Difference between revisions 5387090 and 5400209 on mswiki

'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai  petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis(contracted; show full)|event_start = Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh [[United Kingdom|British]]
|year_end = 1948
|date_end = 1 Februari
|event_end = Kemasukan ke dalam [[Persekutuan Tanah Melayu]]
|event1 = Naungan [[United Kingdom|British]]
|date_event1 = 12 Mei 1914
|event2 = [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|Pendudukan Jepun]]
|date_event2 = 
sekarang31 Januari 1942
|event3 = Jepun menyerah kalah
|p1 = Johor 
|p2 = 
|p3 = 
|p4 =
|flag_p1 = Flag of Johor.svg
|flag_p2 = 
(contracted; show full)a kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=klYuwPcqV8IC&pg=PA113&lpg=PA113&dq=johor+tidak+pernah+dijajah&source=bl&ots=CTFf2oP5OT&sig=6pnX_TIJ33iELlcWnOgWsa7Gm-Q&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=johor%20tidak%20pernah%20dijajah&f=false]</ref> Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

=== 
Senarai Penasihat Am British Johor ===
{| class="wikitable"
|-
! No. !! Nama !! Tahun
|-
|1. || '''Douglas Graham Campbell''' || 1914 
|-
|2. || '''F.G. Weld''' ''(pemangku)''|| 1914-1916
|-
|3. || '''Douglas Graham Campbell''' || 1916-1917
|-
|4. || '''F.J. Hallifax''' ''(pemangku)''|| 1917-1918 
|-
|5. || '''J.F. Owens''' || 1918-1921
|-
|6. || '''Hayes Marriot''' || 1921-1926
|-
|7. || '''Charles Walter Hamilton Cochrane''' || 1926-1928
|-
|8. || '''George Ernest Shaw''' || 1928-1931
|-
|9. || '''[[Richard Olaf Winstedt]]''' || 1931-1935
|-
|10. || '''Walter Evelyn Pepys''' || 1935-1940
|-
|11. || '''W.D. Barron''' || 1940-1941
|-
|}

=== Pendudukan Jepun ===
[[Perang Dunia II]] meletus pada tahun [[1939]]. [[British]] yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera [[Jepun]]. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun [[1945]]. Pendudukan Jepun di Johor menggantikan British tidak membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun amat menghormati baginda [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar|Sultan Sir Ibrahim]] kerana baginda memiliki 'Order of The Rising Sun', darjah kebesaran Jepun yang dikurniakan oleh [[Maharaja Meiji]] pada tahun 1934.

Jepun meneruskan dasar British dengan meletakkan seorang penasihat negeri di Johor untuk membantu Sultan Sir Ibrahim dalam urusan pentadbiran negeri. Ini menjadikan Johor sebahagian daripada [[Empayar Jepun]]. Ini juga berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di mana setiap negeri ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah dan raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah negeri tersebut. Berikut ialah senarai penasihat negeri di Johor semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu:

{| class="wikitable"
|-
! No. !! Nama !! Tahun
|-
|1. || '''Kenji Doihara''' || 1943-1945
|-
|2. || '''Seishirō Itagaki''' || 1945
|-
|}

=== Pra-kemerdekaan Tanah Melayu ===
Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun [[1946]], Johor menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]]. [[Nasionalisme]] [[Melayu]] yang diketuai oleh Dato' [[Onn Jaafar]] daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Selepas itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada [[21 Januari]] [[1948]]. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]] bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk '''"Straits Settlement Forever"''' ''(Negeri-Negeri Selat Selama-lamanya)'' kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem Penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama [[Singapura]] menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.<ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref> 

Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada [[17 September]] [[1955]]. Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata '''"You Will Suffer If British Go!"''' ''(Kamu Akan Sengsara Jika British Pergi!)''.<ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref> 

Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan '''Persatuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ)''' pada [[22 Oktober]] [[1955]] oleh seorang kerabat istana Johor iaitu ''Ungku Abdullah bin Ungku Omar''. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu. <ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref> 

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, [[Tunku Abdul Rahman]] dan [[Parti Perikatan]], tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah [[Segamat]] yang mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu.<ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref>  

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan persatuan itu dan akhirnya persatuan ini terkubur. Ini bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. <ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref> 

Pada ketika itu, Sultan Sir Ibrahim sedang gering. Baginda menghabiskan hayatnya selama 2 tahun di [[Rumah Grosvenor]], [[London]] dengan menonton televisyen, melawat teater bersama isterinya yang ke-6, [[Marcella Mendl]] dan puterinya, Tunku Meriam. Baginda telah menyerahkan pentadbiran Johor kepada puteranya, [[Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim|Tunku Ismail]]. Ungku Abdullah telah menasihati Tunku Ismail agar tidak menandatangani [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Kemerdekaan]] tetapi beliau tidak diendahkan dan baginda terus menandatangani perlembagaan tersebut sejurus menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri yang menyertai [[Malaysia]] dan mencapai kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]].<ref>Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook. Retrieved 16 August 2015, from http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor</ref>Malaysia dan Johor ===
[[Perang Dunia II]] meletus pada tahun [[1939]]. [[British]] yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera [[Jepun]]. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun [[1945]].

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun [[1946]], Johor menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]]. [[Nasionalisme]] [[Melayu]] yang diketuai oleh Dato' [[Onn Jaafar]] daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan [[Persekutuan Tanah Melayu]]. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]] dan kemudiannya pada tahun [[1963]], Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai [[Malaysia]].

== Garis masa ==
{{utama|Sultan Johor}}

[[Kesultanan Melayu Melaka|Dinasti Warisan Kesultanan Melaka]]
# 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
# 1528-1564: [[Sultan Alauddin Riayat Shah II]] (Raja Ali/Raja Alauddin) 
(contracted; show full)
{{Senarai Sultan-Sultan Johor}}
{{Islam di Malaysia}}
{{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}}

[[Kategori:Sejarah Johor| ]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]