Revision 4461275 of "Operasi X" on mswiki

{{wikikan}}
{{Unreferenced}}

Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Rafizah Shima , Ameerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob Raja lawak, Fatimah Al Zahra dan juga Zaidi Omar. 

Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP  Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.

== Penerbit ==
Dream Pictures Production adalah sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan pada tahun 2017. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menerbitkan filem tempatan di Malaysia. Terkini, Dream Pictures Production adalah Penerbit Filem Operasi X yang bakal ditayangkan 1 November 2018

== Latar Belakang Pengarah ==
Sandosh Kesavan merupakan seorang pengarah filem yang telah lama berkecimpung dalam dunia perfileman. Antara filem arahan beliau adalah Aandal (2005), Gong (2006), Aanushtana (2013), Biasan (2015), Operasi X (2018) dan Felina (2019). Beliau telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Pengarah Terbaik , Anugerah Layar Skrin terbaik dan projek terbaik untuk filem pendek FELINA dalam Film and Video Festival Academy Film Malaysia pada tahun 1995. Setelah bekerja sebagai pengarah dalaman untuk Astro selama dua tahun (2000 – 2001), beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari bekhidmat di Astro dan membuka syarikat produksi beliau sendiri yang bernama Janu Talkies Sdn. Bhd. Beliau telah menghasilkan dan mengarahkan iklan TV, muzik video, dokumentari, video korporat dan banyak lagi di bawah produksi beliau sendiri.

== Sinopsis ==
ASP Redzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah.Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. Ridzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari,ASP Redzuan dikunjungi oleh Tuan Mokthar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana menyangka sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Tuan Mokthar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing;Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng BELUT yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.

== Barisan Pelakon ==

Barisan- barisan pelakon hebat Filem Operasi X:

## [[Aaron Aziz|Dato' Aaron Aziz]] sebagai ASP Redzuan
## [[Ahmad Azhar bin Othman|Dato' Awie]] sebagai Belut
## [[Yusof Haslam|Datuk Yusof Haslam]] sebagai Dato Mokthar
## Hanna Aqeela sebagai Ayu
## [[Hairul Azreen]] sebagai Pablo
## [[Hefny Sahad]] sebagai Ali Mat
## [[Hairi Safwan]] sebagai Inspektor Aman
## Shima Aris sebagai Lady Lion
## [[Amerul Affendi]] sebagai Mat Bong
## Nashra sebagai Nash
## [[Nasir Bilal Khan]] sebagai Bashah
## Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
## GBob sebagai Janggut
## Azzahra Ahmad sebagai Aishah
## [[Zaidi Omar]] sebagai Wak Doyok

== OST Filem ==
Ost filem Operasi X dinyanyikan oleh [[Ahmad Azhar bin Othman|Dato' Awie]] ft. McFaz Stylo Fellaz berjudul " LARI". Lagu ini merupakan gubahan komposer Jay dan lirik oleh Shazliey Lee . https://www.youtube.com/watch?v=8RBDSRYNnkw

==== Lirik lagu ====
Gelap dalam cahaya

Bahang kaca ku tempa

Tiada dusta dan nista

Selagi aku bertakhta

Dapatkah

Gagahkah

Kau tandingi kudrat ku

Meranalah

Binasalah

Aral melintangi jasad ku

Ku tak resah

C/O

Lari lari Lari lari

Lari lari kau ku tunggu

Lari lari Lari lari

Lari dari wujud bayangku

Rap:

Ke kanan ke kiri ku garap ku hadap

Keluh kesah ku yang penuh dengan sifat amarah

Besi paduku tiada masa berlengah-lengah

“Lu chow”

“Wa chow”

Bro!!

Lu dasar manusia suka cari padah

Cukup dayakah langkah Lu Sampai Seribu

Ke laut mari awan mari hutan mari

“Kancah”

“Pecah”

Bro!!!

C/O

Lari lari Lari lari

Lari lari kau ku tunggu

Lari lari Lari lari

Lari dari wujud bayangku

== Lokasi Pengambaran ==
Pengambaran Filem Operasi X dijalankan di Pulau Pinang antaranya Bukit Bendara, Pulau Aman dan Feri Pulau Pinang.