Revision 2794645 of "Bank England" on mswiki{{Infobox central bank
| bank_name_in_local =
| image_1 = london.bankofengland.arp.jpg
| image_title_1 = Bank England
| image_2 =
| image_title_2 =
| headquarters = [[London]]
| coordinates = {{coord|51.5141|N|0.0886|W|region:GB_type:Landmark|display=inline,title}}
| president = [[Mervyn King (ahli ekonomi)|Mervyn King]]
| leader_title = [[Gabenor Bank England|Gabenor]]
| bank_of = [[United Kingdom]]
| currency = [[Pound sterling]]
| currency_iso = GBP
| borrowing_rate = 5.75%
| deposit_rate =
| website = [http://www.bankofengland.co.uk/ bankofengland.co.uk]
| footnotes =
| succeeded = [[Kesalingbolehtukaran Matawang]] (hanya [[Republik Ireland]])
}}
'''Gabenor dan Syarikat Bank England''' (diringkaskan sebagai '''Bank England''') adalah [[bank pusat]] [[United Kingdom]] yang bertanggung jawab mengurus [[polisi kewangan]] negara. Ia ditubuhkan pada 1694 sebagai pengurus bank Kerajaan Inggeris. Bangunan Bank terletak di [[London|Bandaraya London]], di [[Jalan Threadneedle]]. Ia kadangkala digelar ''The Old Lady of Threadneedle Street'' atau ''The Old Lady''. [[Gabenor Bank England]] kini adalah [[Mervyn King (ahli ekonomi)|Mervyn King]], yang menggantikan [[Knight|Sir]] [[Edward George]] pada [[30 Jun]] [[2003]].
== Fungsi Bank ==
Bank England menjalankan fungsi sebuah bank pusat. Fungsi pentingnya adalah mengekalkan kestabilan harga dan menyokong polisi ekonomi [[Kerajaan Her Majesty|kerajaan]] UK, serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Terdapat dua faktor utama yang ditangani Bank untuk memastikan fungsinya berjalan secara berkesan:
* Kestabilan Monetari
:Kestabilan harga dan keyakinan pada [[mata wang]] adalah dua kriteria utama untuk kestabilan kewangan. Kestabilan harga dikekalkan dengan memastikan kenaikan harga mengikut sasaran [[inflasi]] Kerajaan. Untuk tujuan ini Bank menyesuaikan [[kadar faedah]] yang diputuskan oleh Jawatankuasa Polisi Kewangan, dan melalui strategi komunikasinya.
* Kestabilan Kewangan
:Mengekalkan kestabilan kewangan termasuk melindungi sistem kewangan dari sebarang ancaman. Ancaman dikesan melalui pengawasan Bank dan risikan pasaran saham. Ancaman kemudian ditangani melalui cara kewangan dan operasi lain sama ada di tanah air dan luar negara. Dalam keadaan luar biasa, Bank akan bertindak sebagai [[peminjam terakhir]] dengan memanjangkan kredit apabila tiada institusi lain sanggup melakukan demikian.
Bank juga bekerja sama dengan beberapa institusi lain untuk mengawal kestabilan kewangan (''monetary'' dan ''financial''), termasuk:
* Perbendaharaan HM, jabatan Kerajaan yang bertanggung jawab mengenai polisi kewangan dan ekonomi.
* Pakar Perkhidmatan Kewangan, sebuah perbadanan bebas yang mengawal industri perkhidmatan kewanganan.
* Bank pusat lain dan pertubuhan antarabangsa, dengan tujuan memperbaiki sistem kewangan antarabangsa. Satu [[Memorandum Persefahaman]] 1997 menjelaskan syarat-syarat di mana Bank, Perbendaharaan dan FSA bekerjasama untuk kestabilan kewangan.
Bank England bertindak sebagai pengurus bank Kerajaan, dan mengawal selia akaun Penyatuan Dana Kerajaan. Ia mengurus pertukaran asing dan rizab emas. Bank juga bertindak sebagai bank pengurus bank, terutamanya peminjam terakhir, dan untuk bersikap pragmatik dalam semua segi perbankan dalam memberi kemudahan perdagangan dan perbankan runcit dalam bilangan yang terhad kepada institusi korporat dan individu.
Hanya Bank England mengeluarkan [[not bank]] di England dan Wales. Bank [[Scotland]] dan [[Ireland Utara]] pula mengekalkan hak untuk mengeluarkan not bank sendiri, tetapi mereka harus disokong dengan kadar satu-satu yang mesti berada dalam simpanan Bank England, kecuali beberapa juta pound mewakili nilai nota yang telah ada dalam kitaran pada 1845. Bank England telah menjual operasi percetakan nota wang kepada [[De La Rue]] pada Disember 2002, melalui nasihat Close Brothers Corporate Finance Ltd.<ref>{{cite web|url=http://www.bankofengland.co.uk/publications/news/2003/041.htm|publisher=Bank of England|title=Sale of Bank Note Printing|accessdate=2006-06-10}}</ref>
Semenjak 1997, Jawatankuasa Polisi Kewangan mempunyai tanggung jawab untuk menetapkan kadar faedah rasmi. Akan tetapi, dengan keputusan untuk mengizinkan operasi bebas Bank, tanggung jawab untuk mengurus hutang kerajaan telah dipindahkan ke [[Pejabat Pengurusan Hutang UK]] pada 1998, yang juga mengambil tempat mengurus tunai kerajaan pada 2000. [[Computershare]] mengambil tempat sebagai pendaftar untuk bon Kerajaan UK (dikenali sebagai [[gilts]]) dari Bank penghujung 2004.
Bank pernah bertanggung jawab dalam peraturan dan penyeliaan industri perbankan, walaupun tanggung jawab ini telah dipindahkan ke Jawatankuasa Polisi Kewangan pada Jun 1998.
Untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, Bank cuba untuk meluaskan pemahaman peranannya, melalui pertuturan tetap dan penerbitan oleh figur senior Bank, dan melalui strategi pendidikan yang lebih lebar bertujuan pada orang awam. Ia mengekalkan sebuah muzium percuma dan menjalankan persaingan [[Target Two Point Zero]] untuk pelajar A-level.<ref>{{cite web|url=http://www.bankofengland.co.uk/education/index.htm|publisher=Bank of England|title=Bank of England: Education|accessdate=2007-03-28}}</ref>
== Sejarah ==
[[Fail:2POUND1994.jpg|thumb|left|Tercentenary Bank England, dikenangkan pada suatu [[duit syiling dua pound British]] 1994.]]
[[Fail:Bank of England (1).jpg|thumb|left|Muka bangunan Bank England utama, c. 1980.]]
[[Fail:The Old Lady of Threadneedle St.png|thumb|left|Kartun sindiran menunjukkan perasaan terhadap pengenalan wang kertas, oleh [[James Gillray]], 1797. "Wanita Tua Jalan Threadneedle" (Bank dipersonifikasikan) dicabuli kehormatan oleh [[William Pitt yang lebih Muda]].]]
Bank telah didirikan oleh [[Scotland|lelaki Scotland]] [[William Paterson (pengurus bank)|William Paterson]], pada 1694 untuk peperangan. Dia mencadangkan suatu wang pinjaman £1.2 juta kepada kerajaan; sebagai balasan, pelanggan akan digabungkan sebagai '''The Governor and Company of the Bank of England''' dengan hak istimewa perbankan jangka panjang termasuk keisuan nota. [[Carta Diraja]] telah diizinkan pada [[Julai 27]] melalui passage Akta Tonnage [[1694]]. Kewangan awam adalah dalam sangat dire keadaan pada waktu itu dalam segi pinjaman untuk dikhidmatkan pada kadar 8% tiap tahun, dan ada juga charge perkhidmatan £4000 tiap tahun untuk pengurusan pinjaman. Gabenor pertama adalah Sir [[John Houblon]], yang digambarkan di nota £50 yang diisu pada 1990. Carta telah dibarukan pada 1742, 1764, and 1781. Bank pada terdahulunya dibina atas [[Kuil Mithras, London]] purba di Walbrook, berlatar belakang penemuan [[Londinium]] iaitu bandar purba garison Rom. [[Mithras]] adalah, di antara yang lain, dianggapkan dewa kontrak, persatuan sesuai untuk Bank. Pada 1734 Bank berpindah ke tempat terkininya di Jalan Threadneedle, perlahan-lahan mendapatkan tanah untuk mencipta bangunan yang dilihat pada hari ini. Pembinaan semula Bank England Sir [[Herbert Baker]], merobohkan kebanyakan bangunan awal [[John Soane]] telah dijelaskan oleh [[Pevsner]] sebagai "jenayah yang terbesar, di Bandaraya London, pada abad kedua puluh".
[[Fail:Bank of England.jpg|right|thumb|Rumah Bank, pejabat Bank England di Jalan King di [[Leeds]].]]
Apabila rancangan dan kebetulan [[Hutang Negara]] melanda pada abad ke-18 ini juga diuruskan oleh bank. Dengan pembaharuan [[carta]] pada 1781 ia juga menjadi bank kepada pemilik bank—menyimpan cukup emas untuk membayarkan nota-notanya dalam tuntutan hingga [[Februari 26]], [[1797]] apabila [[Revolusi Perancis|perang]] telah mengurangkan rizab emas yang menyebabkan kerajaan untuk melarangkan Bank membayar dengan emas. Larangan ini berlanjutan sehingga 1821.
[[Akta Carta Bank]] 1844 mengikatkan isu nota ke rizab emas dan memberikan bank hak tersendirinya berkaitan dengan isu nota bank. Bank-bank swasta yang telah terdahulunya mempunyai hak untuk mengekalnya, diberikan ibu pejabat mereka berada di luar [[London]] dan behawa mereka membayar wang muka terhadap nota-nota yang mereka telah isu. Sedikit bank Inggeris telah bersambung mengisu nota mereka sehingga yang terakhir dari mereka diambil alih pada 1930an. Bank-bank Scotland dan Ireland Utara masih mempunyai hak itu. Britain masih lagi menggunakan [[piawai emas]] hingga 1931 apabila simpanan penukaran asing dan rizab emas dipindahkan ke [[Perbendaharaan HM|Perbendaharaan]]. Tetapi pengurusan mereka masih dikendalikan oleh Bank. Pada 1870 bank tersebut telah diberikan tanggung jawab untuk polisi kadar bunga.
Sewaktu pegabernoran [[Montagu Norman]], yang berlanjutan dari 1920 ke 1944, Bank membuat percubaan yang dipertimbangkan untuk memindah dari [[bank perdagangan]] dan menjadi sebuah bank pusat. Pada 1946, tidak lama selepas akhirnya jawatan Norman, bank telah dimiliknegarakan.
Pada 1997, Jawatankuasa Polisi Kewangan bank telah diberikan tanggungjawab tersendiri untuk setting kadar bunga untuk menemukan kenyataan Kerajaan diberikan sasaran inflasi [[Indeks harga pengguna#United Kingdom|Indeks Harga Retail]] 2.5%.<ref>{{cite web | title = Key Monetary Policy Dates Since 1990 | publisher = Bank of England | accessdate = 2007-09-20 | url = http://www.bankofengland.co.uk/monetarypolicy/history.htm}}</ref> Keputusan ini telah diambil oleh Canselor Exchequer, [[Gordon Brown]] berunding dengan Tony Blair sebelum [[Pilihanraya umum United Kingdom, 1997|pilihanraya umum 1997]] walaupun pengumuman itu telah dilakukan sehari selepas pilihanraya. Sasarannya sekarang telah ditukarkan ke 2% sejak [[indeks harga pengguna]] (CPI) menggantikan [[indeks harga secara runcit]] (RPI) sebagai indeks inflasi perbendaharaan.<ref>{{cite web | title = Remit of the Monetary Policy Committee of the Bank of England and the New Inflation Target | publisher = HM Treasury | accessdate = 2007-09-20 | date = [[2003-12-10]] | url=http://www.bankofengland.co.uk/monetarypolicy/pdf/chancellorletter031210.pdf}}</ref> Sekiranya inflasi melebihi atau mengurangi sasaran lebih daripada 1%, Gabenor seharusnya menuliskan surat ke [[Canselor Exchequer]] menjelaskan mengapa, dan bagaimana dia akan memulihkan keadaan.
Sebuah Bank England berdikari telah dicirikan sebagai suatu plank kunci polisi ekonomi [[Liberal Democrats]] sejak pilihan raya umum 1992.<ref>[http://www.psr.keele.ac.uk/area/uk/man/libdem92.htm Liberal Democrat election manifesto, 1992]</ref> Seorang AP Konservatif [[Nicholas Budgen]] telah juga mencadangkan ini sebagai suatu [[Bil Anggota Swasta]] pada 1996, tetapi bil itu gagal kerana ia tidak mempunyai sokongan kerajaan ataupun pihak pembangkang.
== Pengisuan Notabank ==
{{main|Pengisuan nota Bank England}}
Bank England telah mengisu not bank sejak 1694. Nota pada terdahulunya ditulis tangan; walaupun mereka setengah dicetak pada dari 1725 ke hadapan, pendaftar tunai masih perlu menandatangani setiap nota dan membuat mereka dibayar ke seseorang. Nota dicetak penuh dari 1855. Sehingga 1928 semua adalah "Not Putih", dicetak hitam dan dengan sebelah belakang kosong. Pada abad ke-18 dan ke-19, Not Putih diisu dalam denominasi £1 dan £2. Pada abad ke-20 Not Putih diisu dalam denominasi di antara £5 dan £1000. Pada abad keduapuluh, Bank mengisukan not untuk sepuluh [[shilling]] dan satu pound untuk kali pertama pada [[22 November]] [[1928]] apabila Bank mengambil tanggang jawab untuk denominasi ini dari Perbendaharaan yang telah mengisukan not denominasi ini tiga hari selepas pengumuman [[Perang Dunia I|perang]] pada 1914 untuk menggalihkan [[duit syiling]] dari peredaran.
Pada [[Perang Dunia II|Perang Dunia Kedua]], [[Operation Bernhard]] Jerman cuba untuk memalsukan denominasi di antara £5 dan £50 menghasilkan 500,000 not setiap bulan pada 1943. Rancangan asal adalah untuk menggugurkan wang pada Britain dengan percubaan untuk menyahstabilkan ekonomi British, tetapi ia didapati lebih berguna untuk menggunakan nota-nota tersebut untuk membayar agen Jerman mengoperasi di sepanjang Eropah — walaupun kebanyakan jatuh ke tangan [[Allies|Allied]] sewaktu tamatnya perang, pemalsuan sering bermuncul untuk beberapa tahun selepas itu, yang membawakan denominasi not bank atas £5 untuk di alih dari peredaran.
Pada 2006, sejumlah dalam ekses £53 juta pada not bank kepunyaan bank telah [[Rompakan Depot Securitas|dicuri dari sebuah depot]] di [[Tonbridge]].
== Lihat pula ==
* [[Muzium Bank England]]
* [[Bank Jepun]]
* [[British coinage]]
* [[Sterling banknotes]]
* [[European Central Bank]]
* [[Federal Reserve]]
* [[HM Treasury]]
* [[Pound sterling]]
* [[Topik-topik UK]]
* [[Financial Sanctions Unit]]
* Pemegang saham [[Syarikat British Hindia Timur|Syarikat Hindia Timur]]
== Rujukan ==
{{reflist|2}}
{{London history}}
{{Central Bank}}
{{British topics}}
{{Economy of the United Kingdom}}
{{Central Banks of EU}}
[[Kategori:Penubuhan 1694]]
[[Kategori:Bank England| ]]All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=2794645.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|