Revision 3781443 of "Parti Makkal Sakti Malaysia" on mswiki

{{delete|Article without reliable reference and not trust able}}
{{Infobox Political party
|name_english    = Parti Makkal Sakti Malaysia
|name_native     = ''Malaysian Makkal Sakti Party''<br> MMSP
|colorcode        = orange
|logo            = [[Imej:MMSP-logo.jpg|200px]]
|leader          = [[R.S. Thanenthiran]]
|foundation      = 11 Mei 2009 
|dissolution     = 
|headquarters    = Shah Alam
|newspaper       = 
|youth_wing      = 
|membership_year = 
|membership      = 
|ideology        = 
|national        = 
|international   = 
|colors          = 
|website         = http://www.makkalsakti.org
|footnotes       = 
}}
{{Politics of Malaysia}}
'''Parti Makkal Sakti Malaysia''' atau ''Malaysian Makkal Sakti Party'' (MMSP) ditubuhkan pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin [[Hindraf]] yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf [[R. S. Thanenthiran]].<ref>[http://malaysiakini.com/news/113659 Penubuhan parti Makkal Sakhti langkah baik, kata Dr M] malaysiakini</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm Makkal Sakti alternatif baru kaum India?] Utusan Online</ref><ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/19/nation/3934675&sec=nation Makkal Sakthi Party set up, Tuesday May 19, 2009, The Star]</ref>

[[Perdana Menteri Malaysia]] Datuk Seri [[Mohd Najib bin Abdul Razak]] telah melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru kaum India negara Malaysia pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, [[Serdang]], [[Selangor]]. Parti Makkal Sakti Malaysia berazam mahu menyaingi MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S [[Samy Vellu]]. Walaupun MMSP mendakwa mereka bersifat berkecuali, tetapi ianya nyata cenderung ke arah BN<ref>[http://my-1.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/26990-makkhal-sakthi-is-independent-says-thanenthiran Makkhal Sakthi is independent, says Thanenthiran, By Baradan Kuppusamy, 19 May 2009, The Malaysian Insider]</ref> yang dikatakan mendalangi penubuhan MMSP mengambil kesempatan gerakan ''Makkal Sakthi'' kumpulan [[HINDRAF]].<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/113670 Makkal Sakti Party 'a BN plant', Sep 27, 09, Malaysiakini]</ref><ref>[http://www.indianmalaysian.com/sound/modules.php?name=News&file=article&sid=2226 Who is behind Makkal Sakti Party?, 27 May 2009, The Traveller]</ref><ref>[http://202.75.56.183/index.php/malaysia/26859-bn-hand-in-new-makkal-sakthi-party BN hand in new Makkal Sakthi party?, By Baradan Kuppusamy, 18 May 2009, The Malaysian Insider]</ref><ref>[http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38509-najib-finds-new-indian-allies-bypasses-the-mic Najib finds new Indian allies, bypasses the MIC,  By Baradan Kuppusamy, 24 Sept 2009, The Malaysian Insider]</ref>


==Krisis Kepimpinan==
Hanya selepas dua bulan selepas pelancarannya, MMSP telah menghadapi krisis kepimpinannya apabila pemimpin kanan dalam parti yang mendakwa presiden mereka RS Thanenthiran sebagai diktaktor. Pada 17 Januari 2010, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) diketuai Timbalan Presiden A. Vathe-murthy, Setiausaha Agung Kannan Ramasamy dan kumpulan 14 pembangkang dari 27 AJK Pusat<ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/18/nation/5493758&sec=nation Makkal Sakti CC members vote to boot out embattled president, By WANI MUTHIAH, January 18, 2010, The Star]</ref> mengundi untuk membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran, umur 46 tahun. Dia tidak hadir dalam siasatan di ibupejabat parti itu di [[Shah Alam]]. RS Thanenthiran juga telah kehilangan haknya sebagai AJK Pusat parti pada hari tersebut kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat AJK Pusat sebanyak 3 kali berturut tanpa alasan yang munasabah. Mengikut peuntukan Perlembagaan parti MMSP, Fasal 9(7) yang dibaca seperti berikut "Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat tiga kali berturut tanpa alasan yang memuaskan kan disifatkan sebagai meletakkan jawatan." Encik RS Thanenthiran tidak hadir mesyuarat pada 19 Disember 2009, 9 Januari 2010 dan pada 17 Januari 2010. Tindakan beliau telah disifatkan oleh AJK sebagai mungkir menghadiri mesyuarat dan beliau telah hilang jawatan dalam AJK Pusat dan secara langsungnya sebagai Presiden. 14 yang hadir pada 17 Januari 2010 daripada 27 AJK pusat setuju dengan keputusan itu. 14 AJK yang hadir juga telah menyingkir keahlian RS Thanenthiran selaras dengan peruntukan Perlembagaan parti di FASAL 7(2) yang memberi hak kepada AJK Pusat untuk menggantungkan atau memecat keahlian. Baki 12 ahli tidak hadir.

Keputusan memecat presiden itu SAH. ROS pula pada 18 October 2010, memberi satu surat penyiasat yang pemecatan RS Thanenthiran pada 17 Januari 2010 adalah tidak mengikut perlembagaan parti TETAPI tidak menyatakan mengenai status Presiden dan kehilangan jawatan AJK oleh RS Thanenthiran kerana mungkir hadir mesyuarat. AJK Pusat yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Encik Kannan Ramasamy menyatakan mereka menerima surat dari ROS dan bersedia menerima kembali keahlian bekas Presiden, En RS Thanenthiran dan beliau perlu menjelaskan yuran tahunan dan mengikut undang-undang parti sebagai ahli.
 
18 daripada 26 AJK Pusat setuju dengan pemilihan baru pada Oktober 2010. Pertelagahan antara  pengasas, presiden dan timbalan presiden dapat diselesaikan. PARTI Makkal Sakti didakwa mempunyai kira-kira 20,000 ahli telah memilih jawatankuasa baru tanpa RS Thanenthiran.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8035142.asp Makkal Sakti adakan pemilihan Oktober]</ref>

RS Thanenthiran seorang pemimpin yang juga dikatakan telah memaslukan Perlembagaan parti demi kepentingan peribadi dengan menukarkan Fasal Keahlian di Fasal 7(2) dan Fasal AJK Pusat di Fasal 9(1) serta di Fasal 10(1) yang memberi kuasa Mutlak dalam pemecatan ahli dan kuasa perlantikan AJK kepada Presiden secsra bersendirian. Satu kes penyelewangan dokumen telah difailkan terhadap RS Thanenthiran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 10 Disember 2010.

== Lihat juga ==
* [[Senarai parti politik Malaysia]]
* [[Politik Malaysia]]

==Pautan Luar==
*[http://www.makkalsakti.org Laman MMSP]

== Rujukan ==
{{reflist}}

{{Parti-parti politik Malaysia}}


[[Kategori:Parti politik Malaysia|Makkal Sakti]]
[[Kategori:India Malaysia]]