Difference between revisions 4946853 and 4951854 on mswiki

'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[301]] [[tahun Masihi|M]] sebagai  petempatan [[perdagangan]] yang penting. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu kononnya menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Mela(contracted; show full)

==Kegemilangan Kesultanan Johor==
=== Pentadbiran Empayar Johor ===

[[Kesultanan Johor]] meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di [[Melaka]]. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan 
Besar yang dikenali juga sebagai [[Sultan]]. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, [[Laksamana]], Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di [[Pahang]] dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, [[Singapura]]. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor di Daek Lingga. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.  Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 34 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah [[Muar]] dibawah [[Raja Temenggung Muar]], [[Pahang]] dibawah kekuasaan Bendahara Johor, [[Riau]] dibawah [[Yang Dipertuan Muda]] dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan [[Temenggung Johor]].  Sultan hanya berkuasa di [[Lingga]], [[Singkep]], [[Galang]],   dan pulau-pulau sekitarnya sahaja.  Seluruh empayar [[Johor]] diketuai oleh Sultan yang bersemayam di [[Pulau Lingga]]. Semua Orang Kaya melapor terus kepada Sultankecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar [[Dato' Pasir Raja]].Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.

=== Pengaruh Empayar Johor ===
Sebagai Kesultanan menggantikan [[Kesultanan Melayu Melaka]], maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri [[Pahang]], [[Muar]], [[Johor]] darat, [[Kepulauan Riau]] dan [[Pulau Lingga]]. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan [[Kota Tinggi]], semua di Johor darat dan kemu(contracted; show full)
{{Senarai Sultan-Sultan Johor}}
{{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}}

[[Kategori:Sejarah Johor| ]]
[[Kategori:Sultan Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]