Difference between revisions 4951854 and 4951855 on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[301]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu kononnya menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Mela(contracted; show full)ia di sana pada 22 November 1677. Pada tahun 1973, perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh. === Pengaruh Bugis dan Minangkabau === [[Sultan Mahmud Shah II]] mangkat pada tahun [[1699]] tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar [[Sultan Abdul Jalil IV|Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV]]. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu. Orang [[Bugis]] yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang [[Minangkabau]] juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari [[Siak]] iaitu [[Raja Kecil]] yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai [[Yang Dipertuan Muda]] Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya sebagai [[Yang di-Pertuan Besar]] [[Johor]] dan bergelar [[Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah]]. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil. Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun [[1722]], Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran [[Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah]]. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.⏎ ⏎ ==Kegemilangan Kesultanan Johor== === Pentadbiran Empayar Johor === [[Kesultanan Johor]] meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di [[Melaka]]. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai [[Sultan]]. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, [[Laksamana]], Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di [[Pahang]] dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, [(contracted; show full) {{Senarai Sultan-Sultan Johor}} {{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}} [[Kategori:Sejarah Johor| ]] [[Kategori:Sultan Malaysia]] [[Kategori:Sejarah Islam]] [[Kategori:Bekas jajahan British]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=4951855.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|