Revision 2417922 of "Wikipedia:Kotak pasir" on mswiki

AL-FATIHAH
Semua orang tahu khasnya umat Islam tetapi sejauh mana penguasaan individu mengenainya ?
Adakah cukup dengan berkata "Aku tahu, sejak tadika telah diajar, tutup mata boleh baca"
Memang benar, bahkan kebanyakannya setuju dengan jawapa sedemikian terutamanya anak-anak muda sekarang.
Sejujurnya izinkan saya berkata begini "Marilah kita perbaiki bacaan Al-Fatihah tersebut dengan bunyi jawi (bukan rumi, kerana pembacaan dengan menggunakan tulisan rumi akan banyak membawa kesilapan yang disengajakan.   Mari kita ambil contoh huruf jawi   " ث س ش ص " kalau kita mwmbacanya secara rumi semuanya akan menggunakan huruf "S" dan kepada yang baru berjinak-jinak dengan surah Al-Fatihah tentulah akan banyak kesalahan yang sengaja dilanggar dan bertambah parah sekiranya tiada pembimbing disampingnya.
      
      Setakat kesalahan membaca yang turut mengubah maknanya, masih bolih diperbetulkan dengan syarat diri sendiri masih mahu tahu untuk belajar dan diajar.   Bagaimana pula dengan solat Lima Waktunya yang dilakukan sejak akil baligh hingga sekarang ?
Maaf saya katakan, dikhuatiri kandungan buku catatan solatnya "kosong".

     Al-Fatihah adalah salah satu dari Rukun Qauli yang wajib dibaca dengan makhraj dan pertuturan yang betul.   Oleh itu saya sebagai hamba yang kerdil ini mengajak setiap individu merelakan diri untuk disemak bacaan Al-Fatihah yang dipelajari sejah akil baligh.   Sekiranya telah betul dan sempurna dan diakui olih ustaz yang berkemahiran dalam bidangnya, Alhamdulillah, beruntunglah dengan amalan selama ini.   Sekiranya bolih diperbaiki lagi, pun Alhamdulillah.    Bahkan saya sarankan semaklah semua bacaan-bacaan dalam Rukun Qauli.   Bolih juga dilanjutkan kepada Rukun Qolbi serta Rukun Fi'li.

     Maaf sari saya.