Revision 3790861 of "Gereja Roman Katolik" on mswiki{{Kristian}}
'''Gereja Roman Katolik''' merupakan mazhab [[Kristian]] yang terbesar di dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui kuasa biskop Rom (iaitu [[Paus (Katolik)|Paus]]), dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Kristian. Gereja Roman Katolik menganggap mereka sebagai pewaris yang sah kepada kekuasaan yang diturunkan oleh [[Jesus Christ]] kepada 12 orang pengikut HawariNya (''apostles''). Gereja ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembangunan [[kebudayaan]] masyarakat Eropah dalam pengenalan nilai-nilai kehidupan barat kepada tamadun lain terutama ketika era penjajahan. Pada akhir 1990-an, jumlah penganut mazhab ini mencecah jumlah 1 bilion (lebih kurang 52 peratus penganut Kristian atau 16 peratus penduduk dunia). Kebanyakan penganut mazhab Katolik tertumpu di benua [[Eropah]] dan [[Amerika Latin]], walaupun pengaruhnya semakin bertambah di bahagian dunia yang lain seperti [[Afrika]].
Maksud perkataan Katolik memiliki dua erti kegerejaan, dijelaskan dalam [[Kamus Webster]] sebagai:
a) Seluruh gereja Kristian ortodoks
b) Doktrin atau keyakinan kepada Gereja Roman Katolik,
Istilah ini berasal daripada kata sifat [[Bahasa Yunani]], ''katholikos'' (καθολικος) yang bermaksud "umum", "sejagat" atau "keseluruhan".
Katolik Barat Tradisional mempunyai tujuh sakramen. Dalam tradisi Katolik Timur jumlah sakramen ini tidak tetap. Namun sakramen yang diakui oleh Gereja Roman Katolik adalah seperti berikut:
* [[Pembaptisan]]
* [[Penguatan]]
* [[Ekaristi]]
* [[Pengakuan Dosa]]
* [[Pengurapan orang sakit]]
* [[Imamat]]
* [[Perkahwinan]]
{{Portal bar|Kristian|Agama}}
{{Tunas-Kristian}}
[[Kategori:Gereja Katolik Rom]]
[[Kategori:Gereja]]All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3790861.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|