Revision 5217143 of "Bank Scotland" on mswiki{{Proses/BukanTeamBiasa}}{{Infobox_Company |
company_name = Bank of Scotland plc|
company_type = |
company_logo = Bank of Scotland logo.svg |
company_slogan = Sentiasa memberi anda tambahan|
foundation = {{start date and age|1695}}|
location = North Bank Street, [[Edinburgh]], [[Scotland]]|
num_employees = 20,000|
industry = [[Kewangan dan insurans]]|
products = [[Perkhidmatan kewangan]]|
owner = [[HBOS plc]]|
homepage = [http://www.bankofscotland.co.uk/ www.bankofscotland.co.uk]|
}}
[[Fail:Bank Of Scotland.png|250px|thumb|right|Logo lama Bank Scotland]]
'''Bank of Scotland''' ([[bahasa Melayu]]: ''Bank Scotland'') plc adalah sebuah bank [[bank perdagangan|perdagangan]] dan [[bank penjelasan|penjelasan]], beribu pejabat di North Bank Street, [[Edinburgh]], [[Scotland]]. Mula beroperasi pada abad ke-17, ia adalah bank tertua yang masih beroperasi di United Kingdom, dan satu-satunya institusi perdagangan yang ditubuhkan oleh [[Parliamen Scotland]] yang masih wujud. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak nota bank sendiri sehingga hari ini.
Sejak [[10 September]] [[2001]], Bank Scotland membentuk sebahagian dari [[HBOS plc]] selepas bergabung dengan [[Halifax (bank)|Halifax Group]] (dulunya [[Halifax Building Society]]). Bank ini memiliki 50% saham [[Sainsbury's Bank]] sementara 50% lagi dimiliki oleh [[J Sainsbury plc]].
Pada [[17 September]] [[2007]], Gabenor dan Syarikat Bank Scotland dikenali sebagai Bank Scotland [[syarikat awam terhad|plc]], kesan dari akta [[HBOS Group Reorganisation Act 2006]].
== Sejarah ==
[[Fail:Bank of Scotland Coat of Arms.jpg|thumb|250px|Jata asal Bank]]
=== Penubuhan ===
Bank Scotland ditubuhkan di bawah [[Akta Parlimen Scotland|Akta]] [[Parlimen Scotland]] pada [[17 Julai]] [[1695]], [[Akta untuk mendirikan sebuah Bank di Scotland]], dan membuka perniagaannya pada bulan Februari [[1696]]. Walaupun ditubuhkan selepas [[Bank England]] (1694), Bank Scotland adalah institusi yang berbeza. Bank England ditubuhkan untuk membiayai perbelanjaan pertahanan oleh kerajaan [[England|Inggeris]] sementara Bank Scotland ditubuhkan oleh [[Majlis Privi Scotland|kerajaan Scotland]] untuk menyokong [[perniagaan Scotland]], dan dilarang dari meminjamkan wang kepada kerajaan tanpa izin parlimen [http://www.rampantscotland.com/SCM/story.htm]. Akta penubahan memberi bank [[monopoli]] [[perbankan]] awam di Scotland untuk 21 tahun, menbenarkan para pengarah bank untuk menaikkan £1,200,000 [[Pound Scotland]] (£100,000 [[Pound Sterling]]) modal nominal, memberikan pemegang sahamnya [[liabiliti terhad]], dan dalam klausa terakhir (dimansuhkan hanya pada [[1920]]) member semua pemegang saham rakyat Scotland kelahiran asing "untuk semua Niat dan Tujuan apa-apa". Warga Inggeris, [[John Holland (pemilik bank)|John Holland]] adalah salah seorang pengasas bank. Ketua Akauntan pertamanya adalah [[George Watson (akauntan)|George Watson]].
=== Abad ke-18 dan ke-19 ===
Bank Scotland memainkan peranan dalam menyalurkan wang untuk [[Pemberontakan Jacobite]] pertama pada 1715. Akibatnya, monopoli Bank berakhir pada [[1716]], dan pesaing utamanya, [[Bank Diraja Scotland]] telah ditubuhkan oleh [[Royal Charter]] pada [[1727]]. Ini menyebabkan pesaingan besar yang lama di antara dua buah bank tersebut apabila mereka bersaing untuk menyingkirkan lawan masing-masing. Walaupun "Perang Bank" tamat pada sekitar [[1740]], pesaingan kemudian timbul dari sumber-sumber lain apabila bank-bank Scotland lain ditubuhkan. Sebagai tindak balas, Bank Scotland mula membuka cawangan di seluruh Scotland. Cawangan pertama di [[London]] dibuka pada [[1865]].
Bank juga mengambil inisiatif utama dalam menubuhkan pengawalan dan kestabilan keseluruhan sistem perbankan Scotland, yang menjadi penting selepas jatuhnya [[Bank Ayr]] pada 1772. Dengan kejatuhan [[Bank Barat]] pada 1857, Bank Scotland bersama bank-bank lain di Scotland langkah penyelamat untuk memastikan kesemua nota-nota Bank Barat telah dibayar.
=== Abad ke-20 ===
[[Fail:BoS St Andrew Square.JPG|thumb|Cawangan Bank di [[Dataran St Andrews]], Edinburgh. Ini adalah ibu pejabat lama Bank Linen British.]]
Pada tahun 1950an, Bank Scotland terlibat dalam beberapa penggabungan dan pengambilan bank-bank lain. Pada tahun [[1955]], Bank bergabung dengan [[Union Bank of Scotland]]. Bank juga meluaskan perniagaannya ke kredit pengguna dengan pembelian North West Securities (now [[Capital Bank]]) yang beribu pejabat di [[Chester]]. Pada [[1971]], Bank bersetuju untuk bergabung dengan [[Bank Linen British Linen]] yang dimiliki oleh [[Barclays Bank]]. Penggabungan ini membolehkan Bank Barclays memperolehi suatu 35% kepentingan dalam Bank Scotland, dan kekal sehingga tahun 1990an. Bahagian perbankan perdagangan Bank Scotland dilancar semula sebagai Bank Linen British (sekarangnya dikenali sebagai Perkhidmatan Penbendaharaan HBOS).
Pada [[1959]] Bank Scotland menjadi bank pertama di UK untuk yang memasang [[komputer]] untuk memproses akaun secara berpusat. Pada pukul 11 pagi [[25 Januari]] [[1985]], Bank memperkenalkan HOBS (Home and Office Banking Services) - suatu penggunaan awal teknologi akses dari jauh yang diadakan untuk pelanggan perbankan. Ini diikuti suatu perkhidmatan berskala kecil yang dibuat bersama dengan [[Nottingham]] Building Society untuk dua tahun tetapi dibangunkan oleh Bank Scotland. Perkhidmatan HOBS membenarkan pelanggan untuk mengakses akaun mereka secara terus di kaca televisyen, menggunakan rangkaian telefon [[Prestel]].
=== Pengembangan antarabangsa ===
Dengan penemuan [[minyak di Lautan Utara]] di Scotland pada 1970an, Bank Scotland mengembangkan perniagaannya ke sektor tenaga. Bank kemudian menggunakan kepakaran ini dalam kewangan tenaga untuk pengembangan antarabangsa. Pejabat antarabangsa pertama dibuka di [[Houston]], [[Texas]], diikuti oleh cawangan lain di [[Amerika Syarikat]], [[Moscow]] dan [[Singapura]]. Pada [[1987]], Bank mengambil alih [[Countrywide Bank (New Zealand)|Countrywide Bank]] of [[New Zealand]] (kemudiannya dijual ke [[Lloyds TSB]] pada [[1998]]). Bank kemudian mengembangkan operasinya ke [[Australia]] dengan membeli [[Bank Australia Barat]] yang beribu pejabat di [[Perth, Australia Barat|Perth]].
Suatu tempoh kontroversi dalam sejarah Bank adalah percubaan untuk memasuki pasaran runcit perbankan Amerika Syarikat melalui usahasama dengan evangelist [[Pat Robertson]]. Usaha ini menerima bantahan dari kumpulan hak sivil di UK kerana pandangan kontroversi Robertson tentang [[homoseksual]]iti. Bank terpaksa membatalkan perjanjian itu apabila Robertson mengatakan Scotland sebagai suatu "tanah gelap yang dipenuhi golongan [[homoseksual]]". [http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/the_company_file/361736.stm]
=== HBOS ===
[[Fail:Bank of Scotland HQ.jpg|thumb|kiri|275px|Ibu pejabat di Jalan North Bank, Edinburg (jalan yang dinamakan sempena perpindahan bank di sana pada tahun 1806).]]
Pada lewat 1990an, pasaran sektor kewangan UK menghadapai proses konsolidasi besar-besaran. Banyak institusi kewangan menjadi bank atau bergabung dengan bank sedia ada. Antaranya Bank Lloyf dan Bank TSB yang bergabung pada [[1995]] untuk mendirikan [[Lloyds TSB]]. Pada [[1999]], Bank Scotland membuat tawaran pengambilalihan [[National Westminster Bank|NatWest Bank]]. Bank Scotland adalah lebih kecil berbanding NatWest dan langkah ini dilihat sebagai suatu langkah yang berisiko. Apabila [[Royal Scotland]] membuat tawaran juga, suatu peperangan untuk mengambilalih Bank NatWest berlaku, yang akhirnya dimenangi oleh Royal Scotland.
Bank Scotland kini menarik perhatian untuk penggabungan lain. Satu cadangan untuk bergabung dengan [[Abbey National]] telah dikaji, tetapi kemudian ditolak. Pada [[2001]], Bank Scotland dan [[Halifax (bank)|Halifax]] bersetuju bergabung untuk mendirikan [[HBOS|HBOS ("Halifax Bank of Scotland")]]. Ibu pejabat entiti ini terletak di [[Edinburgh]], dan jenama kedua bank akan terus digunakan.
Sejak itu, HBOS telah berkembang untuk menjadi bank keempat terbesar di UK dari segi nilai pasaran, dan peminjam [[pajak gadai]] terbesar UK. Di Scotland, kesemua cawangan Halifax telah dinamakan Bank Scotland, dengan jenama Halifax hanya digunakan untuk produk pajak gadai dan simpanan. Cawangan Halifax di [[England]] menggunakan jenama Bank Scotland untuk tujuan perniagaan.
=== Akta HBOS Group Reorganisation 2006 ===
Pada 2006, HBOS diluluskan melalui [[HBOS Group Reorganisation Act 2006]], suatu Akta Parlimen yang membenarkan Kumpulan untuk berjalan operasi dalam struktur yang lebih mudah. Akta ini membenarkan HBOS untuk menjadikan Gabenor dan Syarikat Bank Scotland sebagai sebuah syarikat awam terhad, Bank of Scotland plc, yang kini adalah subsidiari utama HBOS. Halifax plc dan subsidiari lain HBOS, Capital Bank plc, memindahkan aset dan liabiliti ke Bank Scotland plc, dan jenama Halifax dikekalkan.
== Nota bank ==
[[Fail:BankScotland50.jpg|thumb|300px|Sekeping nota £50 Bank Scotland]]
Bank Scotland adalah bank yang pertama di [[Eropah]] yang berjaya mengeluarkan [[mata wang]] kertas yang boleh ditunaikan (kemudahan ini amat berguna dalam keadaan [[pencetakan duit syiling Scotland]] yang lemah pada akhir abad ke-17). Haknya untuk mengeluarkan nota bank dikekalkan sehingga hari ini, tetapi juga diberi ke bank lain selepas 1716 apabila monopoli Bank ditamatkan. Mengikuti [[Akta Kesatuan 1707|Akta Kesatuan]] pada [[1707]], bank menyeliakan pencetakan duit syiling lama Scotland ke dalam [[Sterling]].
Pada [[1826]] percubaan [[Parlimen United Kingdom]] untuk melarang penghasilan nota bank kurang daripada lima pound nilai muka mencetuskan kemarahan di Scotland. Antara tindakan paling ketara ialah perutusan beberapa surat oleh [[Walter Scott|Sir Walter Scott]]kepada akhbar ''Edinburgh Weekly Journal'' di bawah nama pena "''Malachi Malagrowther''" yang akhirnya memaksa kerajaan untuk berlembut dan membenarkan bank Scotland untuk terus mencetak nota £1. Kerana ini, gambar Sir Walter masih terdapat di semua nota Bank Scotland.
=== Isu terkini ===
Isu nota kini Bank Scotland menampilkan Sir Walter Scott di hadapan, dan di belakang dan juga menampilkan industri-industri Scotland yang berjaya:
* Nota 5 pound menampilkan grafik [[Petroleum|minyak]] dan [[tenaga]]
* Nota 10 pound menampilkan grafik [[distilasi]] dan [[pembuatan minuman beralkohol]]
* Nota 20 pound menampilkan grafik [[pendidikan]] dan [[kajian]]
* Nota 50 pound menampilkan grafik [[seni]] dan [[budaya]]
* Nota 100 pound menampilkan grafik [[rekreasi]] dan [[pelancongan]].
=== Siri baru 2007 ===
[[Fail:Bank of Scotland 20 pound note 2007.jpg|thumb|300px|Sekeping nota £20 isu 2007]]
Bank Scotland mengeluarkan siri baru nota bank pada [[musim gugur]] 2007, yang bertemakan jambatan Scotland. Isu nota Bank Scotland ini dikeluarkan dari edaran sekurang-kurangnya tiga tahun.
Warna dan saiz semua nota baru adalah sama dengan reka bentuk terdahulu tetapi teks pada nota-nota lebih besar daripada yang terdahulu. Ini dibuat untuk bantuan bagi mereka yang mempuyai masalah penglihatan. 'Cornerstones' telah ditambahkan ke nota-nota baru. Corak-corak tanda air ini berada di semua sudut nota, yang akan memperbaiki lagi ketahanan nota-nota ini.
Ciri-ciri pengawalan baru juga ditambahkan dalam reka bentuk baru. Ini termasuk benang logam keselamatan terbenam di setiap nota bank, yang mengandungi nilai nombor di hadapan nota £20, £50 dan £100, yang menampilkan rencana Bank Scotland dan nilai nombor pada nota tersebut.
* Ciri nota £5 [[Brig o' Doon]]
* Ciri nota £10 [[Glenfinnan Viaduct]]
* Ciri nota £20 [[Jambatan Forth (keretapi)]]
* Ciri nota £50 [[Roda Falkirk]]
* Ciri nota £100 [[Jambatan Kessock]]
== Polisi Gaelic ==
Walaupun bank ini beroperasi dalam masyarakat Gaelic di Scotland, ia masih beroperasi hanya dalam bahasa Inggeris pada awal tahun 1970an. Pada tahun 1972, aktivis Gaeli Iain Noble berjaya memujuk bank untuk mengeluarkan buku cek dalam bahasa Gaelic (sebenarnya dwi bahasa). Ia akhirnya menjadi popular dan diikuti oleh Royal Bank. Hari ini, bank mengiklankan dirinya di Highlands dan Hebridges dengan bahasa Gaelic "Banca na h-Alba", walaupun isu nota seterusnya tidak akan ada perkataan Gaelic yang menghampakan penyokong bahasa Gaelic.
== Struktur Korporat ==
Bank mempunyai beberapa subsidiari dan jenama:
* [[Halifax (bank)|Halifax]] (England, Wales dan Ireland Utara, untuk sewa gadai dan simpanan di Scotland)
* [[Banco Halifax Hispania]]
* [[Birmingham Midshires]]
* [[Intelligent Finance]]
* [[Sainsbury's Bank]] (50%)
* Bank of Scotland Corporate (termasuk Capital Bank)
* Bank of Scotland Investment Services
* Bank of Scotland Private Banking
* HBOS Financial Services Ltd
* HBOS Insurance & Investment Group Ltd
* HBOS Treasury Services plc
* [[Bank of Scotland (Ireland)]]
* [[Bank of Scotland (Netherlands)]]
== Senarai Gabenor Bank Scotland ==
# [[John Holland (banker)|John Holland]] [[1696]]-[[1697]]
# [[David Melville, 3rd Earl of Leven]] [[1697]]-[[1728]]
# [[Alexander Hume, 2nd Earl of Marchmont]] [[1728]]-[[1740]]
# [[Charles Hope, 1st Earl of Hopetoun]] [[1740]]-[[1742]]
# Colonel [[John Stratton]] [[1742]]
# [[John Hay, 4th Marquess of Tweeddale]] [[1742]]-[[1762]]
# [[Hugh Hume, 3rd Earl of Marchmont]] [[1763]]-[[1790]]
# [[Henry Dundas, 1st Viscount Melville]] [[1790]]-[[1811]]
# [[Robert Dundas, 2nd Viscount Meville]] [[1812]]-[[1851]]
# [[James Alexander, 10th Earl of Dalhousie]] [[1851]]-[[1860]]
# [[John Campbell, 2nd Marquess of Breadalbane]] [[1861]]-[[1862]]
# [[George Hamilton-Baillie, 11th Earl of Haddington]] [[1863]]-[[1870]]
# [[John Hamilton Dalrymple, 10th Earl of Stair]] [[1870]]-[[1903]]
# [[Alexander Hugh Bruce, 6th Baron Balfour of Burleigh]] [[1904]]-[[1921]]
# [[William John Mure]] [[1921]]-[[1924]]
# [[Sidney Herbert, 16th Baron Elphinstone]] [[1924]]-[[1955]]
# Sir [[John Craig]] [[1955]]-[[1957]]
# [[Steven Bilsland, 1st Baron Bilsland]] [[1957]]-[[1966]]
# [[Henry Alexander Hepburne-Scott, 10th Lord Polwarth]] [[1966]]-[[1972]]
# [[Ronald John Bilsland Colville, 2nd Baron Clydesmuir]] [[1972]]-[[1981]]
# Sir [[Thomas Neilson Risk]] [[1981]]-[[1991]]
# Sir [[David Bruce Pattullo]] [[1991]]-[[1998]]
# Sir [[Alistair Grant]] [[1998]]-[[1999]]
# Sir [[John Shaw]] [[1999]]-[[2001]]
# Sir [[Peter Burt]] [[2001]]-[[2003]]
# [[George Mitchell]] [[2003]]-[[2006]]
# [[Dennis Stevenson, Lord Stevenson of Coddenham]] [[2006]]-
== Bola sepak ==
Bank Scotland menaja [[Liga Perdana Scotland]] sejak 1998 sehingga ke musim 2006/2007 apabila ia menolak mempebaharui tajaan untuk menaja sukan masyarakat yang lebih digemari.
== Lihat pula ==
* [[Nota bank British]]
* [[Senarai bank]]
* [[Bank Diraja Scotland]]
* [[William Paterson (pemilik bank)]]
== Pautan luar ==
* [http://www.bankofscotland.co.uk/ Bank of Scotland]
* [http://www.hbosplc.com/abouthbos/History/BoS_history.asp history] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20081205063706/http://www.hbosplc.com/abouthbos/History/bos_history.asp |date=2008-12-05 }}, from the HBOS website
{{Scottish topics}}
{{HBOS Group}}
{{Scottish Banks}}
{{UK Banks}}
[[Kategori:Bank di Scotland]]
[[Kategori:Bank di United Kingdom]]
[[Kategori:HBOS Group]]
[[Kategori:Bank yang ditubuhkan pada 1695]]All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=5217143.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|