Revision 2431712 of "Wikipedia:Kotak pasir" on mswiki

assalamualaikum...

terlebih dahulu saya lahirkan rasa syukur atas nikmat yang allah beri di bumi malaysia ini, ditambah pula dibawah pimpinan Perdana Menteri yang dikasihi Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Razak, 

senario hari ini, Tugas-tugas Pembantu Tadbir selalu dipandang rendah oleh masyarakat kerana bagi mereka semua beranggapan kerja-kerja kerani mudah dan senang hanya menguruskan pejabat sahaja, tetapi pernahkah mereka terfikir tugas-tugas pembantu tadbir terlalu berat,jika tiada pembantu tadbir maka hal-hal yang melibatkan negara juga tidak boleh selesai.

Antara cadangan yang boleh saya cadangkan disini

SEMAK KEKOSONGAN DAN MENAMBAHKAN LAGI WARAN PERJAWATAN DI DALAM PEJABAT 
1.Perlu isi segera semak semua kekosongan Pembantu tadbir N17 di pejabat di daerah-daerah bagi mengurangkan beban-beban pembantu tadbir pasa masa sekarang setiap pejabat hanya memperuntukkan waran penempatan Pembantu Tadbir (P/O) 3 orang atau 4 orang kakitangan tetapi terpaksa melakukan kerja lebih kerana terdapat 2 kekosongan yang terlalu lama contoh Pembantu tadbir Kewangan w22 masih belum diisi sejak 2009. ditambah pula dengan perubahan masa yang memerlukan Pembantu tadbir bijak it dengan kemasukkan Pelbagai Sistem. menambahkan lagi bebanan Pembantu Tadbir kerana ianya perlu dilakukan secara manual juga sistem, kerja-kerja manual perlu dilakukan bagi menyimpan rekod. dahulu kerja-kerja dibantu oleh Pembantu Tadbir Rendah tetapi oleh kerana jawatan tersebut telah jumud, kerja-kerja menaip, dan merekod serta mengemaskini sistem, Pentadbir sistem, melaksanakan sub modul terbaharu dilakukan sendiri oleh pembantu tadbir.berbeza dengan tugas-tugas pembantu tadbir pada 5 tahun dahulu beban tugas tidaklah terlalu ketara.

2. MENAIKKAN LAGI GRED PEMBANTU TADBIR N17 KEPADA N32
Perubahan masa perlu meletakkan Pembantu tadbir sebagai tonggak dan penggerak utama negara,selain Pertahanan awam kerana Pembantu tadbir lah yang menyediakan semuanya dari bawahan hinggalah atasan dan sentiasa menuruti arahan dari masa ke semasa bagi merealisasikan impian negara.

3. MEMBERI LEBIH KURSUS KEMAHIRAN IT KEPADA PEMBANTU TADBIR YANG BERUSIA LEBIH DARI 40 TAHUN KE ATAS
Sejajar dengan perkembangan negara kategori 40 tahun ke atas adalah orang yang kurang berkemampuan melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem itu menyebabkan tugas-tugas utama diberikan kepada Pembantu Tadbir yang lebih muda untuk menguruskan sistem. ini terbukti di kawasan-kawasan dan daerah-daerah terpencil.  

4.MELANTIK SORANG PEGAWAI BAGI MENYIASAT (BANCIAN)BAGI MENINJAU SOAL SELIDIK KEKURANGAN KEMUDAHAN KAKITANGAN KERAJAAN ATAU KELEMAHAN YANG TERDAPAT SEMUA PEJABAT KERAJAAN DI SEMUA JABATAN DAN DAERAH-DAERAH TERPENCIL BAGI MENAMBAHBAIKAN DI KAWASAN KECIL DISELURUH NEGARA AGAR TIADA YANG TERCICIR DENGAN ARUS PERKEMBANGAN NEGARA.