Revision 4460968 of "Operasi X" on mswiki

Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Rafizah Shima , Ameerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob Raja lawak, Fatimah Al Zahra dan juga Zaidi Omar. 

Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP  Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.