-bagai jenis [[parafilia]]. Sesetengah jenis yang lebih umum termasuk:
* [[BDSM]]
** [[Penguasaan dan penyerahan (BDSM)|Penguasaan dan penyerahan]]
** [[Perhambaan (BDSM)|Perhambaan]]
** [[Permainan hentaman]]
** [[Sadisme dan masokisme]]
*** Masokisme seks ialah dorongan berulang atau tabiat seseorang yang suka dihina, dipukul, diikat, atau dilakukan perbuatan lain padanya yang mengakibatkan penderitaan.
*** Sadisme seks ialah dorongan berulang atau tabiat seseorang yang memperoleh keghairanan berahi daripada mengakibatkan mangsa berasa sakit atau hina.
** [[Senarai posisi perhambaan]]
* [[Fetisyisme seks|Fetisyisme]] ialah penggunaan objek-objek tak seksual atau tak hidup untuk mencapai keghairahan berahi.
** [[Fetisyisme kaki]]
** [[Fetisyisme kulit]]
** [[Fetisyisme lateks dan PVC]]
* [[Nyotaimori]]
* [[Pedofilia]] ialah keghairahan kepada [[kanak-kanak prapubesen]].
* [[Permainan lilin]]
* [[Zoofilia]] ialah keghairahan kepada [[spesies]] yang lain sebagai pasangan.
=== Kegiatan lisan atau visual yang khusus ===
Sesetengah kegiatan seks melibatkan orang lain, tetapi tidak melibatkan penyentuhannya:
* [[Ekshibisionisme]] yang merupakan dorongan berulang-ulang untuk mendedahkan [[kemaluan]] kepada orang yang tidak menyangka.
* [[Penyakit intai]] yang merupakan dorongan berulang-ulang atau tabiat untuk melihat orang yang tidak menyangka yang telanjang, yang sedang menyalin pakaian, atau yang sedang melakukan kegiatan seks.
* [[Perbualan tak senonoh]]
** [[Seks telefon]]
** [[Seks siber]].
==Rujukan==
<references/>
== Lihat juga ==
{{commonscat|Sex}}
* [[Fungsi seks]]
* [[Homoseksual]]
* [[Hubungan seks]]
* [[Kecenderungan seks]]
* [[Kehomoseksualan]]
* [[Kejelitaan]]
* [[Keseksualan manusia]]
* [[MyBlackBook]]
* [[Nafsu berahi]]
* [[Pendidikan seks]]
* [[Sejarah keseksualan manusia]]
* [[Senarai posisi seks]]
* [[Senarai topik seksologi]]
* [[Slanga seks]]
* [[Tarikan seks]]
* [[Kajian profil remaja perempuan risiko tinggi - UKM]]
{{Reproductive physiology}}
[[Kategori:Tingkah laku manusia|Tingkah laku seks]]
[[Kategori:Keseksualan manusia|Tingkah laku seks]]
[[Kategori:Hidup peribadi|Tingkah laku seks]]
[[Kategori:Diri sendiri|Tingkah laku seks]]
[[ar:سلوك الإنسان الجنسي]]
[[az:Seks]]
[[bn:মানব যৌনাচার]]
[[be:Секс]]
[[be-x-old:Сэкс]]
[[bo:མིའི་རིགས་ཀྱི་ཆགས་སྦྱོར་གྱི་བྱ་སྤྱོད།]]
[[bs:Seks]]
[[ca:Comportament sexual humà]]
[[da:Sex]]
[[en:Human sexual activity]]
[[es:Comportamiento sexual humano]]
[[fa:آمیزش جنسی در انسان]]
[[fr:Comportement sexuel humain]]
[[lv:Sekss]]
[[lt:Seksas]]
[[pl:Seks]]
[[pt:Comportamento sexual humano]]
[[ro:Comportamentul sexual al oamenilor]]
[[ru:Секс]]
[[szl:Seks]]
[[sh:Ljudska seksualna aktivnost]]
[[fi:Seksi]]
[[tl:Gawaing seksuwal ng tao]]
[[th:กิจกรรมทางเพศของมนุษย์]]
[[uk:Секс]]
[[yi:סעקס]]
[[zh-yue:性交]]
[[zh:人类性行为]]All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=2218515.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|