Revision 5408003 of "Sejarah Johor" on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]].
Pada tahun [[1946]], [[Johor]] telah menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai [[Persekutuan Tanah Melayu]] dan seterusnya persekutuan [[Malaysia]] pada tahun [[1963]].
==Kegemilangan Kesultanan Johor==
=== Pentadbiran Empayar Johor ===
[[Kesultanan Johor]] meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di [[Melaka]]. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai [[Sultan]]. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, [[Laksamana]], Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di [[Pahang]] dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, [[Singapura]]. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah [[Muar]] dibawah [[Raja Temenggung Muar]], [[Pahang]] dibawah kekuasaan Bendahara Johor, [[Riau]] dibawah [[Yang Dipertuan Muda]] dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan [[Temenggung Johor]].Sultan hanya berkuasa di [[Lingga]] dan pulau-pulau sekitarnya sahaja.Seluruh empayar [[Johor]] diketuai oleh Sultan yang bersemayam di [[Pulau Lingga]]. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar [[Dato' Pasir Raja]].Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.
=== Pengaruh Empayar Johor ===
Sebagai Kesultanan menggantikan [[Kesultanan Melayu Melaka]], maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri [[Pahang]], [[Muar]], [[Johor]] darat, [[Kepulauan Riau]] dan [[Pulau Lingga]]. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan [[Kota Tinggi]], semua di Johor darat dan kemudian ke [[Riau]] dan [[Pulau Lingga]]. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai [[Johor Bahru]].
=== Karya Sejarah ===
* Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh [[Bukhari al-jauhari|Bukhari al-Jauha]]<nowiki/>ri.
* [[Tuhfat al-Nafis]], [[Salasilah Melayu dan Bugis]] dan [[Gurindam Dua Belas]] dikarang oleh [[Ali Haji bin Raja Haji Ahmad|Raja Ali Haji]].
* Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
* Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.
==Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama==
=== Belanda dan Melaka ===
Pada [[abad ke-17]], [[Belanda]] tiba di [[Asia Tenggara]]. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun [[1641]], Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]] ditandatangani.
=== Singapura dan British ===
Pada tahun 1818, [[Sir Stamford Raffles]] dilantik sebagai Gabenor [[Bengkulu|Bangkahulu]] di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisinya berangkat untuk mencari petempatan baru.
Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, berada di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".<ref name="Suzana halaman 57">(Tun) Suzana (Tun) Othman, ''Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang'', halaman 57</ref><ref>http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat Adat</ref>
Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Riau) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] , yang tinggal dalam buangan di salah satu [[Kepulauan Riau]], kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di [[Singapura]]. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Riau sebenar di [[Lingga]].
=== Perjanjian Anglo-Belanda ===
Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.
Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]] dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di [[Pulau Lingga]] pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.
=== Kuasa-kuasa yang berminat ===
Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah [[Inggeris]] dan [[Belanda]], para bangsawan yang membuat perjanjian dengan [[Belanda]] iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari Riau dan [[Temenggung Abdul Rahman]], dari [[Johor]] dan [[Singapura]], pihak istana Johor yang terdiri dari [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]] dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.<ref>(Tun) Suzana (Tun) Othman, ''Perang Bendahara Pahang 1857-63'', Karisma Publications, 2007, ISBN 9769831952825, halaman 90</ref> Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang [[Melayu]] tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.
Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan [[Johor]],<ref>''Ibid'', halaman 46</ref> tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.<ref>''Ibid'', halaman 40</ref> Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib [[Kesultanan Johor]], bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi [[Sultan Johor]].
=== Sultan cuba membaiki keadaan ===
[[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]] meninggal dunia pada tahun [[1832]] dan digantikan oleh puteranya, [[Sultan Muhammad II Muazzam Shah]] (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.<ref>''Ibid'', halaman 67</ref> Baginda memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.<ref>''Ibid'', halaman 68</ref> Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. [[Islam]] dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai [[Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah]]) sebagai putera mahkota dan [[Tun Mutahir]] sebagai bakal Bendahara.
Pada tahun [[1841]], Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya yang meninggal pada 1825.<ref>''Ibid'', halaman 70</ref> Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.
Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada [[Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah]] di [[Pulau Lingga]].<ref>''Ibid'', halaman 75</ref> Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali [[Singapura]]. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh [[Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah]] dan hubungan mereka rapat
==Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor==
=== Pemisahan tanah daratan [[Johor]] dengan [[Riau]] ===
Setelah penggulingan Sultan Mahmud IV Muzaffar oleh Belanda, bangsawan [[Bugis]] melantik sultan baru, [[Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah]], Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa [[Kesultanan Johor|Empayar Johor]].<ref>''Ibid'', halaman 87</ref> Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan [[Belanda]].<ref>''Ibid'', halaman 87</ref> Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada [[Belanda]]. Ini juga menandakan berakhirnya [[kesultanan Johor]] sebagai penerus [[Kesultanan Melaka]]. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan [[Malaysia]]-[[Indonesia]].
=== Johor dan Pahang ===
Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.<ref>http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahara Bendahara</ref> Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara [[Tun Mutahir]] dari Pahang pada 1861.<ref>Ahmad Fawzi Basri, ''Johor 1855-1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya'', Fajar Bakti, 1988, halaman 33-34</ref> Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan [[Pahang]].
==Sejarah Johor moden==
{{Infobox Former Country
|native_name = Johor Darul Ta'zim
|conventional_long_name = نڬري جوهر دارالتّعظيم
|common_name = Johor
|continent = Asia
|region = Asia Tenggara
|country = Malaysia
|empire = United Kingdom
|status = Negeri Naungan
|status_text = [[Negeri naungan]] [[United Kingdom|British]]
|era = Empayar British
|life_span = 1914-sekarang
|year_start = 1885
|date_start = 11 Disember
|event_start = Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh [[United Kingdom|British]]
|year_end = 1948
|date_end = 1 Februari
|event_end = Kemasukan ke dalam [[Persekutuan Tanah Melayu]]
|event1 = Naungan [[United Kingdom|British]]
|date_event1 = 12 Mei 1914
|event2 = [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|Pendudukan Jepun]]
|date_event2 = 31 Januari 1942
|event3 = Jepun menyerah kalah
|p1 = Johor
|p2 =
|p3 =
|p4 =
|flag_p1 = Flag of Johor.svg
|flag_p2 =
|flag_p3 =
|flag_p4 =
|s1 = Pendudukan Jepun
|flag_s1 = Merchant flag of Japan (1870).svg
|s2 = Persekutuan Tanah Melayu
|flag_s2 = Flag of Malaya.svg
|image_flag = Flag of Johor.svg
|image_coat = Coat of arms of Johor.svg
|image_map = Johor in Malaysia.svg
|image_map_caption = Johor dalam [[Malaysia]] kini
|national_motto = Kepada Allah Berserah<br />كڤدالله برسراه<small>
|capital = [[Johor Bahru]] ''(dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)''
|religion = [[Islam]]
|legislature =
|type_house1 =
|house1 =
|latd=|latm=|latNS=|longd=|longm=|longEW=
|common_languages = [[Bahasa Melayu]] <br>[[Bahasa Inggeris]]
|title_leader = Sultan
|leader1 = [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]]
|year_leader1 = 1895-1959
|title_deputy = Penasihat Am
|deputy1 = D.G. Campbell
|year_deputy1 = 1914-1918
|deputy2 = W.D. Barron
|year_deputy2 = 1940-1941
|stat_area1 =
|stat_pop1 =
|stat_year1 =
|currency = [[Dolar Selat]] sehingga 1939<br>[[Dolar Malaya]] sehingga 1953
|today = {{flag|Malaysia}}
}}
=== Wangsa Temenggong ===
Pada [[10 Mac]] [[1855]], di bawah perjanjian di antara [[British]] di [[Singapura]] dan [[Sultan Ali]] dari Johor, kuasa memerintah Johor memberi kepada [[Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim]] dengan [[Muar]] masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun [[1877]]. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai [[Johor Bahru]].
Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun [[1866]], dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]] memperkenalkan sebuah [[perlembagaan]] dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai ''Bapa Johor Moden''.
Pada [[11 Disember]] [[1885]], Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.
Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan [[lada hitam]] dan [[gambir]] yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh [[Cina]] secara beramai-ramai. Sistem [[Kangchu]] dilaksanakan.
Pada [[12 Mei]] [[1914]], [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar|Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar]] telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor [[Negeri-Negeri Selat]]. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di [[Negeri Sembilan]] yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=klYuwPcqV8IC&pg=PA113&lpg=PA113&dq=johor+tidak+pernah+dijajah&source=bl&ots=CTFf2oP5OT&sig=6pnX_TIJ33iELlcWnOgWsa7Gm-Q&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=johor%20tidak%20pernah%20dijajah&f=false]</ref>
Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=klYuwPcqV8IC&pg=PA113&lpg=PA113&dq=johor+tidak+pernah+dijajah&source=bl&ots=CTFf2oP5OT&sig=6pnX_TIJ33iELlcWnOgWsa7Gm-Q&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=johor%20tidak%20pernah%20dijajah&f=false]</ref> Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.
=== Malaysia dan Johor ===
[[Perang Dunia II]] meletus pada tahun [[1939]]. [[British]] yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera [[Jepun]]. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun [[1945]].
Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun [[1946]], Johor menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]]. [[Nasionalisme]] [[Melayu]] yang diketuai oleh Dato' [[Onn Jaafar]] daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan [[Persekutuan Tanah Melayu]]. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]] dan kemudiannya pada tahun [[1963]], Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai [[Malaysia]].
== Garis masa ==
{{utama|Sultan Johor}}
[[Kesultanan Melayu Melaka|Dinasti Warisan Kesultanan Melaka]]
# 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
# 1528-1564: [[Sultan Alauddin Riayat Shah II]] (Raja Ali/Raja Alauddin)
# 1564-1579: [[Sultan Muzaffar Shah II]] (Raja Muzafar/Radin Bahar)
# 1579-1580: [[Sultan Abdul Jalil Shah I]] (Raja Abdul Jalil)
# 1581-1597: [[Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II]] (Raja Umar)
# 1597-1615: [[Sultan Alauddin Riayat Shah III]] (Raja Mansur)
# 1615-1623: [[Sultan Abdullah Ma'ayat Shah]] (Raja Mansur)
# 1623-1677: [[Sultan Abdul Jalil Shah III]] (Raja Bujang)
# 1677-1685: [[Sultan Ibrahim Shah]] (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
#1685-1699: [[Sultan Mahmud Shah II]] (Raja Mahmud) atau [[Raja]] Mahmud [[Mangkat]] Dijulang
[[Bendahara|Dinasti Bendahara Johor]]
# 1699-1720: [[Sultan Abdul Jalil IV]] (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
# 1718-1722: [[Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah]] (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
# 1722-1760: [[Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah]] (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
# 1760-1761: [[Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah]]
# 1761-1762: [[Sultan Ahmad Riayat Shah]]
# 1762-1812: [[Sultan Mahmud Shah III]] (Raja Mahmud)
# 1812-1819: [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]] (Tengku Abdul Rahman)
# 1819-1835: [[Sultan Hussain Shah]] (Tengku Husin/Tengku Long)
# 1835-1877: [[Sultan Ali]] (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
[[Temenggung Johor|Dinasti Temenggung]]
# 1855-1862: [[Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim]] (Seri Maharaja Johor)
'''Sultan Johor Moden'''
# 1862-1895: [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim|Maharaja Sir Abu Bakar Daeng Ibrahim]] (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
# 1895-1959: [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]]
# 1959-1981: [[Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim]]
# 1981-2010: [[Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail|Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj]]
# 2010-Kini: [[Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar]]
== Nota dan rujukan ==
=== Nota ===
{{reflist}}
=== Rujukan ===
* Trocki, Carl A., ''Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885'', University of Hawaii Press, 1979, ISBN 9789971693763 ISBN 9971693763
* [http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/johor.htm Empayar Johor] - sabrizain.demon.co
* [https://web.archive.org/web/20030116184458/http://www.uq.net.au/~zzhsoszy/states/malaysia/johor.html Kesultanan Johor] - uq.net.au
* (Tun) Suzana (Tun) Othman, ''Perang Bendahara Pahang, 1857-63: pensejarahan semula menelusi peranan British'', 2007, ISBN 9789831952825
{{Use dmy dates|date=Jun 2011}}
* {{cite book| title=Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia|author=Zakiah Hanum |publisher=Times Editions-Marshall Cavendish |date=2004 |id=ISBN 9812326081}}
* {{cite book| title=The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia|author=Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid |publisher=Archipelago Press |date=2011 |id=ISBN 9789813018549}}
== Lihat juga ==
* [[Johor]]
* [[Kesultanan Melaka]]
* [[Kesultanan Lingga-Riau]]
* [[Kesultanan Siak]]
* [[Malaysia]]
* [[Sejarah Singapura]]
* [[Sultan Johor]]
{{Senarai Sultan-Sultan Johor}}
{{Islam di Malaysia}}
{{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}}
[[Kategori:Sejarah Johor| ]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=5408003.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|