Revision 4461269 of "Operasi X" on mswiki

{{wikikan}}
{{Unreferenced}}

Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Rafizah Shima , Ameerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob Raja lawak, Fatimah Al Zahra dan juga Zaidi Omar. 

Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP  Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.

== Penerbit ==

=== Dream Pictures Production ===
Dream Pictures Production adalah sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan pada tahun 2017. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menerbitkan filem tempatan di Malaysia. Terkini, Dream Pictures Production adalah Penerbit Filem Operasi X yang bakal ditayangkan 1 November 2018