Difference between revisions 5408005 and 5408006 on mswiki'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]]. Pada tahun [[1946]], [[Johor]] telah menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai [[Persekutuan Tanah Melayu]] dan seterusnya persekutuan [[Malaysia]] pada tahun [[1963]]. ==Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor== === Pemisahan tanah daratan [[Johor]] dengan [[Riau]] === Setelah penggulingan Sultan Mahmud IV Muzaffar oleh Belanda, bangsawan [[Bugis]] melantik sultan baru, [[Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah]], Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa [[Kesultanan Johor|Empayar Johor]].<ref>''Ibid'', halaman 87</ref> Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan [[Belanda]].<ref>''Ibid'', halaman 87</ref> Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada [[Belanda]]. Ini juga menandakan berakhirnya [[kesultanan Johor]] sebagai penerus [[Kesultanan Melaka]]. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan [[Malaysia]]-[[Indonesia]]. === Johor dan Pahang === Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.<ref>http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahara Bendahara</ref> Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara [[Tun Mutahir]] dari Pahang pada 1861.<ref>Ahmad Fawzi Basri, ''Johor 1855-1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya'', Fajar Bakti, 1988, halaman 33-34</ref> Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan [[Pahang]].⏎ ⏎ ==Sejarah Johor moden== {{Infobox Former Country |native_name = Johor Darul Ta'zim |conventional_long_name = نڬري جوهر دارالتّعظيم |common_name = Johor |continent = Asia |region = Asia Tenggara |country = Malaysia (contracted; show full) {{Senarai Sultan-Sultan Johor}} {{Islam di Malaysia}} {{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}} [[Kategori:Sejarah Johor| ]] [[Kategori:Sejarah Islam]] [[Kategori:Bekas jajahan British]] All content in the above text box is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike license Version 4 and was originally sourced from https://ms.wikipedia.org/w/index.php?diff=prev&oldid=5408006.
![]() ![]() This site is not affiliated with or endorsed in any way by the Wikimedia Foundation or any of its affiliates. In fact, we fucking despise them.
|