Difference between revisions 5408006 and 5408007 on mswiki

'''Sejarah [[Johor]]''' sudah pun bermula pada tahun [[801]] [[tahun Masihi|M]] sebagai  petempatan [[perdagangan]] yang penting. Asal usul nama [[Johor]] ialah [[Tanjung Puteri]]. Semasa [[abad ke-14]], kawasan itu menjadi wilayah tanggungan [[Empayar Majapahit]] sehingga pemerintahan [[Kesultanan Melaka]] ([[1400|1262]]-[[1511]]) yang mana negeri [[Johor]] menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun [[1511]], [[Melaka]] dikuasai oleh pihak [[Portugal|Portugis]] dan [[Sultan Mahmud Shah ]], [[Sultan]] Melaka ketika itu, melarikan diri ke [[Pahang]] dan kemudiannya ke [[Bintan]] di [[Johor]]. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah I]], anakanda [[Sultan Mahmud Shah]], Melaka pada tahun [[1528]] dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan  ialah [[Johor]], [[Riau]], wilayah yang terbentang dari [[Sungai Klang]] hingga ke [[Linggi]] dan [[Tanjung Tuan]], [[Muar]], [[Batu Pahat]], [[Singapura]], [[Pulau Tinggi]] dan pulau-pulau lain di pantai timur [[Semenanjung Tanah Melayu]] serta [[Kabupaten Karimun]], Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, [[Kabupaten Kampar|Kampar]] dan [[Kabupaten Siak|Siak]] di [[Sumatera]].

Pada tahun [[1946]], [[Johor]] telah menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai [[Persekutuan Tanah Melayu]] dan seterusnya persekutuan [[Malaysia]] pada tahun [[1963]].

==Sejarah Johor moden==
{{Infobox Former Country
|native_name = Johor Darul Ta'zim
|conventional_long_name = نڬري جوهر دارالتّعظيم
|common_name = Johor
|continent = Asia
|region = Asia Tenggara
|country = Malaysia
|empire = United Kingdom
|status = Negeri Naungan
|status_text = [[Negeri naungan]] [[United Kingdom|British]]
|era = Empayar British
|life_span = 1914-sekarang
|year_start = 1885
|date_start = 11 Disember
|event_start = Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh [[United Kingdom|British]]
|year_end = 1948
|date_end = 1 Februari
|event_end = Kemasukan ke dalam [[Persekutuan Tanah Melayu]]
|event1 = Naungan [[United Kingdom|British]]
|date_event1 = 12 Mei 1914
|event2 = [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|Pendudukan Jepun]]
|date_event2 = 31 Januari 1942
|event3 = Jepun menyerah kalah
|p1 = Johor 
|p2 = 
|p3 = 
|p4 =
|flag_p1 = Flag of Johor.svg
|flag_p2 = 
|flag_p3 =
|flag_p4 =
|s1 = Pendudukan Jepun
|flag_s1 = Merchant flag of Japan (1870).svg
|s2 = Persekutuan Tanah Melayu
|flag_s2 = Flag of Malaya.svg
|image_flag = Flag of Johor.svg
|image_coat = Coat of arms of Johor.svg
|image_map = Johor in Malaysia.svg
|image_map_caption = Johor dalam [[Malaysia]] kini
|national_motto = Kepada Allah Berserah<br />كڤدالله برسراه<small>
|capital = [[Johor Bahru]] ''(dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)''
|religion = [[Islam]]
|legislature = 
|type_house1 =
|house1 =
|latd=|latm=|latNS=|longd=|longm=|longEW=
|common_languages = [[Bahasa Melayu]] <br>[[Bahasa Inggeris]]
|title_leader = Sultan
|leader1 = [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]]
|year_leader1 = 1895-1959
|title_deputy = Penasihat Am
|deputy1 = D.G. Campbell
|year_deputy1 = 1914-1918
|deputy2 = W.D. Barron
|year_deputy2 = 1940-1941
|stat_area1 =
|stat_pop1 =
|stat_year1 =
|currency = [[Dolar Selat]] sehingga 1939<br>[[Dolar Malaya]] sehingga 1953
|today = {{flag|Malaysia}}
}}

=== Wangsa Temenggong ===
Pada [[10 Mac]] [[1855]], di bawah perjanjian di antara [[British]] di [[Singapura]] dan [[Sultan Ali]] dari Johor, kuasa memerintah Johor memberi kepada [[Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim]] dengan [[Muar]] masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun [[1877]]. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai [[Johor Bahru]].

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun [[1866]], dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]] memperkenalkan sebuah [[perlembagaan]] dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai ''Bapa Johor Moden''.

Pada [[11 Disember]] [[1885]], Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan [[lada hitam]] dan [[gambir]] yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh [[Cina]] secara beramai-ramai. Sistem [[Kangchu]] dilaksanakan.

Pada [[12 Mei]] [[1914]], [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar|Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar]] telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor [[Negeri-Negeri Selat]]. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di [[Negeri Sembilan]] yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=klYuwPcqV8IC&pg=PA113&lpg=PA113&dq=johor+tidak+pernah+dijajah&source=bl&ots=CTFf2oP5OT&sig=6pnX_TIJ33iELlcWnOgWsa7Gm-Q&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=johor%20tidak%20pernah%20dijajah&f=false]</ref>

Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=klYuwPcqV8IC&pg=PA113&lpg=PA113&dq=johor+tidak+pernah+dijajah&source=bl&ots=CTFf2oP5OT&sig=6pnX_TIJ33iELlcWnOgWsa7Gm-Q&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=johor%20tidak%20pernah%20dijajah&f=false]</ref> Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

=== Malaysia dan Johor ===
[[Perang Dunia II]] meletus pada tahun [[1939]]. [[British]] yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera [[Jepun]]. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun [[1945]].

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun [[1946]], Johor menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]]. [[Nasionalisme]] [[Melayu]] yang diketuai oleh Dato' [[Onn Jaafar]] daripada [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan [[Persekutuan Tanah Melayu]]. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]] dan kemudiannya pada tahun [[1963]], Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai [[Malaysia]].

== Garis masa ==
{{utama|Sultan Johor}}

[[Kesultanan Melayu Melaka|Dinasti Warisan Kesultanan Melaka]]
# 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
# 1528-1564: [[Sultan Alauddin Riayat Shah II]] (Raja Ali/Raja Alauddin) 
# 1564-1579: [[Sultan Muzaffar Shah II]] (Raja Muzafar/Radin Bahar)
# 1579-1580: [[Sultan Abdul Jalil Shah I]] (Raja Abdul Jalil)
(contracted; show full)
{{Senarai Sultan-Sultan Johor}}
{{Islam di Malaysia}}
{{portal bar|Johor|Sejarah|Malaysia}}

[[Kategori:Sejarah Johor| ]]
[[Kategori:Sejarah Islam]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]