Difference between revisions 5400209 and 5408001 on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]]. Pada tahun [[1946]], [[Johor]] telah menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai [[Persekutuan Tanah Melayu]] dan seterusnya persekutuan [[Malaysia]] pada tahun [[1963]]. == Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka == Di Bentan, [[Sultan Mahmud Shah]] mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang [[Melaka]] beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun [[1526]], seangkatan kapal yang besar di bawah [[Pedro Mascarenhaas]] dihantar oleh [[Portugal]] untuk memusnahkan bandar [[Bentan]]. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi [[Selat Melaka]] ke [[Kampar, Sumatera]] di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya [[Sultan Mudzaffar Shah I, Perak|Raja Mudzaffar]] dan [[Sultan Alauddin Riayat Shah II|Raja Ali]].{{Citation needed}} Raja Mudzaffar seterusnya menjadi [[Sultan Perak]] manakala [[Sultan Alauddin Riayat Shah II|Raja Ali]] menjadi sultan Johor yang pertama. [[Kesultanan Johor]] juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".⏎ ⏎ ==Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar== === Perang Tiga Segi === Sultan Alauddin Riayat Shah I menubuhkan sebuah kota di [[Johor Lama]] yang terletak di [[tebing]] [[Sungai Johor]] dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan [[Pahang]] untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota ''A Famosa'' telah dibina). (contracted; show full) {{Senarai Sultan-Sultan Johor}} {{Islam di Malaysia}} {{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}} [[Kategori:Sejarah Johor| ]] [[Kategori:Sejarah Islam]] [[Kategori:Bekas jajahan British]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5408001.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|