Revision 5193823 of "Pelakon lucah" on mswiki

{{Proses/BukanTeamBiasa}}[[Fail:Jenna Jameson AVN Awards January 9 2006 cropped2.jpg|thumb|right|280px|[[Jenna Jameson]] telah digelar bintang porn yang termasyhur di dunia.<ref name=Forbes>{{cite web|url= http://www.forbes.com/free_forbes/2005/0704/124.html|title= The (Porn) Player|publisher= Matthew Miller, Majalah ''[[Forbes]]''|date= 4 Julai 2005|accessdate= 1 Februari 2007}}</ref><ref name=Grigoriadis>{{cite web|url= http://www.rollingstone.com/news/story/6420232/jenna_jamesons_forbidden_desires|title= "Jenna Jameson's Forbidden Desires"|publisher= [[Vanessa Grigoriadis]], Majalah ''[[Rolling Stone]]'', 11 Ogos 2004. Dicapai pada 1 Februari 2007. Dicetak semula sebagai "Jenna Jameson: Girl On Top" oleh Vanessa Grigoriadis, ''[[The Independent]]''|date= 5 September 2004|accessdate= 1 Februari  2007}}</ref><ref name=WallStreetJournal>{{cite web|url= http://dackman.homestead.com/JamesonPornWSJ.htm|title= A Star Is Porn|publisher= by Dan Ackman, ''[[Wall Street Journal]]'', 27 Ogos 2004, m.s. W13. Dalam talian di laman sesawang penulis|accessdate= 1 Februari 2007|archive-date= 2007-01-28|archive-url= https://web.archive.org/web/20070128224856/http://dackman.homestead.com/JamesonPornWSJ.htm|url-status= dead}}</ref>]]

'''Pelakon atau bintang lucah''' ialah individu yang muncul dalam [[filem]] [[pornografi]]. Kebanyakan pelakon beraksi [[bogel]] dalam filem (selalunya difilemkan dalam genre seks yang eksplisit). Kebanyakan genre ini mempunyai pakar yang dikenali dalam pasaran khusus seperti [[seks]] [[lesbian]], [[Perhambaan (seks)|perhambaan]], [[seks anal]], penerobosan berganda dan penelanan [[air mani]].

Beberapa kawasan bidang kuasa perundangan menganggap pornografi perdagangan sebagai satu bentuk [[pelacuran]], walaupun kebanyakan pelakon filem seks perdagangan tidak menganggap diri mereka sebagai pelacur dengan memberi banyak alasan dan menganggap mereka sebagai artis. Mereka bukan dibayar oleh pasangan seks seperti mana seorang pelacur tetapi mereka dan pasangan mereka dibayar oleh studio.

== Sejarah ==
Ramai penghibur seks muncul dalam beraneka ragam filem seks sejak bermulanya fotografi. Kebanyakan "mesin arked hiburan" pada awal tahun [[1900-an]] mempunyai filem dan gambar yang digerakkan dengan tangan yang menunjukkan gambar lucah wanita, kebanyakannya tidak menutup bahagian atas. Bagaimanapun hanya sedikit sahaja yang menunjukkan bogel sepenuhnya atau aksi bersama pasangan lain.

Terdapat banyak filem dan gambar yang menunjukkan aksi seks termasuk siri [[Perang Dunia II]] wayang erotik [[Jerman]] yang dikenali sebagai "filem Sachsenwald", yang difilemkan secara rahsia di [[Nazi Jerman]] pada tahun [[1941]].<ref>{{cite web |url=http://arts.guardian.co.uk/features/story/0,11710,1146258,00.html|title=Porn und Drang|last=Harding|first=Luke|date=[[2004-02-12]]|accessdate=2007-04-18|work=[[The Guardian]]|quote=Sebelum menyerahkan manuskrip kepada penerbit pada musim panas yang lalu, Kunkel telah membuat penyelidikan yang amat mendalam tentang salah satu aspek bawah tanah zaman Nazi — sebuah siri filem rumah erotik, dikenali sebagai filem Sachsenwald, yang dikeluarkan secara rahsia pada 1941. Secara rasmi, pornografi diharamkan oleh pemerintahan Nazi tetapi sebenarnya, filem itu bukan sahaja ditayangkan untuk hiburan tokoh-tokoh besar Nazi secara persendirian tetapi juga didagangkan di Afrika utara sebagai pertukaran untuk penghalau serangga dan barang-barang yang lain..}}</ref> Penghibur seks pada awal perfileman gambar dan filem selalunya memilih untuk tidak dikenali kerana tekanan sosial dan perundangan yang tidak membenarkan aksi terbuka seks.

Mengikut pendapat ramai, bintang lucah yang pertama mendapat nama khusus ialah [[Linda Lovelace]] dari [[Amerika Syarikat]]. Dia membintangi filem ''[[Deep Throat]]'' tahun 1972. Tetapi, [[Casey Donovan]], bintang pornografi aliran utama yang pertama dalam filem terlaris ''[[Boys in the Sand]]'' pada tahun 1971, mendapat nama hampir setahun sebelum filem ''Deep Throat''. Kejayaan ''Deep Throat'', yang mengutip jutaan dolar di seluruh dunia, menggalakkan kemunculan pelakon lucah lain seperti [[Marilyn Chambers]] (''[[Behind the Green Door]]''), [[Gloria Leonard]] (''[[The Opening of Misty Beethoven]]''), [[Georgina Spelvin]] (''[[The Devil in Miss Jones]]''), dan [[Bambi Woods]] (''[[Debbie Does Dallas]]'').

Era ini dipanggil sesetengah orang sebagai [[Zaman Keemasan Filem Lucah]] di mana filem lucah ditayangkan di teater awam dan diterima masyarakat awam. Zaman ini berlangsung sehingga akhir tahun [[1970-an]], dengan sesetengah mengatakan awal tahun [[1980-an]], di mana filem seks mempunyai jalan cerita serta bajet promosi dan penghibur filem seks menjadi terkenal. Beberapa penghibur legenda zaman ini termasuk [[John Holmes]], [[Ginger Lynn Allen]], [[Veronica Hart]], [[Nina Hartley]], [[Seka]], dan [[Amber Lynn]].

== Pautan luar ==
* [http://www.avnawards.com/ Anugerah AVN]
* [http://www.iafd.com/ Pangkalan Data Filem Dewasa]
* [http://www.aim-med.org/ Yayasan Penjagaan Kesihatan Perubatan Industri Filem Dewasa]
* [http://blog.adultdvdtalk.com/ Temu duga dengan bintang lucah di Adult DVD Talk]

== Nota kaki ==
{{reflist}}

[[Kategori:Pornografi]]
[[Kategori:Pelakon filem pornografi| ]]
[[Kategori:Pekerjaan hiburan]]