Revision 2338185 of "Masjid Arap" on mswiki

{{coord|41|01|28|N|28|58|15|E|display=title|region:TR_type:landmark}}




'''Arap Camii''', dahulunya ialah '''Gereja Dominican [[Paul yang Hawari|Saint Paul]]''', adalah sebuah [[masjid]] terletak di Jalan Kalyon di [[Galata]], [[Istanbul]], [[Turki]]. 

Ia diselesaikan dan dimulakan pada [[1233]] sebagai Gereja Saint Paul, dibina oleh [[Holy Orders|paderi]] [[Dominican Order|Dominican]] dari [[Gereja Katolik Rom]], sewaktu [[Empayar Latin]] [[Constantinople]] (1204-1261). Dibina mengikuti model Itali pada zaman itu, gereja yang mempunyai menara loceng utama yang membezakan bangunan dari gereja-gereja [[Seni bina Byzantin|Byzantin]] di bandar itu. Beberapa batu nisan dari gereja kini dipamerkan di [[Muzium Arkeologi Istanbul]].

Berikutnya tertakluknya semula Constantinople oleh [[Empayar Byzantin|Byzantin]] pada 1261, gereja itu diberikan kepada masyarakat [[Republik Genoa|Genoese]] tempatan dari [[Galata]], yang tetap setia pada Byzantin sewaktu [[Salib Keempat]] (Penjarahan Constantinople) pada 1204 dan membantu mereka melindungi bandar terhadap [[Republik Venice|Orang Venice]] yang menyerang.

Pada [[1407]], gereja diperbaiki secara besar-besaran dan dikembalikan dengan bantuan kewangan [[Paus (Katolik)|Jawatan Paus]].

Pada [[1475]], ia diubah suai menjadi sebuah masjid oleh [[Mehmed II|Sultan Mehmed II]] [[Empayar Uthmaniyyah|Uthmaniyyah]] dan digelar sebagai ''Galata Camii'' (Masjid Galata).

Pada [[1492]], masjid diberikan ke masyarakat [[Arab]] dari [[Sepanyol]] ([[Andalusia]]), yang melarikan diri dari [[Pasitan Sepanyol]] dan berhijrah ke Istanbul, oleh [[Bayezid II|Sultan Bayezid II]] oleh itu nama kininya ''Arap Camii'' (Masjid Arab).

Kini, Arap Camii adalah masjid terbesar di sebelah Galata di [[Golden Horn]].

Ia adalah salah satu masjid yang paling menarik di bandar oleh kerana gaya seni bina [[Seni bina Gothik|Gothik Itali awal]] dan menara loceng gereja (sekarang sebuah menara) yang secara praktikal tetap sama walaupun selepas ditukarkan menjadi sebuah masjid. Bangunan telah menerika hampir tiada perubahan pada kelihatan bahagian luarnya.

== Lihat pula ==
* [[Galata]]

{{Masjid di Turki}}
{{Marmara-geo-stub}}
{{Turkey-struct-stub}}
{{Mosque-stub}}

[[Kategori:Masjid di Istanbul]]

[[ar:جامع العرب]]
[[id:Masjid Arap]]
[[en:Arap Mosque]]
[[es:Mezquita de Arap]]
[[fr:Mosquée Arap]]
[[it:Moschea Arap]]
[[rw:Umusigiti w’Arap]]
[[mrj:Арап мечеть]]
[[mk:Арапска џамија]]
[[pnb:اراپ مسیت]]
[[pt:Mesquita de Arap]]
[[ru:Церковь Святого Павла (Константинополь)]]
[[tr:Arap Camii]]