Revision 4462582 of "Operasi X" on mswiki{{wikikan}}
{{Unreferenced}}
Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar.
Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.
Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.
Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.
== Penerbit ==
Dream Pictures Production adalah sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan pada tahun 2017. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menerbitkan filem tempatan di Malaysia. Terkini, Dream Pictures Production adalah Penerbit Filem Operasi X yang bakal ditayangkan 1 November 2018.
== Latar Belakang Pengarah ==
Sandosh Kesavan merupakan seorang pengarah filem yang telah lama berkecimpung dalam dunia perfileman. Beliau telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Pengarah Terbaik , Anugerah Layar Skrin terbaik dan projek terbaik untuk filem pendek FELINA dalam Film and Video Festival Academy Film Malaysia pada tahun 1995. Setelah bekerja sebagai pengarah dalaman untuk Astro selama dua tahun (2000 – 2001), beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari bekhidmat di Astro dan membuka syarikat produksi beliau sendiri yang bernama Janu Talkies Sdn. Bhd. Beliau telah menghasilkan dan mengarahkan iklan TV, muzik video, dokumentari, video korporat dan banyak lagi di bawah produksi beliau sendiri. Antara filem arahan beliau adalah :
# Aandal (2005),
# [[Gong (filem)|Gong]] (2006),
# Aanushtana (2013),
# Biasan (2015),
# Operasi X (2018),
# Felina (2019).
== Sinopsis ==
ASP Redzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.
== Barisan Pelakon ==
Barisan pelakon hebat Filem Operasi X:
# [[Aaron Aziz|Dato' Aaron Aziz]] sebagai ASP Redzuan
# [[Ahmad Azhar bin Othman|Dato' Awie]] sebagai Belut
# [[Yusof Haslam|Datuk Yusof Haslam]] sebagai Dato Mokthar
# Hanna Aqeela sebagai Ayu
# [[Hairul Azreen]] sebagai Pablo
# [[Hefny Sahad]] sebagai Ali Mat
# [[Hairi Safwan]] sebagai Inspektor Aman
# Shima Aris sebagai Lady Lion
# [[Amerul Affendi]] sebagai Mat Bong
# Nashra sebagai Nash
# [[Nasir Bilal Khan]] sebagai Bashah
# Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
# GBob sebagai Janggut
# Azzahra Ahmad sebagai Aishah
# [[Zaidi Omar]] sebagai Wak Doyok
== OST Filem ==
Ost filem Operasi X dinyanyikan oleh [[Ahmad Azhar bin Othman|Dato' Awie]] ft. McFaz Stylo Fellaz berjudul " LARI". Lagu ini merupakan gubahan komposer Jay dan lirik oleh Shazliey Lee .
[https://www.youtube.com/watch?v=8RBDSRYNnkw Link youtube : https://www.youtube.com/watch?v=8RBDSRYNnkw]
==== Lirik lagu ====
Gelap dalam cahaya
Bahang kaca ku tempa
Tiada dusta dan nista
Selagi aku bertakhta
Dapatkah
Gagahkah
Kau tandingi kudrat ku
Meranalah
Binasalah
Aral melintangi jasad ku
Ku tak resah
C/O
Lari lari Lari lari
Lari lari kau ku tunggu
Lari lari Lari lari
Lari dari wujud bayangku
Rap:
Ke kanan ke kiri ku garap ku hadap
Keluh kesah ku yang penuh dengan sifat amarah
Besi paduku tiada masa berlengah-lengah
“Lu chow”
“Wa chow”
Bro!!
Lu dasar manusia suka cari padah
Cukup dayakah langkah Lu Sampai Seribu
Ke laut mari awan mari hutan mari
“Kancah”
“Pecah”
Bro!!!
C/O
Lari lari Lari lari
Lari lari kau ku tunggu
Lari lari Lari lari
Lari dari wujud bayangku
== Lokasi Pengambaran ==
Pengambaran Filem Operasi X dijalankan di Pulau Pinang antaranya Bukit Bendara dan Pulau AmanAll content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=4462582.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|