Revision 2485394 of "Pantai Timur Amerika Syarikat" on mswiki

'''Pantai Timur Amerika Syarikat''', juga dikenali sebagai '''Pinggir Laut Timur''' atau '''Pinggir Laut Atlantik''' dan dengan kerap dipendekkan kepada '''Pantai Timur''', merujuk kepada pantai paling timur di [[Amerika Syarikat]] bersempadan dengan [[Lautan Atlantik]]. Negeri-negeri yang memiliki [[pesisiran]] di Pantai Timur ialah, dari utara ke selatan, [[negeri di Amerika Syarikat|negeri AS]] [[Maine]], [[New Hampshire]], [[Massachusetts]], [[Rhode Island]], [[Connecticut]], [[New York]], [[New Jersey]], [[Delaware]], [[Maryland]], [[Virginia]], [[Carolina Utara]], [[Carolina Selatan]], [[Georgia, Amerika Syarikat|Georgia]], dan [[Florida]]. 

==Geografi fizikal==
Pantai Timur ialah pantai timbulan rendah dan [[pinggiran pasif]].<ref>[http://books.google.com/books?id=VkVqmi0MO1IC&lpg=PA575&dq=East%20Coast%20of%20the%20united%20States&pg=PA575#v=onepage&q=East%20Coast%20of%20the%20united%20States&f=false ''Physical Geography''], page 575, Robert E. Gabler, James F. Petersen, L. Michael Trapasso, and Dorothy Sack</ref> Pantai ini dibentukkan oleh [[Pengglasieran kuartener|pengglasieran Pleistosen]] ke selatan sejauh New York, dengan pulau-pulau luar pesisir [[Nantucket]], [[Block Island]], [[Fishers Island, New York|Fishers Island]], [[Long Island]] dan [[Staten Island]] hasil [[morain hujung]]. Arus [[hanyutan susur pesisir]] telah membentukkan siri selang-seli [[pantai benteng]] yang memagari [[perum]] dari [[Perum Long Island]] ke arah selatan di sepanjang pantai tidak diglasierkan. Dataran pantai memanjang ke arah selatan, terpisah dari daerah-daerah [[Piedmont]] oleh [[garisan musim luruh Pinggir Laut Atlantik]] sungai-sungai Pantai Timur, sering menandakan [[pangkal pelayaran]], tapak utama kota.

Pinggir laut ini terdedah kepada hurikan pada [[musim hurikan Atlantik]], secara rasmi berlangsung dari 1 Jun ke 30 November, sungguhpun hurikan boleh berlaku sebelum ataupun selepas tarikh ini.<ref>[http://www.aoml.noaa.gov/hrd/tcfaq/G1.html Frequently Asked Questions: When is hurricane season], Neil Dorst, Hurricane Research Division, [[NOAA]]</ref>

==Sejarah penjajahan==  
Dua belas daripada [[Tiga Belas Jajahan]] [[United Kingdom]] di Amerika utara yang kemudian menjadi negeri-negeri asal Amerika Syarikat, setiap antaranya diasaskan pada antara 1607 (Virginia) dan 1733 (Georgia), berada di sepanjang Pantai Timur.{{efn|Jajahan itu merupakan New Hampshire, Massachusetts Bay, Rhode Island dan Providence Plantations, Connecticut, New York, New Jersey, Delaware, Maryland, Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan, dan Georgia. Pennsylvania ialah jajahan ke-13, tidak termasuk di sini kerana tidak berpesisiran dengan Pantai Timur dan laluan untuk ke sana adalah melalui [[Sungai Delaware]].}} Dua buah negeri AS tambahan di Pantai Timur bukan antara Tiga Belas Jajahan asal: Maine (dijajah oleh Perancis, tetapi kemudian menjadi jajahan British Massachusetts pada 1677)<ref>[http://www.mainememory.net/sitebuilder/site/895/page/1306/display?page=3 1500-1667: Contact & Conflict], Maine History Online, [[Maine Historical Society]]</ref> dan Florida (yang bertukaran pihak antara British dengan Sepanyol sehingga 1821).<ref>[http://www.flheritage.com/facts/history/summary/index.cfm A Brief History of Florida: From the Stone Age to the Space Age], Division of Historical Resources, [[Florida Department of State]]</ref> [[Jajahan Pertengahan]] (New Jersey, Pennsylvania, New York dan Delaware) telah dimiliki oleh Belanda sebagai [[Belanda Baru]] sehingga ditawan oleh British pada pertengahan ke hujung abad ke-17. Tambahan, banyak [[nama tempat]] di sekitar Pantai Timur boleh dijejaki ke nama tempat di UK, seperti Richmond, Boston, York dan bandar-bandar berpenghujung 'borough' dan 'shire', atau ke ahli diraja atau elit British (contohnya, Raja George, Raja James, Ratu Mary, Pembesar Baltimore, atau Raja Charles I).{{Citation needed|date=November 2012}}

==Geografi politik==
14 buah negeri yang berpesisiran di Pantai Timur ialah, dari utara ke selatan, [[negeri di Amerika Syarikat|negeri AS]] [[Maine]], [[New Hampshire]], [[Massachusetts]], [[Rhode Island]], [[Connecticut]], [[New York]], [[New Jersey]], [[Delaware]], [[Maryland]], [[Virginia]], [[Carolina Utara]], [[Carolina Selatan]], [[Georgia, Amerika Syarikat|Georgia]], dan [[Florida]].<ref>[http://www.nationalatlas.gov/printable/images/pdf/reference/genref.pdf General Reference Map], [[National Atlas of the United States]], 2003</ref> [[Vermont]], sungguhpun tidak berpesisiran dengan pesisiran Atlantik, dianggap antara negeri "Pinggir Laut Timur".{{Whom?|date=November 2012}}{{Citation needed|date=November 2012}}

==Kependudukan==
Pada 2010, penduduk negeri yang berpesisran di Pantai Timur dianggarkan pada 112,642,503 (36% daripada jumlah penduduk seluruh negara).<ref>[http://2010.census.gov/2010census/data/apportionment-pop-text.php 2010 Census: Resident Population Data]</ref>

==Pengangkutan==
[[Sistem Lebuh Raya antara Negeri|Lebuh Raya antara Negeri]] utama di sepanjang Pantai Timur ialah [[Lebuh Raya antara Negeri 95]].<ref>[http://books.google.com/books?id=v69lkTNedyAC&lpg=PA31&dq=primary%20roads%20east%20coast%20of%20the%20U.S.%20I95&pg=PA31#v=onepage&q&f=false Let's Go Roadtripping USA: The Student Travel Guide], page 31,  Harvard Student Agencies</ref>. Pantai Timur, dari [[Norfolk, Virginia]] ke [[Miami, Florida]], tersambung oleh [[Jalan Air Intrapesisiran]], juga dikenali sebagai Terusan Pantai Timur, yang disiapkan pada 1912.<ref>[http://books.google.com/books?id=ZDAWhSiSux0C&lpg=PA373&dq=east%20coast%20intracoastal%20waterway&pg=PA373#v=onepage&q&f=false Moon Florida Gulf Coast], page 373, Laura Reiley</ref><ref>[http://books.google.com/books?id=XUuWfoPuqwsC&lpg=PT90&pg=PT89#v=onepage&q&f=false Ponte Vedra Beach: A History], page 89, Maurice J. Robinson</ref>

==Lihat juga==
{{Portal|United States}}
* [[Dataran Pantai Atlantik]]
* [[garisan musim luruh Pinggir Laut Atlantik]]

==Nota==
{{notelist}}

==Rujukan==
{{reflist}}

{{tunas-geo-AS}}

{{DEFAULTSORT:Pantai Timur Amerika Syarikat}}
[[Kategori:Pantai Timur Amerika Syarikat| ]]
[[Kategori:Pantai di Amerika Syarikat|Timur]]
[[Kategori:Wilayah di Amerika Syarikat]]
[[Kategori:Amerika Syarikat Timur]]
[[Kategori:Amerika Syarikat Timur Laut]]
[[Kategori:Amerika Syarikat Tenggara]]
[[Kategori:Wilayah di Amerika Syarikat Selatan]]

[[id:Pantai Timur Amerika Serikat]]
[[bg:Източно крайбрежие на САЩ]]
[[cs:Východní pobřeží Spojených států amerických]]
[[de:Ostküste der Vereinigten Staaten]]
[[en:East Coast of the United States]]
[[es:Costa Este de los Estados Unidos]]
[[eo:Orienta marbordo de Usono]]
[[fa:ساحل شرقی آمریکا]]
[[fr:Côte Est des États-Unis]]
[[ko:미국 동해안]]
[[it:East Coast]]
[[he:החוף המזרחי (ארצות הברית)]]
[[ja:アメリカ合衆国東海岸]]
[[pt:Costa Leste dos Estados Unidos]]
[[ru:Восточное побережье США]]
[[simple:East Coast of the United States]]
[[sk:East Coast (USA)]]
[[sh:Istočna obala SAD]]
[[sv:USA:s östkust]]
[[th:ฝั่งทะเลด้านตะวันออกของสหรัฐอเมริกา]]
[[vi:Đông Duyên hải Hoa Kỳ]]
[[zh:美國東岸]]